Monday, March 30, 2015

Life begin at 40?

Sekiranya panjang umur, di tahun 2015 ini umur aku bertambah menjadi 37. Iyer 37! Lagi 3 tahun sahaja untuk memasuki umur 40. Erkkk 40an. Terasa tua oii.. Hahaha

Bila cakap pasal umur 40, aku pernah terbaca kalau tidak silap dalam hadis Nabi tentang umur 40 ni, tapi aku tak berapa sure. Banyak hikmahnya jugak aku masuk ec725. Kalau tak aku tak akan kena dengan Aliya Nasaruddin. Aku tak akan kenal Ourtouch dan geng2 OT.

Selepas berkelana, mengembara dengan set2 OT ni aku terfikir kenapa sekarang aku baru kenal diorg. Mungkin jika kenal dari dulu, takdelah aku memerap kat bilik selama 2 bulan aku kat Suisse, kat France dan Nakhonratchasima. Mereka semua memberi aku inspirasi yang tak ada pada soljah2 (soldadu-soldadu) di sekeliling aku. Aku rasa diorg lagi survival dari aku. Aku rada ilmu orienteering dan baca pet diorg lagi mantap dari soldadu macam aku. Dan yang paling penting dan salute toink2 aku adalah diorg ni BERANI keluar dari zon selesa. Apa ko ingat askar laskar berani ke apa yang Hasni buat. Travel sorang2 kat bumi yang asing bagi dia..apa kau ingat ada askar yang dah 40an nak panjat gunung macam Kak Oshin lagi. Umur tak sampai 40 pun dah beli PT test. Hahaha

Baru baca article mat saleh ni sebab aku googel ' what should you do after quit?' Sign atau tanda yang kita ni dah memang perlu sangat berhenti kerja adalah apabila kita sering cakap kat diri sendiri (dan orang lain) yang kita nak berhenti kerja! Terkena batang hidung gua yang tak berapa nak mancung ni. Keadaan semakin kritikal bila aku posting ke EC kerana birokrasi tempat aku bekerja ni sudah menjadi semakin menjadi. Aku tak mampu nak hadam.

Memandangkan aku sebatang kara, tak perlu fikir perasaan orang lain (even aku masih ada abang kakak dan sedara mara) kalau ditanya apa keputusan aku sekarang, aku akan cakap 'i'm quit!' Jikalau boleh, aku tak mahu kena mengena dengan mana2 kompeni yang related dengan majikan aku sekarang. Aku ulang sekali lagi..kalau boleh.

Semuanya telah tertulis, sekiranya aku jumpa mereka2 ni masa arwah mak dan apak masih ada, mungkin langkah aku tak jadik panjang.  

Akhir qalam sebelum masuk tidur,  aku kena buat istikharah, minta bantuan Allah lorongkan aku untuk membuat keputusan yang tepat.

Kawan-kawan lain pun, kalau nak buat keputusan ayuh kita kembali kepada agama dan minta bantuan. Hehehe life not begin at forty, it begins since ur bornday! 

Assalamualaikum dunia!

Petra @ Batra  Jordan

Saturday, March 28, 2015

Enam kosong Empat kosong

Aduhai, kepala pening. Barangkali sebab pergi Kuantan, tengah panas. Lepas tu pergi melantak pulak RotiBoy dua ketul dan tak balas dengan air mineral atau air putih. Minggu ni standby weekend dengan pelbagai perancangan untuk menghadap audit minggu depan. Entah apa2 hari ni, pergi kerja awal pagi untuk standby SAR lepas tu sarapan dan terus ke Kuantan untuk bayar duit kereta. Tapi gagal, sebab boleh pulak kad ATM tertinggal kat bilik. So, apalagi terpaksa lah balik bilik dan mandi dan shoot balik ke town.

Dah elok sampai Kuantan, dah elok dapat ambik duit, CDM HongLeong pulak out of service. so boleh bayangkan tak macamana perasaan ahkak di kala itu.dah tak dapat bayar duit keta, pergilah ke Berjaya Megamall untuk usha fail untuk nak touch up folder ADF kat office. Udahlah nak g memaking keta kat Berjaya tu punya lah susah, dah dapat parking singgah Popular, tengok-tengok rega fail punyalah mahal berbanding Giant. nak beli ke tak nak..nak beli ke tak nak. ikut hati nak beli jer fail-fail yang kaler pastel and color blok mcm kat bawah ni.

Cantik kan?


Berkira-kira, berfikir-fikir dicongak congak,keluar dari Berjaya aku terus kan perjalanan ke ECM pulak. mana tau lagi murah. satu hal pulak, walaupun Berjaya ngan ECM sepelaung jer mashaAllah jem nyer takyah cakap. Bukanlah aku tak biasa mengadap jem, tapi aku tak tau lah mcmn pengurusan ECM ni berfikir. dari 3 gate yang ada, 1 gate jer bukak. boleh bygkan tak, ada 3 lane kenderaan yang akan bertembung untuk masuk satu entrance yang dibukak. ok fine! Kat board tulis basement full, aku g parking atas. level cineplex penuh, so aku g rooftop. parking dan pergi beli fail kat aeon yang reganya jauh lagi murah berbanding Giant dan Popular, Rm4.90 jer. lepas beli tak menyinggah kemana-mana pun, terus balik. dan sekali lagi aku tak paham ngan management ECM, kut yer pun buat renovation boleh tak tolong guide tak pun buat arrow yg memudahkan user mcm aku ni. ini pakat letak kon and rentang tali perimeter. puas aku tawaf nak carik exit. Fuhh..

dan Sekarang aku dah sampai skn dan belum makan nasi lagi. kununnya nak lunch ngan Suzen n anak2 tapi tak jadik. 
itu jer..sekiannnnn hahaha

Friday, March 27, 2015

Semangat!

Dah betul cukup lama tak kongsi cerita tentang rasa si soldadu caboks. Minggu terakhir bulan ketiga dalam kalendar Masehi. Bulan Islam serius aku tak ingat. (Ke tak ambik tahu?)

Berbalik kepada cerita asal. Macam aku pernah cerita, ikut hati ikut rasa ikut kepala hari-hari nak update apa yang aku buat. Tapi hidup seharian macam tak cukup saat untuk aku buat blog. Selalu terlupa. Nak kata sibuk, tidaklah sesibuk mana. Aku cuma sesibuk memikirkan apa yang aku nak buat selepas masuknya jam 0001H 17.02.17. Ye..itulah yang sering aku sibukkan. Aku cuba untuk enjoy dan layan saja tahun-tahun akhir sebagai serikandi. Aku cuba. Disamping itu aku juga cuba mencari dan terus mencari value yang perlu ada dalam diri seorang Muslimah.

Sejak misi #OTJordan 2015, persepsi aku pada kehidupan harian aku turut berubah. Terus aku bersemangat untuk aku tarik handbrake. Ya, hanya perlu ada satu perkara sahaja yang perlu aku buat iaitu BERANI keluar dari zon selesa.

Serius aku dah tawar hati. Terasa 2017 itu lambat jer (ye ke). Dengan pelbagai karenah birokrasi dalam organisasi, aku rasa alergik, meluat, berbulu semua teradun sebati.

Malam pun dah larut. Aku nak tidur. Lelapkan mata. Selepas seharian berada ditempat kerja (tipuuu!).
Assalamualaikum dunia! Muachhhh
kpi: mahu hati seputih salju