Friday, November 8, 2013

30 SEP 2013

Hari itu hari bersejarah. Hari yang menambahkan hiba dihati. 20.7.2010 emak pergi. 30.9.2013 apak pula menyusul. Rasmi menjadi yatim piatu.

Terkenang-kenang. Terngiang-ngiang wajah dan suara apak. Tepat 40 hari selepas keluar hospital apak meninggalkan dunia yang fana. 16 hari dihospital menerima rawatan. apak tak betah. genap 2 minggu sudah mula bertanya bila mahu pulang..[ohhh..!]

5.8.2013 admitted. 21.8.2013 apak discharge. Allah beri peluang jaga apak, berpeluang berbakti kepada apak cuma 2 bulan. Allah Maha Mengetahui. Allah tahu betapa kami adik beradik terkesima [terkemama ckp org Nismilan]. Allah tahu perasaan kami bila emak pergi tanpa beri petunjuk. Hati rasa sayu. Hanya orang yang pernah mengalami tahu rasa itu. Alhamdulillah, kami diberi peluang jaga apak walaupun sekejap. buat kata apak, Allah tak nak anak2 dapat dosa merungut jaga mak ayah.

Teringat lagi kejadian hari itu. Aku dgn anak sedara pergi cuci kereta otomatik sebagai persediaan nak balik Kuantan. Pagi tu dapat bagi kuih bahulu. dapat bagi apak multivitamin. Apak suruh gosok perut. Aku urut tangan. Sepanjang jaga apak..apak memang tak nak masuk hospital lagi. Serik agaknya.

Tapi bila aku balik dari cuci kereta, aku berselisih dengan ambulans dari rumah. akak2 dan abg2 bergegas menangis beritahu apak dalam ambulans. Dalam hati cakap apak tak nak g hospital walauapapun terjadik. Sampai hospital, apak masuk emergency. aku tak sanggup tengok keadaan apak. Kak Yah dan acik leha menangis tak nak bagi apak tahan wad. aku pun jugak. kak eton berkecuali. kak iput dan along nak masukkan apak ke wad untuk usaha terakhir pada Ahad 29 Sep 13 tu.

* Sedih. apak asyik tanya jam pukul berapa. bila kita bagi tahu masa, apak cakap masih cukup masa. Apak macam tak senang duduk. meronta-ronta. Doktor datang tanya untuk ambil test buah pinggang. aku tak nak kasik. aku tanya doktor, kalau doktor adalah anak apak, apa yang doktor akan buat. Doktor senyap. Beri jawapan selamat masukkan untuk tengok apa yang hospital boleh buat dulu. so kami pun setuju masukkan apak kedalam wad.

Bila dah dapat masuk wad tingkat 7 katil 20. dejavu! serius aku tak perasan hal ini jika anak sedara tak maklum. apak masuk darah dan bantuan oksigen. apak tanya jam lagi. aku dah sedih. aku kalau boleh nak bawak apak keluar sekarang jugak. akak2 aku cakap tunggu sampai darah habis. aku takut sangat apak meninggal dunia dihospital. sebab apak memang tak nak pergi hospital. aku dah mintak maaf..mintak apak halalkan makan dan minum.

Alhamdulillah, hasrat bawak apak balik rumah tercapai. badan sejuk. keadaan apak memang tenat sangat. maklang organize bacaan yasin dengan Cik Senin lead. apak semakin tenat. bersihkan badan apak. tiada tindak balas. sekitar 12 malam, sepupu apak datang lagi. organize bacaan yasin lagi. apak mula beri tindak balas. badan sudah mula panas. baca yasin dan bisikkan kata2 Allah dan mengucap di telinga apak. sampai ke Subuh tak boleh tidur walaupun cakap nak tidur. dapat caj energy jadiklah. bangun bersiap carik klinik atau hospital swasta utk buang kahak apak.

Last sekali tanya hospital salam. nurse bagitahu kalo admitted hospital, kena ulang prosidur yang sama macam hospital besar. takde idea. dah buntu. singgah farmasi tanya ada tak ubat yang boleh kasi clear kahak. farmasis bagi ubat batuk kanak2 harga 10.90. suruh bagi 10ml. dalam hati berkata-kata, rm10.90 jer ubat apak.giler murah.

sampai rumah, bagitahu cikleha nak bg apak ubat batuk. sejak semalam memang dah bagi apak air zam zam. sambil bg ubat batuk..disulam dgn air zam zam. tetiba alang zamli aku cakap "eh tgk, dada apak dah tak berombak. bagus lah ubat ni. sesuai dgn apak"

kami pun gembira. sambung baca yasin. habis baca yasin, dalam beberapa minit kaklong hilyah jerit, acu dada atuk dah berhenti. terkejut. terus ajar apak Allah, Allah, Allah dan kelihatan pergerakkan dileher / tekak apak. kami terus ajar apak mengucap. terakhir, apak menutupkan airmata dengan setitis air mata keluar mengalir. 

 Alhamdulillah. apak berhadapan dengan sakaratul maut dengan dikelilingi anak2 dan cucu2. Semoga roh apak, emak dan angah ditempatkan dikalangan mereka yang beriman dan beramal soleh. Ameen Ya Robbal Alamin.

Sayang mak dan apak sangat-sangat. And now, officially yatim piatu. :(

Thursday, August 15, 2013

SHR & MZB

Salam Eid Edisi 1434H.
Dugaan Aidilfitri tahun ni. Apak tidak sihat sebab sakit perut. Tak boleh buang air besar asalnya. Sempat berterawih hingga 3 Ramadhan. Bakinya kesihatan tidak mengizinkan.

Kemuncak sakit adalah pada hari Rabu. sehingga apak terpaksa ditahan di wad. Sempat sehari. Hospital drip air, masuk ubat berak terus berak. rasa sehat sikit discharge. Jadik balik Sabtu 3 Ogos. dan kemuncaknya malam Ahad. sangat merosot kesihatan apak. endup masukkan apak pagi Isnin dan sehingga kini ditahan wad. Kritial dan dengan kuasa Allah dan keajaibanNya, apa menunjukan positif improvement. Alhamdulillah.

No idea at all. bizi yang super duper. jumpa lagi if ada masa. daaa

8 Syawal
Alert Hangar
1839H

Saturday, July 27, 2013

Harraz Nufail

Salam Ramadhan..
Lama betul rasanya tidak menulis. Tak meluah perasaan. Kekangan masa. Masa amat-amat terhad. Sehingga tercari-cari ruang yang boleh memungkinkan masa untuk update blog sendiri.

Ramadhan kali ini aku rasa banyak dugaan. Dugaan menjadi tim FAT untuk terima boipren ke 3 dan ke 4. Lusa si 05 dan 06. Balik-balik kena jadik pengerusi itu dan ini..woiii banyak kerja lah..! Mungkin sebelum ini reputasi dikalangan orang atasan berada pada level atas par..tapi sekarang tidak lagi. Merudum. Tidak lagi mewangi..wahaha.. What to do..Rasa kena sabotaj pun ada. tapi bila muhasabah diri balik, kekhilafan datang dari diri sendirik jugak. Kadang-kadang kita jer fikirkan kita tak suka orang. Orang tak suka kita kita jarang fikirkan..kan? tapi aku pedulik hapa..Redha jerlah. Aku rasa lagi ramai orang tak suka sidia berbanding tak suka aku...wahahaha. Pleaselah, aku bukan kaki kipas occay. secara kebetulan bos2 lama merupakan bos2 besar dalam perkhidmatan sekarang. so tak perlulah jeles dengan aku yang yatim piatu dalam epos ni...

