Thursday, December 10, 2009

Cuti..cuti..Y!

alhamdulillah..syukur dan lega.akhirnya Bos Besar dah luluskan cuti.baru boleh bergumbira.bila dah fill up borang cuti 2 minggu lepas, mood untuk bercuti semakin membuak2.hari ini walaupun hasrat untuk bercuti dah kesampaian, tapi hakikatnya aku tak tawu dan aku takder apa-apa plan untuk cuti kali ni. cuma dalam kepala hotak aku ni, aku ndak g ronda-ronda sekitar Kuala Lumpur, kota metropolitan yang aku sedang bekerja dengan.banyak aku tak pegi lagi, KLCC punyer bridge, KL tower, muzium negara, muzium kesenian Islam, sunway lagoon, [ermmmm..lagi apa ek..byk giler lagi]
itu baru perancangan. aku jugak ndak bawak mak buat gigi memandangkan mak dah takder pagar..ehehehe
dan aku akan pastikan cuti ini, aku akan manafaatkan sebaik-baiknya untuk tone body..ahahaha adakah itu suatu angan2 sahaja...tungggguuuu..aku akan pastikan sekurangnya angka tujuh sudah tidak ada lagi..bukan ke angka lapan tetapi angka enam...

Mood Holiday



Hujung tahun adalah musim untuk bercuti..hoyei hoyei..! borang cuti dah lama telah disubmit.sejak dari awal Dis lagi. tapi disebabkan oleh BOSS BESAR sibuk dengan program LIMA 2009 nyer..,maka sehingga kini pas cuti masih belum ditandatangani.selagi pas cuti belum berada di dalam genggaman, maka perasaan suka & gumbira masih belum boleh diraikan secara terbuka..ahahaha
macam biasa, ambil cuti tapi masih belum ada plan yang betul2 kaw2 punyer.ndak pegi bagpackers tp tatau hendak kemana..tapi sejak dua menjak captsutun dah sering buat perangai..arghhh aritu clutch sistem, baru-baru ni tank minyak pulak macam bocor. fuel yg kua adala dalam segayung..tensen..dengan pitis yang semakin menyusut.tp aku rasa aku dah semakin jahat.perkara wajib hanya dibuat kerana ianya wajib.entahla, dengan kedatangan tahun baru - MUHARAM dan juga 2010..aku berharap ianya membawa sinar dan kerahmatan dari Illahi. semoga jodoh ku adalah yang terbaik..AMiiiiin ya Rabbal Alamin.

Thursday, December 3, 2009

Jiwa kacau atau dikacaukan..?

Musim hujan masih lagi berkuasa hingga minggu pertama Disember ini..dalam surat khabar, dalam tv , dalam radio telah diuar-uarkan bahawa ramalan gelombang banjir yang ketiga akan berlaku..pagi tadi, hujan tak henti-henti.sejak aku terjaga dari tido dalam pukul 4-5 pagi, hujan dah mula turun
minggu ni bermula dengan perkara yang melucukan.insiden aku mengekori polis trafik yang namanya sama seperti nama ayah aku masih segar-bugar dalam kepala hotak aku ni..ahahaha, entah kenapa aku boleh jadik macam tu.boleh khayal macam tu sekalik.
ahahaha..ni gara-gara terlebey berangan, terlebey memikirkan pertemuan sebelum insiden tersebut berlaku..bengong punyer mr FOO..ada ker patut dia ajak aku minum tapi aku tak diberitau yang dia bawak mak dan anak dia sekalik.1st time terserempak tu, aku rasa speechless tapi aku menten macho..nasib baik la aku ni La sur padora yang terhebat pada ketika itu..
lelama aku rasa aku mcam boley terima dia.tapi kalo aku mengarut, dia lagi super duper mengarut..biarlah masa yang menentukan..

