Friday, January 21, 2011

Harapan, Impian dan Cita-cita

Sejak kebelakangan ini, hati aku sering tercabar kesabarannya oleh seorang rakan sekerja..aku akui itu memang lumrah alam.di mana sahaja kita pergi, kita pasti berjumpa dengan spesis orang yang macam ini.tapi yang menyebabkan aku sakit jiwa adalah sikap tak faham bahasa, perasan bagus, kaki taici dan sibuk mengejar pangkat walhal lansung tak perform, langsung tak menyumbang. Dia memang bernasib baik kerana bekerja di sebuah organisasi kerajaan. kalau tak dah lama aku kasik terajang keluar..

[eh eh.., kenapa aku emosional sangat ni..?]

[*mood ceria] berbalik kepada tajuk asal entri ni. aku rasa sudah sepatutnya aku men'register'kan apakah harapan-impian dan cita-cita aku sebagai insan biasa ni.

  • Harapan pertama: Harap2 semua ahli famili aku mendapat kesudahan yang baik (husnul khatimah) Bagaimana? pastilah dengan sentiasa taat kepada suruhan Allah.
  • Impian pertama: Own landed house ala2 kampung tapi style resort..main struktur rumah adalah dari kayu cengal atau merbau. lantai juga.rumah tu tak perlu besar.cukup 3 bilik attached bathroom yang ada jakuzi.laman dia ada pokok2 hutan..kasik lanskap menarik.ruang tamu, makan dan kitchen juga sesimple yg mungkin.
  • Cita-cita: berhasrat untuk jadik jurugambar sambilan. teramat-amat teringin.
  • Harapan kedua: Menjadi isteri dan ibu yang solehah. tidak derhaka kepada suami dan juga bertanggungjawab.
  • Impian kedua: own bisnes nurseri pokok bunga..wah, bestnya.
  • Cita-cita: nak belajar memasak. takpun menjadi penjual jambu batu pakCu 916..bess woo asam dia..ehehee
aku rasa, senarai kat atas tu mungkin ada kategori yang tak menepati kehendak kategorinyer.tapi itu adalah antara-antara impian, harapan dan cita-cita aku. harap-harap aku dapat menggapainya.looks simple, tapi sampai sekarang tak dapat-dapat lagi.
okaylah beb.masa dah tyme untuk balik mes...sok sambung lagi..[sambung buat minit mesyuarat yang masih tertangguh tu..!]

Baik-baik Sayang

Semalam bercuti.hari ini bekerja.esok bercuti semula.
banyak betul cuti awam awal-awal tahun ni. cuma jatuhnya hari cuti itu sehari selepas weekend ataupun sehari sebelum weekend. takperlah.boleh rileks-rileks sambil fikirkan apakah biz yang hendak dibuat untuk tambah pendapatan.
sudah hampir sebulan tahun baru dijengah.tp azam yang aku nk buat, masih tak terbuat2.exercise? emmmmm..tutup aurat? ermmmm begitu juga perkara-perkara wajib..
aku tetap akan berusaha untuk mencapai azam itu.
lately, terminat giler dengan lagu WALI BAND 'baik-baik sayang'. syahdu giler.dan teringat kepada arwah emak.semoga arwah Mak berbahagia di dunia sana. aku harap aku tidak akan pernah lupa untuk mendoakan kesejahteraan Mak di sana. Ya Allah, emak ku merupakan ibu yang terbaik dan senantiasa ingin memberikan yang terbaik untuk keluarganya..Limpahkan rahmat dan kasih sayangMu ya Allah.kasihi dan sayangilah emakku seperti mana kasihnya dia kepada ku semasa kecil..Ameen Ya rabbal alamin.
semoga baik-baik sahaja emak yang tersayang di alam sana..

Wednesday, January 19, 2011

Minit Mesyuarat

Minit mesyuarat pada 13 Jan 11 masih belom siap..adoihai..ni baru balik minum2 dengan opismet dekat kantin.almaklumlah, kucing-kucing semua bekerja di luar kawasan minggu ni..tak kiralah besar, sederhana atau kecik..secara otomatik, sang tikus..berdecit-decit berlarian dengan penuh keriangan..ehehehe
nak bebel apa ek..? tahun ni aku agak ektip untuk membuat bisnes kecil-kecilan..jadiklah..mahu mebantu mereka yang mahukan sedikit bantuan kewangan. agak bagus bisnes pada tahun baru ni agak kencang juga..alhamdulillah.jadiklah, secara tepian..untuk duit poket.rm50 sebulan tetap duit jugak kan..?
tak tau nak tulis apa..tapi yang pasti azam tidak dipasang lagi untuk tahun ini..tapi azam lapuk yg satu ni susah betul nak capai..arghhhh, bilalah akoo dapat memiliki BMI 21 ni..dengan ukuran pinggang 28 macam dolu2.....!

Thursday, January 6, 2011

Selamat Tahun Baru 2011

Rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2011 walaupun sudah masuk hari ke 6..Tidak ada apa-apa azam pun untuk tahun ni..Yang pasti perancangan untuk program naik taraf captsutun kepada majsutun tidak akan berlaku.apatah lagi penambahan inbentori untuk menemankan captsutun tersebut. buat kata orang-orang bijak lagi pandai.., ukurlah baju dibadan sendirik.dah tawu badan besaq, await p beli kain tak cukup ela..bukankah banyak lagi komitmen yang perlu diberi perhatian. yang pasti, aku selalu berdoa untuk menjadik hamba Allah yang terbaik..
Cuma 2010 banyak memberi kenangan sedih dan manis dan juga tahun dukacita.kehilangan arwah mak yang sangat-sangat dirasai. pergi takkan kembali lagi. teringat-ingat hari-hari terakhir hayat mak. ishhhhh, tak dapat dibayangkan. Semoga arwah mak sudah memaafkan aku.kenangan menjemput Mot di LCCT dan beli kain langsir untuk raya bersama-sama emak pada 2 hari terakhir sebelum pemergian mak yang mampu mengubat jiwa aku ni..Ya Allah, berkatilah, rahmatilah serta limpahkan kasih sayang Mu keatas roh emak.
Semoga 2011 akan membawa sinar yang makin cemerlang dan membahagiakan. dan aku berharap aku tidak lagi berjumpa dengan manusia pelik2 yang bergelar lelaki yang kaki penipu..kaki auta..kaki pembelit..![apa, korang ingat aku despret sgt ke hah..! - aikkk tetiba jer emos..hahaha!]
Ahlan wa Shalan 2011..sayonara 2010..[gulppp, aku dah masuk 33 tahun ni..erkkkkkk!]