Dan aku jugak nak declare Julai 2013 merupakan bulan yang paling stress sepanjang aku bergelar soldadu. Bayangkan 3 minggu demam yang tidak kebah-kebah. Hilang suara, dan sakit kepala dan seangkatan dengannya. Tapi hidup perlu diteruskan.

Tapi yang paling best, Ramadhan kali ini aku naik pangkat. Dah upgred jadik nenek. Dah jadi Nenda Cu kepada Harraz Nufail. Comey giler cucu den. Ikut ghoman ummi ei sejibik..lagi-lagi tang hidung. nak tgk Harraz..kat bawah ni lah Harraz...





ok la..dh tatau nak tulis apa. tak dpt momentum. yan g pasti perasaan nak tgglkan kehidupan sebagai soldadu cabok semakin membuakkkkk..owh cepatlah 2017..!

Tuesday, June 11, 2013

Bersabarlah wahai hati

Sabar sebahagian dari iman kan..
Tak tau kenapa, sejak minggu lepas aku rasa aku stress. (Betul ke aku tak tawu kenapa..haha)
A few faktor yang menyumbang kepada rasa yang aku tak suka tu.
Duty ketika D day..ditambah dengan bos2 lama yang sudah bergelar General asyik tanya bila nak kawen. Junior asyik calling sebab nak tanya menda yang sepatutnya dia pun patut tahu. Banyak lagi sebenarnya.. bercampur gaul (sesuai ke penggunaannya ni)..berbaur2..

Minggu baru pun sm..selain tak dpt blk kampung sebab duty, mcm2 lah.

Macam2 nak tulis..tp tkde mood. Nak tido.

Buhbye!!

Saturday, June 1, 2013

FAT & HUT

Selamat Hari Ulang Tahun Majikanku
Hari ini sudah berusia 55 tahun.
Harapan agar semakin matang mengikut usia.
Sementalah sudah mencapai satu umur yang sudah pastinya pelbagai pengalaman di timba.

Lusa 03 dan 04 akan sampai.
Menjadi Ketua FAT untuk Engineering perkara baru bagi aku.
Tapi inikan cabaran baru.
Lepas terima, buat check dokumen dan fizikal pesawat pastu buat report.

wah..

Welkem Cougar 03 and 4 ;)

Wednesday, May 29, 2013

Oh!

Hampir sebulan tidak menulis. Gila sibuk. Bukan dibuat-buat sibuk tersebut. Memang sibuk.

Erk..

Disebabkan beberapa kekangan itu, blog tidak berusik. serius tiada masa. Rasa macam tak cukup masa. Apa-apa pun, aku buat mana yang patut dulu. Masa untuk diri sendiri tetap menjadik keutamaan.

Apa lagi nak cerita ek. Oh, ok! last week ada tournament interservice hoki kat Sg Petani. AS usual, dapat No 3. Kali ni tak sempat lansung training. Sampai hari Rabu kat butterworth, keesokan harinya iaitu 16hb dah 1st game. Setelah mendapat 3 tshirt free kali ni...aku rasa tahun ni last aku masuk hoki. Cukuplah. 

Rumah kampung tengah renovate. Sebab sebahagian besar dinding kayu dah mereput angkara anai-anai. Mula-mula nak baiki bahagian depan..end up melarat ke satu rumah..So, rumah jadik macam tongkang pecah. Aku tak kesah pn nak renovate rumah tu..yang kesiannya kat apak n Icad dan Ayoq. sebab berhabuk kan.

p/s: baru nak post.. sebab aritu tak sempat nak tekan publish...ehehe

 

Friday, April 26, 2013

Malas semalas-malasnya

Demoralised and Penat..
Mencabar jugak menjadi kumpulan perintis.
Didalam merintis, pasti merintih.

Berbeza di tempat kerja lama..semuanya telah tersedia.
Disini, kita kena fikir sendiri. Nasib baik ada rakan sekerja yang rajin giler.

Tapi yang paling tak best bila semua salah adalah dari bahagian kita.
Kitalah yang tidak profesional.
Kitalah  yang tak pandai manage.
Kitalah yang tidak pandai bla bla bla..
Terasa sangat diri ni macam vongoklah sangat..

Nama naik g PDI. Nak kata suka, serius aku tak excited.
Rasa macam nak tukar nama.
Set2 operator ingat aku tergedik-gedik sangat nak pergi agaknya..[wek wek wek]
Malas nak buat kerja-kerja PDI.
Malas nak packing.
Malas segala.
Aku kan pemalas orangnya.
tak tau ke?

Baiklah..
Next week dah mula mengundi.
Bebudak ni ulak ada yang balik ke tempat asal untuk menunaikan kewajipan.

Kat sini manpower pun kurang..[sigh]
Department latih pun sibuk nak buat training walaupun ekraf tkde.
[sigh lagi]

okeyla..chiow
[buat syarat menulis sebab bulan ni paling kurang menulis. Sebab busy]

Assalamualaikum

Tuesday, April 9, 2013

Bubar..! Tukar?

Parlimen sudah dibubarkan minggu lepas. Akhirnyaa..
Kesian aku tengok YB2 sekalian..
Kesana kemari membeli jiwa.. menjual janji..

Aku terpanggil untuk buat entry ni bila baca status sorang 'senaraikawan' dalam muka buku.

"PDRM pantau blog dan media sosial"
Meluat. serius aku berbulu membacanya.

Apa ni..Apa sangatlah yang media sosial dan blog boleh menghasut orang ramai.
Kata mengundi itu hak individu.
Tapi janganlah baca entri aku ni sebagai memperlihatkan kecenderungan politik aku.

yang penting..elaun ribu riban dan perks yang diperolehi sepanjang bergelar Yang Berkhidmat perlulah selari dengan sumbangan yang diberi.

Orang zaman sekarang dah pandai ok. edukated. 
Walaupun masih ada yang kabur mata, pekakkan telinga bila melihat habuan depan mata..aku tak fikir semuanya berfikiran begitu.

Ingat arwah emak. Bising-bising untuk pergi mesyuarat parti *tut* level cawangan hanya kerana mak segan dengan orang yang jemput mak untuk datang kawan-kawan mak jugak.

Aku memang angkat bendera putih.
Yang jadi mangsa akak2 aku kena teman mak.
Bila masuk meeting..tak dengar biji butir..
Kena tocer mental untuk undi 'cikgu' itu untuk calon cawangan
dikalangan diorg pun dah bertekak2 bergaduh2 sesama sendiri.

apani?

Senang cerita, pilih YB yang memang punya latar belakang yang diyakini.
jangan pilih YB yang suruh kita berjimat cermat, sedangkan diorg punya selai sepender pun sama harga dengan tv LED 32" cap korea..

whatever..
{tk boleh watever, sebab ini merupakan direction untuk 5 tahun lamanya}

oklah..kali ini merupakan kali pertama aku menjadi pengundi. ermmm
Apa-apapun..aku dah addict dengan marathon..nx maybe 5 may -Putrajy..jom join if berminat.. 

tatatititutu

Wednesday, April 3, 2013

Terbubarnya Parlimen

Akhirnya..pada jam 1130H DS Najib mengumumkan Parlimen telah dibubarkan.
Perkara ini amat-amat dinantikan oleh seluruh penduduk Malaysia. Setelah DUN Negeri Sembilan terbubar dengan sendirinya, disebabkan telah cukup haul maka rakyat Malaysia tidak sabar-sabar untuk mendengar bilakah turn Parlimen.