Wednesday, November 25, 2009

Movie 2012

dapat jugak tidur bersama ;)

Hasrat hati untuk menonton movie paling dinanti2kan oleh aku [kononnya] tercapai jugak last monday..ini berdasarkan review oleh orang surat khabar la ni..entah macam mana, aku terjumpa dengan junior aku time balik dari keja petang tu..dan terus aku ajak dia tgk movie kat MV.disebabkan aku meletakkan harapan yang tinggi pada movie tersebut, menyebabkan aku sedikit frustrated..

sebab apa..? jalan cerita tu boleh kita jangka. dan ianya mengambil masa yang cukup panjang iaitu 2jam 40min [agak2]..sudah ler tu, teknik CGI yang digunakan terlampau2 sehinggakan dah jadik macam tak real..disebabkan point2 tersebut, maka cerita itu aku beri 3 bintang sahaja.cuma nasib ianya agak sedikit baik berbanding ketika aku menonton movie Harry porter yang episod mana aku pn tatau. sebab apa..? sebab 15 minit pertama jer aku tgk, yang lain aku zzzzzzz sbb tak paham lansung..ahahaha




Sunday, November 22, 2009

Mungkir janji

puas aku carik..warna kegemaran aku iaitu shocking pink @ magenta.tp takder dalam kelompok kaler yang ditawarkan dalam blogger ni..
rasa lega, sebab Skill standard yang dimulai sejak tahun 2007 akhirnya sampai jua ke penghujungnya.20 Nov 09, usai sudah perit jerih menyiapkan skill standard [kununnya] utk non ac tred..tapi aku telah mungkir janji..mungkir janji pada diri sendirik.aku dah berjanji akan updet blog aku ini hari2..tetapi apakan daya, masa amat mencemburui aku.last wk mmg bz.
tetapi 1 perkara yang menyebabkan aku pokai ialah apabila si captsutun aku buat hal.clutch tak bfungsi.elok plak dia buat perangai depan summit usj di lane sebelah paling kanan iaitu lane laju..arghhhh..apa bley buat.dah tiba masanya kan..makan melayang la duit aku..

Saturday, November 14, 2009

Musim hujan

Buhsan..akak aku plan ndak pergi nonton citer 2012 malam ni..tapi telah dicantas oleh emak..mak bebel-bebel..dan aku tak larat ndak dengar..sungguh..aku memang tak larat ndak mendengar.walaupun orang kata, suatu hari nanti, kita akan merindui bebelan mak kita..tp aku rasa, apa yang mak ndak bebelkan itu..tak perlu dibebelkan.itu apa yang aku rasakan..apa lagi, aku memberontak dalam diam.malas ndak bersuara.takut derhaka.aku tidak menjawab..tetapi terus lelapkan mata dan terus zzz..
musim hujan tahun ini, aku berada di semenanjung.wish aku pada tahun lepas telah Allah makbulkan.amin.syukur sangat.kesian kat Mot.masih berada di Mukah kerana posting ke Semenanjung masih gagal.patuh la cakap suami.bukankah syorga kamu dibawah telapak kaki beliau.tapi bagi aku, untuk suatu penyelesaian itu, ada bermacam2 cara. mudah atau susah. dan perlu juga taktik untuk mengaburi orang yang menguruskan soal perpindahan.
Dato? Datuk? watever..aku tak percaya pada golongan ini.jarang sekali mereka ini mahu melihat atau ambil tahu masalah rumput dibumi. tapi terpulang..
next week final untuk verification untuk tred statistik..sungguh aku tobat.semoga, kesilapan ini tidak akan berulang lagi..LESSON learnt.! walaubagaimanapun aku sokong kata-kata BOS besar airforce..leadership not by example BUT leadership by GOOD example.
apa lagi mawu tulis..?aku pun tidak tahu.dan tidak punya idea.2010 bakal menjelang.azam baru..? seperti biasa: mahu kuruskan badan, bijak mengurus kewangan serta meningkat amal ibadat..harapan agar gaji yang diterima berkat.apa guna gaji 4, 5 angka jika tidak berkat kan..?
jumpalagi.. dan aku berjanji dengan diri sendiri untuk mula merajinkan diri mengupdet entri utk blog ini.walaupun tiada follower ;) ahaks..
ol d best Ju

Friday, October 23, 2009

Belanjawan 2010


adakah bonus tahun ini utk gov servant sekurang2nya 2 bln gaji?


pasti harga tembakau naik lagi...ahahahahaha
petang ini, DSNTR akan mengumumkan belanjawan bagi tahun 2010.harapan semua rakyat ini merupakan belanjawan yang terbaik untuk rakyat.sementelah pula belanjawan kali ini merupakan adalah yang pertama kali beliau sebagai PM..aku harap duit rakyat tidak lagi dilabakan ke arah perkara dan aktiviti yang tidak berfaedah.

