Wednesday, June 29, 2011

Temuduga Kerjaya - esok 30 Hb Jun 2011

Entri kali ni adalah lanjutan dari entri terdahulu. entri terdahulu lansung tidak menceritakan tajuk entri itu sendiri. Aku baru perasan bila aku rasa aku teringin untuk mengemaskini entri terkini..aku pun pelik. macamana aku tidak lansung menceritakan apa yang aku nak ceritakan..opss nampak sangat aku ni dah nyanyuk. memori cepat hilang..Astaghfirullah al azim

berbalik kepada tujuan penulisan entri kali ni. esok ada temuduga kerjaya di mindef. sebab aku submit nama untuk buat further study secara full time. entah apa soalan dari ahli panel esok agaknya. yang menjadi masalah nya adalah bukan sebab aku takut untuk menjawab soalan-soalan [yang maut agaknya]..tapi aku punya tahap confident ni agak kureng sedikit sebab ke'gebu'an aku ni..arghhh bilalah nak kurus ni. sudahlah yang menemuduga esok bos paling besar tred aku..entahlah..pasrah jerlah.

soalan dia adalah adakah aku bersedia untuk sambung belajar ni? kursus EW yang sedang aku hadiri nipun menunjukkan aku punya ilmu kejuruteraan elektrikal dah semakin pudar..pudar sangat-sangat. nak guna kalkulator saintifik pun masih terkial-kial. Aku berserah jer esok. kalau ada rezeki, aku terima. kalo tidak, aku berlapang dada. sebab apa..? sebab aku memang lansung tidak membuat sebarang persiapan apa pun untuk temuduga esok.

Seingat aku, last aku ditemuduga adalah ketika dicalonkan untuk menjadi ADC Sultan Pahang. dalam sesi temuduga seharusnya kita harus menjual diri agar kita dibeli. tapi aku..? aku takder skill lah nk melobi. takder skil nk menjual diri..GAGAL.so, kesimpulan dia, aku berserah, pasrah dan ... [tapi inilah sifat yang tak wajar untuk diikuti]..

takder apa yang hendak di updet lagi..esok gamble jerlah..sua muka tadah telinga dan jawab seadanya. InsyaAllah, jika ada rezeki adalah. Sesungguhnya Allah telah membuat perancangan yang terbaik untuk hambaNya..

Friday, June 24, 2011

Sambung Belajar?

Tinggal lagi sebelas minit, waktu kerja hari ini akan tamat. Lepas tu terus pecut balik Seremban. Last week tak balik sebab pergi Lumut untuk interservice punya bola tampar. teringat zaman sekolah. aku dah start slow dalam sukan masa sekolah menengah. malas nak pergi training sebab malas nak bangun awal pagi. naik bas. lepas tu masa tu emak ngan apak bukannya ada duit sangat. tracksuit pn ada selai dua jer. yang paling aku terkenang-kenang sangat bila aku taknak masuk softball sebab kena beli baju cap forest kaler ungu. harga dia masatu dalam rm20 kut. itu jer sebab aku tanak masuk. nak mintak duit kat mak, rasa serba salah. walhal apa yg aku mintak, mak mesti belikan. bila jadik paling senior iaitu masa tingkatan lima, aku plak kena jadik ketua rumah wanita Syeikh Ahmad. banyak sukan trek dan balapan aku masuk. lontar peluru - lempar cakera -lompat tinggi - 4x 100 - 4 x200...ehehe yg plg tak bleh blah dan lawak..bila zurila jadik last runner. yg aku pun mulut celupar. dari jauh aku cakap " tak payah lah..dah kalah"..si zurila nipun punya la bendul, terus keluar trek. lansung batal. tak dapat point. tp menjadik anchor pasukan, membawa sekali tanggunjawab yang besar. silap2 boleh stress. yang best, lontar peluru sampai lah wakil daerah.

itu adalah diantaranya. banyak lagi kenangan yang best.. kalo nak tulis, tak muat plak.

tapi, bila masuk alam pekerjaan ni, kalo boleh satu tanggungjawab kedua tak mawu amek. semua nk menaici. bila meng'handle' [bahasa apa aku guna ni] orang dewasa lagi payah. banyak virus, banyak feel, banyak kepala dan perasan star. itu yang paling aku tak larat. diorg takper. bila aku bg release utk training, diorg fully release. aku? kerja kena pergi. kerja kena buat. petang kena rush utk support diorg plak. kerja diorg training jer. itu pun susah ker..tapi sepanjang 2 wks aku ambil alih volleyball tudm ni adalah kita kekurangan training. kekurangan pelapis. masalah attitude. tidak bagi komitmen. tidak fokus. masa main memain. inilah padahnya. untuk tahun depan, aku dah rancang pasukan terbaik dari tudm. proses eliminasi akan bermula. orang yang claim boleh main, tp ramai yang tak bleh main. setakat nk lawan inter section boleh la..[kasik can!]

Aiseymen..dah melepasi seploh minit jam 5..terpaksa beransur...tata...jumpa lagiiiii..

Assalamualaikum..!