Kali ini, dari pemerhatian aku (observation kalau cakap omputeh), Kerajaan sebelum ini punya strategi yang agak berbeza berbanding musim-musim lepas. Sebelum ini, parti telah menguar2kan apakah manifesto untuk memancing undi sekiranya di undi. Kali ini rakyat ditaburkan dengan pelbagai bantuan, imbuhan bla bla bla dan semuanya itu atas nama 1Malaysia. Dari pendidikan sehingalah nak ambil lesen semuanya untuk rakyat 1 Malaysia.
(Inilah hikmahya agaknya bila last pilihanraya apabila kerajaan tidak menang 2/3)

Yang pasti, buat kata ustaz Zaharudin undi juga satu tanggungjawab, 1 amanah. disebabkan itu, sengaja merosakkan undi membawa kepada berdosa (sedang dahulu kita tidak pernah merasakan perkara ini)

Apalagi nak tulis ni. bermacam-macam mood. Sebagai peringatan pada diri ini..pilihlah yang terbaik. pilihlah Yang Berhormat Yang Berkhidmat untuk masyarakat sebilang masa, bukan hanya pada musim pilihanraya.

Tulisan ini diharap tidak disalaherti. Tidak diperlihatkan kecenderungan peribadi. pilih yang terbaik. pada usia hampir 35 tahun, baru 1st time aku hendak menentukan halatuju negara dengan mengundi..[selama ni, apa status aku eh?]

p/s: ada perasaan tak puashati. tapi terpaksa dipendamkan sahaja. abaikan jer kut! kut? biarlah...

Saturday, March 30, 2013

Go Green!

Pagi-pagi dah bangun untuk ke Green Treasure Hunt sponser by Stabak. Ekceli..Stabak aku dah masukkan dalam list untuk diboikot. Tapi..sebab dapat goodies bag dan jugak memenuhi tuntutan khidmat sosial..aku terima lah jugak. Pelawaan dari Kak Liza aku terima dengan besar hati. ehehe.. Numpang rezeki orang. Dulu pergi konsert Rossa free kat HRC pun sebab Kak Liza yang ajak...

Nak kata fun sangat pun tidaklah..tapi very enjoy. dah lama oo tak pergi kawasan air terjun.   Last pergi masa kat France (cewah..berlagak lah pulak!) Tapi musim panas..air kering dan bulan puasa plak tu. Treasure hunt tadi buat kat Sg Kanching. Dah lama tak pergi area Rawang ni. Last seingat aku masa form 5 buat camping kat Templer park dan Taman Rimba Komanwel...almost 18yrs beb. teringat pacak khemah betul2 tepi sungai. terasa macam adventure..terasa macam Nancy Drew dalam buku citer ala2 adventure gitu..Masa camping kat sini dulu 1st time aku experience dengar suara ala2 merdu..lemak berkrim waktu malam2 buta..weols suspek itu suara cik ponti..apa lagi..lari lintang pukang masuk khemah..wahaha...itu citer dulu

berbalik kepada aktiviti treasurehunt pagi tadi..salah 1 misi nya adalah untuk kita peserta treasure hunt buat amal jariah siket. sambil selesaikan soalan , weols kena kutip sampah sarap yang ada disepanjang trek..batu, daun2 kering tidak dilayan..yang paling berat bawak sampah sarap akan dapat point lebih..kumpulan yang dpt no 10 pun beratnya beg plastik hitamnya pun dah 10kilo lebih...lagi mawu compare dengan kitorg yg hanya dapat bwk 2kilo jer..wahaha

Esok dah balik Kuantan balik. 1st time naik bas ni..lama betul tak naik bas. tapi seperti yang aku takutkan..cara pemanduan. dah lah menurun dari area genting sepah tu..cubalah bawak selow..takpun lebih safety. ni nyaris2 nak berlanggar dengan lori yang memang penuh dengan muatan...selow giler dilorong paling kiri..kemon...uols bawak orang2 yang bergelar bapak orang..emak orang..dan anak orang...

sekarang nipun tengah naik bas heading to Seremban dari Kl. dh lama tak naik LRT...fuhhhh...best jugak sekali sekala camni..esok pun naik bas jugak..yeahaaaa..tkdelah letih sangat...boleh tido macam balik KL aritu...

ok adios...

Monday, March 25, 2013

Nyaris-nyaris atau nyaris sangat?

Hari ini agak lemau. Sesungguhnya hari Isnin itu sering berwarna biru. Melainkan kita punya pemangkin di tempat kerja..(erghhh)

Hari Isnin edisi 25 Mac dimulakan dengan bangun pagi sangat. Tengok jam pada handphone masih 3.30pagi. Bila terjaga sekali lagi..jam sudah 4.30pagi. Ya Salam..rupa-rupanya aku tak kunci jam..

Bangun..siap-siap..apak dah standby. Aku tahu apak tak suka aku balik awal2 pagi ke Kuantan. Tapi wat to say...hati berat nak balik awal..lansung membawa kepada balik subuh-subuh potoish! (buat kata arwah emak)

Tepat jam 5pagi..startup captsutun dan terus gerak menghala ke Kuala Pilah. Aku dah bajet..3 jam perjalanan dari Ampangan ke PU Kuantan. 1jam pertama..check point adalah simpang untuk masuk Bandar Seri Jempol (dekat2 Batu Kikir). 1jam kedua..check point nya adalah simpang tiga ke Segamat/Bandar Muadzam..dan final nya adalah dari Bandar Muadzam ke Batu 10 Kuantan.

Dalam malas2 pun kena gerak jugak. Walaupun terpaksa. Subuh di Masjid Tunku Mukhriz di Bandar Baru Jempol. Lepas solat..proceed ke Kuantan. Tapi aku tak ingat kat mana pagi tadi aku nyaris-nyaris eksiden. Silap aku sebab aku bawak laju. Tapi silap kereta yang ampeh itu adalah dia nampak aku berdepan dia dengan jarak sangat dekat..tapi dia masih ada perasaan untuk memotong motor yang berada di lane dia..dan masuk lane aku..kemonnnnn! Jalan ada dua lane sahaja lah..1 hala ke Kuantan..1 hala ke Seremban. Dan aku hanya ada dua opsyen..terus langgar atau mengelak dan keluar dari lane dan masuk jalan berpasir. Nyaris nak masuk ladang kelapa sawit kalo tak sempat dan tak pandai kawal stereng dan brek.

Syukur..Allah panjangkan umur serta diberi keselamatan pada diri aku yang sering lalai ni. Tapi aku memang tak paham dengan atitude driver Malaysia. Dah tahu jalan kampung..boleh pulak pasang lampu tinggi...hoiiiii silau tau tak..silau..! Dah la aku ni rabun tahap amatur..!

Esok boipren 02 balik Kuantan lepas buat show di LIMA13. Masih tak ada rezeki. Masih tak dapat lagi pergi untuk edisi kali ni. Tapi nasib baik gak tk pergi. Amir pun tocer..inikan aku plak..

Okaylah..ekceli banyak menda nak tulis..tapi apakan daya..nanti kita sambung stori lagi..

daaaaa..nak Magrib dulu

Wednesday, March 20, 2013

Bawa diri

Bawa..daku pergi
Pacu laju-laju..
Lari dari realiti..

Tajuk lagu tak ingat..tapi melodi dia sedap didengar.
Tak kisahlah apa orang nak cakap pasal lagu ni.
Yang penting hati. Tepuk dada tanya iman.