dgr cerita FL kita tempah bj untuk special occasion pun rm15k.itu baru sepasang.kalo sekalik hanta smpai 30 psg..berapa duit rakyat telah dihabiskan..ini mungkin cerita palsu dan mungkin benar.tp aku perolehi dari sumber2 yg boleh dipercayai..apa kata kita tanya pada Mr R bukan nm sebenar..dunia oh dunia..malaysia oh malaysia..yang pasti kita adalah satu Malaysia ;)








Tuesday, October 20, 2009

Skill Standard atau Standard Skill

hari ini hari ke 4 workshop untuk membangunkan skill standard untuk trade statistik. Statistik? tred apa tu? tred yang aku namakan secara syok sendirik..tah apa data yang diorang collect untuk buat statistik dan buat analisa..takde.memang takde. so kenapa aku hendak menamakan trade ini sebagai statistik.hanya untuk menampakkan kekelasan nya kut...Kut?kelas pilihan kau Maria [kredit to iklan Ribena] masalahnya,aku bukanlah Maria itu..persamaan yang aku ada dengan Maria si JJCM hanyalah aku memang kaki makan.dulu boleh la..makan banyak mana pun..berat maintain bawah ENAM PULUH..paling tinggi pun ENAM LIMA..tp sekarang..huwa huwa huwa

apa yang aku merepek ni..?

tengah buhsan. next week masuk keja confirm keja melambak yang menanti..meeting sudah pasti jadik sekretari..minit mesyuarat lepas pun tak submit lagi..sebab kan workshop ni..

BONUS 2009?
dapat ker..kalo dapat aku ndak buat...ermmm :-?
  • Tinted captsutun
  • beli kain potong untuk buat baju kebangsaan
  • nk beli kamera DSLR
  • ndak beli pants
  • blouse/kemeja
  • tudung
  • setelkan utang la..[apa lagi]
  • reservekan utk bayar zakat [ni sepatutnya berada di list No 1]
  • *nak beli CRV [ehehehe]

aisshhh..sepatutnya zakat dah dipotong dalam gaji..puas ler aku memuji kehenseman mamat PZS akhir tahun 2008 aritu..aku ingat kan keja nya efisyen..sampai la ni..tak potong2 lagi..potong la..apa tunggu lagi..berbaloi-baloi..[teringat iklan P1max]

Skill standard atau standard skill..?biarlah..yang paling penting bila ndak siap skill standard?

mari kita buat push up serta push up tepuk lalat..[boleh ker..? badan dah berat ni..]

Wednesday, September 30, 2009

Jangan Tidur Lagi...[zzzzz]

Tadik aku baru balik beraya rumah Kak Liza Keramat.Aku rasa excited ndak pergi beraya sebab komentar beliau pada status FB aku serta status beliau yang beliau akan pergi jauh pada pertengahan Syawal ni...rupa-rupanya beliau jadik pegi trip ronda Europe dengan route yang agak jauh [aku rasa] London-German-Paris-Suisse-Brussel-Amsterdam..gila la..letih naik train jela..balik tanahair kompem fatique dan jetlag giler2..
Mata tak mawu lelap..ini musti gara-gara Neslo [kapucino version Melayu] yang Kak Liza buat tadi..a few gossiping tapi lebey menjurus kepada cerita yang berputar kepada diri kitaorg..jodoh-kerja..wah dengar cerita dah ketemu cinta baru di tempat kerja baru yea..apa tunggu2 lagi kak..rembat jer..Education ada, rupa ada, budi bahasa pun ada..apa lagi yang ndak ditunggu..Anak Raja..??baik lupakan jerla spesis2 mcm ni..sebab diorg ni lagi worst qualitynya dari orang kebanyakkan..betulkan..?
ol d best kak..semoga dapat jodoh yang terbaik..Ameeeeeen

Tuesday, September 29, 2009

First Timer

Pejam celik pejam celik,hari ini sudah 10 Syawal 1430H. Begitu cepat masa berlalu. Akhirnya, aku berjaya juga menjadi blogger yang tidak bersandarkan kepada laman web sosial yang menjadi fenomena sejak dua tiga tahun kebelakangan ini.
Hasrat untuk mempunyai blog ini adalah disebabkan aku begitu teruja dan teringin untuk meneladani individu-individu yang berjaya meraih pendapatan melalui dunia alam maya ini.
Untuk diri sendiri, selamat datang.
[eh eh..amacam? apabila aku menulis dengan cara bahasa yang betul :D]