Esok malas betul nak pergi kerja esok. Moooooood dimanakah dikau? Sejak akhir-akhir ni asik sakit badan. terlalu banyak berWiFi kut. Perkara ni pernah terjadi masa aku melanggan brodben zaman2 duk Sg Besi. Sengal-sengal kat tangan dan jari jemari ni hanya akan beransur-ansur hilang bila aku start tinggalkan dunia tanpa sempadan. tak guna every week pergi massage if ketagihan untuk beronline tidak di atasi. Lagi-lagi kalau dunia sekarang dihujung jari. Dulu nak online kena bukak laptop atau desktop.sekarang tidak lagiiiiiii..sah2 lah sengal2 ni takleh nak hilang..erghhhh

apsal tajuk lansung tak synchro ni..? ehehe
aku pun dah kompius. tatau nak letak tajuk apa. yang ala2 catchy..[watever]

yang pasti..dah setengah tahun aku kat kuantan. ada lagi dalam 3 1/2 tahun lagi kat kuantan if aku di pindah kuar bila cukup 4 tahun..

layan jerla...layan layan layan..
aku pun tgh melayan telinga yang ala2 tersumbat ni. Nak g Rsat malas. Nak tunggu result darah yang aku amek 2 minggu lepas siap, baru aku nak buat thorough cx...

psst2..ada tak ubat nak kasik rajin?
 

Next Generation

Tak tahu hendak buat apa. Pagi tadi meeting. Lepas meeting balik skn update AMASIS. Baru dapat tutup 2,3 job line internet plak tak ada. Fuhh!

Sekarang ni tengah carik keja. Try bukak excell untuk update apa-apa yang patut. tapi tak tau halatuju. tangan kanan dah lenguh-lenguh sebab asyik menaip. Malas betul buat kerja yang macam ni.

Boipren dua2 ada kat Bagan. Sebab tak lama lagi nak pergi LIMA diorg tu. nasib baik tarik henbrek jadik incaj. Penat jugak walaupun kita dekat sini hanya membantu dari jauh geng detasmen kat sana. Diorg tah macamana lah agaknya. sure letih.

Kena sambung keja.
Malam ni macam nak join KCK n eo lain main badminton sebab dah kemaruk giler nak menyemash ni...ehehe
tapi macam malas..erghhhhh

so...?

{sambung balk update selepas updet ekraf data}

 

Thursday, March 14, 2013

Quarter of Two Thousand Thirteen

Already first quarter of 2013.
Fast the furious time flies. 
Kalau kita buka satu perniagaan, bagaimana pencapaian syarikat kita untuk suku pertama 2013 ini?
erkkk [gagal!]

wahaha. Jarang-jarang dah hapdet blog. sibuk. line teruk.
yang paling tepat sudah tiada momentum untuk menulis.
ermmmm..

disebabkan itu, malam ini rearrange balik layout blog aku ni.imej baru. imej segar kununnya.wahaha..takder segar mana pun..segar sebab dah tak nampak gambar soldadu cabok berlatarbelakang kan Banjaran Alps di tahun 2007. So, kita tepek gambar kucing comel berlatarbelakangkan Masjid Biru. Cukup 6 menara kubahnya. FYI, mostly kebanyakkan masjid di Istanbul sama rekabentuknya. yang membezakan Masjid Biru adalah bilangan menaranya iaitu ENAM.

Itu keistimewaan Istanbul khususnya, dan Turki amnya. Tapi bila orang tanya apakah kelebihan Ampangan [kampung halaman aku], ofkos aku kata marvelous. awesome lah sangat kannn even Bandar Seremban merupakan Bandar Mati sebab basically orang singgah before teruskan perjalanan ke KL atau Putrajy atau KLIA.

Kenapa Ampangan itu ohsem dan mabeles?
1. Sobab apak den ado kat Ampangan.
2. Sobab jenazah omak den dimakamkan di Makam Hj Ahmad Said, Ampangan.
3. Sobab den membesar kek Ampangan.
4. Sobab ado 2 akak dan 1 abg den duduk dekat area Ampangan.
5. Jeram Toi or Ulu Bendul or Port Dickson hanyalah attraction kepada Seremban kerana dari Ampangan hanya mengambil 15min ke Ulu Bendul dan Jeram Toi dan maybe 20 minit ke pantai Port Dikcson [wahaha]

Minggu ni rileks siket. 2 beradik pergi tugas luar. ehehe. 
Cuma rasa tak sihat. Ahad ngurut, semalam pn ngurut. Telinga macam rasa berdengung. bergabung pulak dengan tekak dan hidung. takan resdung menyerang secara gerila kut.

Cuma 1 jerla..diet masih gagal. makin bermaharajalela plak aktiviti makan malam. erghhhh..

Semangatttt...resolusi 2013 kena achieve!







 

Thursday, March 7, 2013

Mode : Askar sebenar!

Tak updet bukan disebabkan isu panas di Lahad Datu.
Tak updet sebab line brodben mcm siput baby.

Nothing much. Nothing less.

Wahaha. Apa yang aku nak tulis sebenarnya. nak ckp omputeh kununnya.

Teringat zaman kadet. Wira Muda, Tahan dan Jaya.
Area kelapa sawit. Dekat Tupah dan Merbok.
Pengunduran. Perkiraan keadaan. Kena sebat bontot (adoi..peritnya). Kena belasah dengan helmet Nato (keluar bintang sat!). 

wahaha.

Tapi itu latihan.

Tapi sekarang real.

Semoga negaraku kembali aman. Kembali tenang. Kembali damai.

Doakan kami. Doakan sahabat-sahabat kami. Agar semangat kami senantiasa membara dan bersedia.Jiwa dan raga (bukan bakul yer!)

Semoga Malaysia terus aman dan kembali seperti biasa.

Friday, March 1, 2013

Makanan ruji : Mee segera

Lapar gila.. Tak berjaya kontrol minda. Perut dah berkeriuk.
Plan kununnya takmo makan malam. Lepas ngurut (tak best) basuh keta dan terus singgah kedai buah. Beli jambu batu dan limau. dah abes jambu batu sejibik. tapi perut aku macam tak puas hati.

saja jer takmo top up mee segera. last wk 3 kali aku mkn maggie. muak jadinya..tp wat to do..malas nk start enjin..nak keluar dari base beli makanan. akhirnya ke bilik Ida..rembat maggie slurp dan terus bancuh milo fuze..arghhhh..ranap diet aku! wahaha

Hari ni..heboh stori anggota polis yang terkorban di Lahad Datu.
Aku tak tau nak komen apa.
Junior eo risau gila sebab wife dia yang jugak junior aku kena fly Nuri bawak Panglima.

Entahlah. aku pun tatau kenapa ATM tak buat persop untuk kes ini.
Kalau baca media elektronik atau sosial..boleh kompius dibuatnya.
Skod Risik pun mcm tak mo pecah lubang.
Baguslah tu.
Berpegang kepada ikrar Kesatria.
Memegang rahsia negara dengan seketat2nya.

Semoga..anggota polis seramai 3 orang yang terkorban itu mati syahid.
Tapi entah kenapa kepala ini susah untuk menerima.

Please clarify...
Harapan agar tiada pihak yang mengambil jalan singkat semata2 untuk fulfillkan kehendak dan personel interest..

Selamatkan Negara Malaysia Ya Allah.
Selamatkan juga iman kami Ya Allah..

Dialog bersama skendel : Mr FOO

Balik keja terus pergi makan dengan geng2 eo.
As usual..nasi goreng kg - telur goreng dadar kosong - nescafe o 

Lepas mkn balik mes..tgk tibi..sampai tertido..dan skrg br mandi.Letih.
Hari ni balik awal sikit..6.40pm. 

Mat Salleh sang instruktor pilot macam faham.
Tapi kenapa orang Melayu tak faham.
Atau buat2 tak paham.

Hangpa operator. Boleh lah cakap macam2. Cuba hangpa jadik orang maintenance.
Yang lagi tak best..mentaliti Melayu memang tak pernah berubah.
Kekadang aku pun termasuk dengan mentaliti itu.

If Mat Salleh..bagi jerlah estimate time untuk servicing atau modification..Melayu terima jer. Lama pun takpe.
Sebab apa..sebab diorg terror. Subject Matter Expert.Kununnya. (memang betul kut!)
Kalau Melayu bagi estimate..mula nak argue.
Kemon..kita dalam learning curve lah.
Masing-masing masih belum matured dengan sistem. Stress!

Tadi skendel lama call. Borak kosong. Borak kedai kopi.
Share hasrat nak benti servis awal.
Well..ada pro and con katanya.
Buat bisnes bukan semudah yang disangka.
Kena ada sifat determination..tak mudah mengalah..tidak mudah putus asa.
Dan paling penting berdamping dengan mereka yang sudah bertapak. 
dari situ kita boleh belajar sepak terajang.

Formula yang dishare jugk simple.

Katakan pendapatan sekarang Rm8k
Umur pencen 53
Umur abis kontrak 40
so, aku kena dapatkan pendapatan sebanyak RM8k x 13 x 12 
Pastu kata aku hidup sampai umur 80
so, aku kena ada RM4k x 27 x 12
gulppp!
So if 1 tahun tu aku dapat laba keuntungan RM1.2juta...aku tak perlu kerja selama 11 tahun...ehehe

Tapi tadi bila terbaca komen kawan UTM dalam pesbuk yang berhenti PTD sebab tak boleh blah keja ngan gomen. Macam aku plak rasanya. PTD tu...kerjaya paling glemer dan  atas awan dlm gomen.

Adakah aku bakal meninggalkan kerjaya sebagai pegawai tentera? (Udara tu..glemer <= pandangan orang luar)..

Start merancang! 

Wednesday, February 27, 2013

Test | Exam | Audit | Mimpi

Baru sudah PT test.
Alhamdulillah. Lulus. PTI bagi 18minit. Aku buat 15minit. jadiklah.

Nx wk exam TAMM. Kalau tak lulus elaun kena tarik. hemmphh

Nx nx wk, audit dari IG. entahlah. Kalau audit dari 1 Divisyen boleh lah take cover. selamat.

Yang paling tak best mimpi sebelum Subuh pagi tadi.
Harap2 bukan dejavu.
Lepas PT test..breakfast kat Zaman.
masa tu MiG tgh buat training formation.
Bila teringat macam seriau.
Harap2 mainan tidur.
Bila formation fighter dan chopper ada sedikit miscomm.
01 & 02 terbang sama.
lepas tu nak avoid fighter..berlanggar di udara...
owhhh tidak. Pasti itu mainan tidur. Mungkin sebab semalam 1st time naik ec..dan aku dah pening bau avtur...
dan terus terselit dalam mimpi..
erghhh...

Nak mandi..kejap lagi ada meeting...

tatatititutu

Rindu kat Aishah and Iman Jasmine

Monday, February 25, 2013

Kosong..kosong wong wong

Innalillahi wainnailaihi rajiun..
Minggu lepas..dapat tawu 3 berita kematian.
2 orang tak kenal tapi anggota kejuruteraan.
1 lagi..ayah mertua akak aku.
Semua ajal disebabkan oleh eksiden.
3 orang lelaki sudah dijemput menemui Allah..
Akhir zaman..perempuan lagi banyak bilangan nya dari orang lelaki.

Minggu ini minggu audit.
Selamat sudah. Yang datang audit pun orang opis lama.
Diorg pun tak sampai hati nak audit lebih-lebih.
Kami masih melukut di tepian gantang.
Tapi kami bukan lukut. tiada siapa2 pun menjadi gantang.

punyalah vongok media arus perdana..perumpamaan yang ditutur oleh TGNA dipolemikkan.
Kotornya politik.
Aku dah nak muntah tengok tv..terutamanya TV3. setengah jam pertama dalam 2 hari ini asyik citer pasal haiwan jer.
kalau sesiapa yang terpengaruh dengan cerita ni..memang lah sama vongok.
Aku bukan pro PR..dan aku bkn salahkan BN.
Tapi kaedah ..dan cara diorg create konflik memualkan.
akhirnya melayu dengan melayu bercakaran.
Never learnt. hoi...mana-mana ceritalah..tk kesah lah citer Melayu..sejarah China..sejarah Arab dan sebagainya runtuh disebabkan fitnah. 
Jom nyanyi lagu Najwa Latif...
kosong kosong....


Monday, February 18, 2013

Darjah TIGA

Dalam keterpaksaan..kaki terpaksa juga menekan pedal minyak. Mengarahkan stereng menghala ke Kuantan.

Kali ini..cuma ambil duration 3 jam. bertolak 4.30 sampai dalam jam 7.30 mlm. Alhamdulillah. tak berhenti singgah kemana-mana.

17022013 genap 9 tahun sebagai soldadu. kalau ada anak kecil..sudah darjah 3.
Halatuju dalam servis masih samar2. kadang rasa nak sambung. kadang rasa cukup2 sudah..;)

Tahun ke 12 penentu. UPSR menentukan samada hendak sambung sampai PMR..SPM atau sehingga tahap PhD. Entahlah. entah panjang umur atau tidak.

Sebenarnya mata dah nak lelap. tapi tidur atas katil..kejadian hari pertama lapor mes terjadi..Malas nak baiki katil.esok baru nak betulkan. Sementelah pula badan kena alergik..gatal2...erghhh... esok kena report sick. nak amik injection...

Sekarang kena tidur bawah
Now  u noe..y ai hate Kuantan.....kuang kuang kuang.....

Tidur time...tatatititutu...1.03am olredi...

Assalamualaikum

Thursday, February 14, 2013

Turki dan Switzerland..both ohsem!

Fuhh..2 negara yang menjadi dambaan jiwa telah berjaya dijejaki.
Alhamdulillah.
Syukur atas rezeki Allah iaitu kesihatan yang baik..wang yang mencukupi serta masa yang terluang.
Kalau ada duit..tapi tak sehat..tak boleh jugak..
Kalau sihat dan berduit..tapi tiada masa..mana mungkin sampai..
Kalau sihat dan punya masa lapang..tapi takdo duit..amatlah mustahil untuk smpi.lainlah sekiranya ada keajaiban berlaku.contohnya orang sponsor ke..eheh3

Syukur syukur syukur Ya Allah..

Ada lagi 3 lagi wishlist..
Buat kata skod, takde balak Turki ensem ke yang di tapau bawak balik...wahaha...

masalah problemnya..kebanyakkannya berminat nak jadikkan menantu..tapi anak2 dirog nak ke..wahaha..*sori..jokes only..

Lepas ni nak kemana pulak yer..aku dah takde negara yang betul2 menggamit hati untuk dilawati. maybe NZ atau Jepun atau Korea..Atau mungkin India atau China.

InsyaAllah..harap2 3 wishlist tu termakbul di tahun 2013.

Yang paling best dan lega...doa aku di Makkah pada musim haji 2 tahun lepas termakbul..syukur Ya Allah.

Eh eh...ai nak pergi Turki dan Suisse sekali lagi.....siapa nak  joinnnnn??

Macam pasrah je pose ni..
di Masjid Ayub al Ansari Istanbul Tr.


Wednesday, February 13, 2013

Lapan Persen

Lepas lunch g Tabung Haji Ampangan untuk cx dividen 8 persen yang diuar2kan. Bajet2 kira sendirik berdasarkan baki akaun dapatlah 7,8 ribu. Tapi akak aku yg keja CIMB cakap..aku tak kan dapat figure yang aku kira tu..sbb cara kiraan dia lain..owhh :(

Punyalah ramai umat manusia. 1 jam 15 minit menunggu baru sampai turn aku.

Betul cakap akak aku. Jauh larinya. Lebih sikit jer dari 6k.

*sigh

Trip ke Istanbul jer dah abes 10k termasuk duit pakej. Terana terpengaruh dengan tourist guide..aku terbeli lamb jacket berharga 550USD.

Sekarang baru terfikir...macamana nak membayar.

Lagi haru..bila malam sebelum balik aku window shoping kat butik Polo berdekatan..ada 1 jaket kulit yang nmpk mantap hanya berharga 400TL after diskaun 50%...

huwaaaa...

sudah tiada gunanya..

nasi sudah menjadi bubur. tapi still boleh makan lagi kan.kan kan kan

Yang penting jangan lupa bayar zakat n bersedekah Ju!

Duit boleh carik lain....
jom bisnes...!

Patah Seribu

Ramai yang ingat aku ke Turkey kerana terkesan dengan cerita Istanbul Aku Datang..

Sorry Jose!

Never..

On the way ke Istanbul dari Bolu baru aku berpeluang untuk tengok IAD. Dalam bas. Kak Aishah Ketua Rombongan siap bawak dvd lagi..

Buhsan. Boring. I dont expect more from Tomok. 1st attempt acting. Kayu dengan suara membebek2. Even org dah cakap suara dia dah macho dengan imej sekarang. Lisa Surihani? Pun aku tak bajet dia pandai acting. no soul even dah banyak berlakon. Beto Khusairi pada permulaan cerita macam ntahapapa..jerit2..tk paham.
Aizat? Lagilah....wahaha

Walaupun kayu..batu..kaku...tapi part Tomok kantoi dengan Lisa Surihani yang dia dah adaawek kat Turki buat aku touching lah plak..lagi2 diiringi dengan lagu Patah Seribu..ceh.boleh terkeluar plak air mata..buat malu golongan awek macho jer..wahaha

Anyway..Istanbul Aku Datang not a good example of movie to watch either : acting quality and morale of the story. sinematografi selepas separuh jln cerita baru menunjukkan keindahan turkey (maybe!). sebab after lagu patah seribu..weols olredi entering the Europian site of Istanbul..separuh masa pertama..tkde pun pemandangan yang menarik..entahlah..

ok lah.masih jetlag. siang td dh cover tak tido 24jam..skrg Turkey br jam 8..dan kitorg tgh mkn tyme ni..eheee...

Topkapi Palace - Swjuk mencekam hingga ke tulang sum-sum

Tuesday, February 12, 2013

10H8M - Turki mencabar daku

Alhamdulillah. Selamat sampai di KLIA jam 0645H. Tercapai sudah hasrat aku satu itu. Menjejaki Turki terutamanya Istanbul a.k.a Constantinapole...

Speechless. Bumi Istanbul memang hebat. Turki memang kaya dengan sejarah. Peradaban manusia bermula disini. Cappacodia..Pamukale..Bursa..Konya..Ankara dan Istanbul..hanya cover 1/3 Turki sahaja. Istanbul punya Haiga Sophiya..Masjid Biru dan macam2 lagi yang superduper mabeles dan ohsem! subhanallah..

Pasti ada kehebatan di bumi Istanbul ini. Jika tidak..ianya tidak akan diperkatakan oleh Rasulullah.

Malah Napolean sendiri mengatakan jika seluruh dunia ini adalah sebuah negara...maka Istanbul lah yang paling layak menjadi ibu negaranya.

Pentingkan sejarah. Tapi kita jarang sekali belajar dari sejarah. Tomok pun kata sejarah mungkin berulang ;)

Itu sahaja untuk entri ini. Kesimpulan dia...SUPERB MARVELOUS AWESOME!

p/s:  Aku akan datang lagi Istanbul. Tak puas ikut travel agent. jiwa aku jiwa backpackers.. 
:)


Sunday, February 3, 2013

Checklist

Esok malam nak gerak dah.
Satu hapah pun tak pack lagi..

Passport - cx 2016 expired..
International adapter - kena beli. yg lama rosak.
long john - tak beli lagi..perlu ke?
sarung tangan - tak beli lagi..sgt perlu
baju sejuk - guna sedia ada
duit USD - tak tukar lagi..abes gaji ngan bonus bulan ni...*sigh
Kamera - MIA..guna note jer
3 in 1 - beli esok
Jajan - beli esok
charger hp - jgn lupa bwk..nnt tk dpt hapdet status..kasik panas org kg..wahaha
barang2 personel - cx

lagi?

owh..ubat2an - beli esok

ermmmmmm..?
takpelah..sumer beli esok...
macam lah awk tak biasa beli dan buat preparasyen last minite kan..kan kan kan

bilalah nak berubah...
maybe sebab aku rs..kualiti last minit hampir sama dengan kualiti perkara yang terancang..terorganize..

Istanbulllll...nantikan kedatangan ku..!

p/s: setiap masa kita adalah pengembara....semoga kembara kali ini memberi ibrah pd diri ini...dah boleh plan...nx punya trip....

Wednesday, January 30, 2013

Yess...

Fuhh..less than a wk..i will be at Istanbul..InsyaAllah..
Yess!
Yess?
Biar betul.

Travel agent sudah hantar emel untuk remind yang Turki sekarang musim sejuk.
Sepupu aku pun call bagi reminder. negatif lagi..

Aku?
Macam biasa. Last minute. Percaya atau tak..aku tk buat preparation lagi.
Baju sejuk tk beli lagi. Long John tak beli lagi. Sarung tangan tak beli lagi. Blank. Sifat dan sikap ni yang selalu buat emak marah dengan aku. Tapi aku tak tau kenapa..dah terbiasa.

Macam dah takde life. hari-hari balik malam. Orang bujang kira ok lagi. Aku kesian tengok junior2 aku yang dah kahwin. 
kitorg macam tkde direction. semua menda nak tekel. takde pengkhususan. akhirnya semuanya separa siap. kerja kerja kerja..eheh3

Persiapan LIMA 13 kena buat dah. endup tarik henbrek ganti dengan Amir. Boss tanya naper takmo pergi. Serabut. aku dah nk pergi Turki hampir 2 minggu. paperwork kena setelkan dalam minggi ni..fuhh tak mampu...

Teringat kisah Abdul Kadir Al Jailani yang Ustaz Don cerita. AKL tidak pernah berbohong disebabkan tunjuk ajar dan didikan ibu beliau. Walaupun beliau membesar sebagai anak yatim. Nah..tengok betapa pentingnya seorang ibu..berbalik kepada AKL..disebabkan tidak boleh berbohong untuk mendapat keberkatan dalam menuntut ilmu seperti yang dipesan oleh ibunya..beliau telah berjaya menyelamatkan harta dagangan rombongan beliau ke Syria (kalau tak silap) disamping telah mengislamkan ketua lanun dan kuncu2nya atas sikap beliau. Hebat tak hebat kanak2 berusia 9tahun Abdul Kadir al Jailani.

Tapi hari ini berapa ramai berbohong.menipu. bohong sunat. Termasuklah aku sendiri. Macamana lah nak berkat. Nak jaga air muka..nak coverline kesilapan ..kemalasan ..kekurangan diri ..maka kita 'terpaksa' berbohong. 

Bilalah nak berubah? Mampukah untuk berubah? tengoklah dulu...wahaha

p/s: Tanda ikhlas dalam bekerja adalah apabila kita buat bukan untuk mendapat pujian orang lain. Komited. Sekiranya kita ditakdirkan bekerja dengan mereka2 yang kaki ampu..kaki ekon, itu tandanya Allah menghantar ujian untuk test samada kita ikhlas bekerja atau sebaliknya. ~Tanyalah ustaz

p/s2: Aku? tepuk dada..tanya lah iman..aku sendirik pun malas. mari muhasabah diri sendiri.. Astaghfirullaladzim

p/s3: Yess. Lega. Sebab Amasis dah boleh operate dari 1st line. tunggu spkb jer nk update logical stucture dan schedule servicing.

Sunday, January 27, 2013

BBQ Nite

Idea asal dari Nurul Athirah untuk buat BBQ. Mak buyung yang sorang ni teringin nak makan BBQ. Option awal umah Mak Ton or Acik Leha. Endup kitorg buat kat umah Acik Leha kat PD. owh tidakkkk...i gonna be Nanny Ju..

Bila sampai hari kejadian..tup2 famili sebelah abang ipar pun ada sekalik..*sigh

Pandai Mak Ton simpan rahsia walaupun dia advance party yang sampai dulu kat umah acik leha..ceh..

Nak tak nak kena combine jugak. Yerlah..bukan orang lain pun tapi tetap tak best. Kak Tam a.k.a Pn (Dr.) Hashimah...lecturer aku kat UTM. Kak Piah a.k.a Bibik penah jadik cikgu aku masa sekolah rendah..dan Kak Maria pernah jadik skulmet dan sama2 mengaji kt umah atok Jamlus ms kecik2 dulu.

Tapi biasalah....mana Best join ngan famili org lain ni. kena resit balik BBQ nite ni...hanya ada 2 option sahaja...rumah atok atau umah mak ton..ehehe..selain resit cendawan goreng tepung dan sotong goreng tepung..

p/s: mmg aku rapat dengan almarhum emak. mesti tak caya kan...yang aku masih tido dengan baju terakhir yang emak pakai sebelum meninggal dunia sebagai sarung bantal.
(baru 2 kali basuh sebab aku ni alergik habuk..resdung!)

Friday, January 25, 2013

Jumaat lagi?

Esok merupakan Jumaat terakhir untuk Jan 2013. Feb bakal menjelma. Bulan yang sinonim dengan sambutan Hari Kekasih. Bagaimana sambutan kita dalam memperingati Rasulullah yg kita sayang. Rasululullah yang amat2 menyayangi kita.

Kalau tanya aku..aku pun tak buat apa2 yang special untuk memperingati baginda. teruknya aku kan? tadik along suh g surau..dgr ceramah Maulidur Rasul lepas maghrib. tapi masalah problemnya..aku dah janji dengan anak2 sedara aku a.k.a ank dia utk dinner chinese food..Alasan kan..

Again. Dah jumaat. Macam semalam baru jumaat. Rasa semlam masih ada di Bdr Sunway. Macam itulah umur kita kan..kejap jer dah 35. tup2 kejap jer dh 45..owh tidakkkk..wahaha

Alhamdulillah. masih panjang umur, kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki. rasa syukur sangat.

Nak tido...dah 0038H...daaaaa

Thursday, January 24, 2013

Maulidur Rasul 1434H

Mari berselawat ke atas Rasulullah SAW.

Manifestasikan cinta kepada Rasulullah dengan memperbanyakkan selawat.

Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:

"Janganlah kamu jadikan kuburku sebagai tempat perayaan,
dan janganlah jadikan rumah kamu seperti perkuburan.
Berselawatlah kepadaku kerana selawatmu akan sampai kepadaku dimana-mana jua kamu berada."
(Riwayat Abu Daud)

*petikan dari Majalah Solusi Isu 51

p/s:Syukur Alhamdulillah kerana menjadi umat Rasulullah SAW.

Tuesday, January 22, 2013

Fa-vour-it-ism

Bestnya jadik airforce...
Bestnya jadik eo...
Bestnya bla bla bla..
Itu orang luar punya gambaran..
Macam tulah apa yang aku nampak pada kompeni lain agaknya..

Hanya mereka yang menjadi sebahagian dari kita sahaja tahu bagaimana dunia eo barisan hadapan.
Eo barisan hadapan perlu banyak pengorbanan.
Masa..duit dan tenaga..aku rasa.

Disebabkan menjadi eo dalam badan berunifom akan memaksa (paksa rela) kita untuk menjadi all rounder.
Serba boleh.
Boleh jadik macam2 bila perkhidmatan memerlukan.

Sebagai 2nd man..aku rasa aku macam tak bersedia.
mungkin rasa rendah diri walaupun fizikalnya tinggi..wahaha

lagi 2 minggu nak gerak ke Turki..
Yess..Istanbul..Busra..dan paling dinanti Aya Sofia dan Pamukale.

Pastu..join LIMA 13.

Pastu?

Pastree?

wahaha...di mana2 akan ada budaya favouritism.
Kadang2 tak sengaja..tapi kalau kita yang termasuk dalam list favouritism?

dah tkde menda nk tulis..dah tadak poin...daaaaa

p/s: alergik bila ada BO yang nak carik boipren angkat..nak bikin skendel....hei..tak takut dosa kah?


Monday, January 21, 2013

I'm Sorry!

If orang tanya..adakah aku suka membaca aku rasa depends pada materialnya.
Kalau orang tanya aku suka pasal history..maybe.

Aku mula suka baca material yang ada unsur2 sejarah sejak aku jatuh cinta pada karya penulis prolifik Faizal Tehrani. Anak kelahiran Melaka. 1st time baca karya beliau dalam paper Utusan. Novel bersiri. tentang wanita bernama Salsabila. Masa tu lagu Salsabila nyanyian Yasin agak popular. bukan novel bersiri stended picisan.

gaya penulisan FT memang sesuai dengan jiwa aku. Sejak tu aku selalu follow novel dia. Antara yang best 1515. memang best giler. tidak cukup dengan itu..aku selalu jadik follower blogger dia. penulisan dia menyebabkan kita berfikir. tapi FT dah stop blogging. Selain daripada subjek geografi zaman sekolah menengah..aku rasa FT salah satu penyebab aku hendak meneroka Istanbul.

FT juga telah membuka minda aku yang sempit. dulu aku selalu fikir Sains dan matematik adalah untuk orang bijak pandai. org yang malas belajar selayaknya ambil sejarah..sastera melayu..ambil tassawur. fikiran org yang berotak cetek ni memang sangat silap. teramat silap.itu sikap mazmumah. memandang rendah pada orang lain.

buat kata FT..if semua org ambil sains dan teknologi..siapa yang hendak menggunapakai teknologi yang dihasilkan. siapa yang hendak mencipta pakaian yang cantik..mencipta lagu untuk halwa telinga. membuat novel..buat filem..bla bla bla..

Kita ni pelbagai. unik. ada orang jiwa kental hati fragile. ada orang cool dan sempoi. ada orang sentimental walaupun jiwa metal..itu yang membuat kita unik.

akhir sekali..aku manusia biasa. if penulisan aku ni ada jiwa yang tersakiti..tercalar..sensitive..from bottom of my heartt...


.
.
.
.
.
.





I'm sorry..!

Yess...Ahad!

Yess..esok dah Isnin. Pasti esok Isnin berwarna biru. Lagi-lagi dah lama tak masuk opis.

Hari ini gerak dari kg awal berbanding minggu sebelum ni. Tapi plan asal nak balik lepas lunch. Malas punya malas..akhirnya aku berjaya jugak bergerak dari rumah dalam 4.15..fuhhh..Nak balik awal sebab nak rileks awal. tak rushing sebab malam semakin gelap.

Alhamdulilah..perjalanan selamat diiringi hujan yang kadang2 lebat kadang biasa2 jer. tenang sebab tk tergesa2 untuk smpi sebab tadik pun sampai dalam 8 lebeh.

yess..esok dah start kerja balik..(carik morale sendirik)..jam aku dah berbunyik menandakan sudah jam 11.45mlm...ok bai..

adiosss...

p/s: masih mencarik motip dapat payung kaler biru..nasib baik bukan kaler mas..nebes mak you..! wahaha gurau jer pada org yg berkenaan..


Friday, January 18, 2013

Dah Jumaat? TGIF!

Dah masuk hari Jumaat. Rasa baru semalam jer hari Jumaat. sekali lagi..betapa pantasnya masa terbang. Macam yang Imam Shafie pesan...perkara yang paling jauh adalah masa lalu...perkara yang paling dekat adalah kematian.

Apa persediaan dan persiapan kita?

aku? masih lagi lalai. tawu tapi idle. Allah Maha Pengasih Maha Penyayang. walaupun selalu buat perkara lagho..Allah masih limpahkan nikmat2 yang tidak terhingga. 

Malu. tapi buat jugak. Setan gondol kompem gumbira. aku lebih patuh hasutan dia. solat dilambat2kan. ganti posa pun tk buat lagi..*erghh

esok finale kursus server. Lega sebab habis. Finish. Stress sebab Kuantan telah melambai2..

Apa yang aku nak sebenarnya ni..? aku pn tk dapat nak define or justify apa yg aku nak. duk opis pn tk suka...duk 1st line..? ok sikit lah..more lively..

Ke aku hamba Allah yang tak tahu bersyukur?

AstaghfirullahalAdzim..

p/s: Aku rasa aku suka g kerja pakai jeans - tshirt - sneakers. mcm steve jobs.nmpk cm santai dan sempoi jer..aku rasa itulah jiwa aku!

Tuesday, January 15, 2013

The Lonely Shepherd or Soldat De?

Untuk entri kali ini, aku cuba untuk menggunakan bahasa Melayu yang agak betul ;) ehehe

Kalau entri yang lepas, aku bercerita tentang 'all rounder' dan 'lone ranger', kali ini kita bercerita tentang 'the lonely shepherd'. sebenarnya, aku pun tercari-cari juga siapakah dan apakah tajuk instrumental yang selalu menjadi latar belakang drama. tadi aku baca blog yang aku 'follow' dan aku sudah mendapat jawapannya. rupa-rupanya sang blogger tersebut juga tercari-cari siapakah empunya hasil seni yang indah ini. jom layan


ada banyak versi, tapi izinkan aku share video yang memaparkan tuan badan yang sedang meniup instrumen yang aku tidak tahu apakah gerangan namanya.

esok masih lagi kena mengadap green screen. huwaaaaaaa...

20 Amalan Murah Rezeki


Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah S.W.T. melimpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah S.W.T. memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat.

Di antaranya:

01.Menyempatkan diri beribadah


Allah S.W.T. tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” – [Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.]

02.Memperbanyakkan istighfar

Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah S.W.T., yang menjadi sebab Allah S.W.T. jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi S.A.W.:
“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah S.W.T. akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” – [Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a]

03.Tinggalkan perbuatan dosa

Istighfar tidak laku di sisi Allah S.W.T.jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi S.A.W.:
“… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” – [Riwayat at-Tirmizi]

04.Sentiasa ingat Allah S.W.T.

Banyak ingat Allah S.W.T. buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah S.W.T.beri kepada orang beriman. Firman-Nya:
“(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah S.W.T.. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah S.W.T.hati menjadi tenteram.” [Ar-Ra'd: 28]

05.Berbakti dan mendoakan ibu bapa

Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah S.A.W. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda S.A.W. juga bersabda:
“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah S.W.T.akan memanjangkan umurnya.” – [Riwayat Abu Ya'ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim]
Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi S.A.W.:
“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah S.W.T.) daripadanya.” – [Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami]

06.Berbuat baik dan menolong orang yang lemah

Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi S.A.W.:
“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” – [Riwayat Bukhari]

07.Tunaikan hajat orang lain

Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah S.W.T. lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi S.A.W.:
“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah S.W.T.akan menunaikan hajatnya” – [Riwayat Muslim]

08.Banyak berselawat

Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

09. Banyakkan berbuat kebajikan

Ibnu Abbas berkata:
“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10.Berpagi-pagi

Menurut Rasulullah S.A.W., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11.Menjalinkan silaturrahim

Nabi S.A.W. bersabda:
“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” – [Riwayat Bukhari]

12.Melazimi kekal berwuduk

Seorang Arab desa menemui Rasulullah S.A.W. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah S.W.T.. Baginda S.A.W. bersabda:
“Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah S.W.T. akan memurahkan rezeki.” – [Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid]

13.Bersedekah

Sedekah mengundang rahmat Allah S.W.T. dan menjadi sebab Allah S.W.T. buka pintu rezeki. Nabi S.A.W. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:
“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah S.W.T. membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah S.W.T. menyedikitkan baginya.” – [Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.]

14.Melazimi solat malam (tahajjud)

Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah S.W.T..

15.Melazimi solat Dhuha

Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah S.W.T.dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” – [Riwayat al-Hakim dan Thabrani]

16.Bersyukur kepada Allah S.W.T.

Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah S.W.T.. Lawannya adalah kufur nikmat. Allah S.W.T.berfirman:
“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” – [Ibrahim: 7]
Firman-Nya lagi:
“… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” – [Ali Imran: 145]

17.Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu

Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.
Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, Insya-Allah dikatakan boleh menjadi sebab Allah S.W.T. melapangkan kehidupan dan memurahkan rezeki.
Selain itu, salah satu nama Allah S.W.T., yakni al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu. Contohnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah S.W.T., bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya ‘Alim.”
Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

18.Berdoa

Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah S.W.T., penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah S.W.T. menyuruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19.Berikhtiar sehabisnya 

Siapa yang berusaha, dia yang akan dapat. Ini sudah menjadi sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah S.W.T. memberikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tetapi agama hanya Allah S.W.T. beri kepada orang yang dicintai-Nya sahaja. – [Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim]
Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas.
Misalnya, jika hendak tenang dibacanya Quran, jika hendak mendapat anak yang baik dididiknya sejak anak itu di dalam rahim lagi, jika hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan makanan yang baik serta halal, jika hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha menjadi baik, jika hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20.Bertawakal

Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah S.W.T. seperti firman-Nya:
“Barang siapa bertawakal kepada Allah S.W.T., nescaya Allah S.W.T. mencukupkan (keperluannya).” – [At-Talaq: 3]
Nabi S.A.W. bersabda:
“Seandainya kamu bertawakal kepada Allah S.W.T.dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” – [Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.]
Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa.
Dengan takwa, Allah S.W.T. akan memberi “… jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan), dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” – [At-Talaq: 2-3]

Pendek kata, bagi orang Islam.. untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenar, kuncinya adalah dengan melaksanakan amalan-amalan takwa.
Amalan-amalan ini akan menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah S.W.T., lalu Allah S.W.T. pasti melimpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Insya-Allah.

Kredit to iluvislam

p/s: Tanya pada diri sendiri dimana level sendiri. Tak sampai 50% amalan nya. Sombongnya aku!