Monday, September 20, 2010

Lonesome..exteremly '_'

Minggu selepas demam raya ni berjalan seperti biasa.Kerja macam biasa.Kalau takder mood, kena adakan jugak mood tu.Kenduri tahlil emak sabtu lepas dah selamat dibuat.insyaAllah, jika tiada aral melintang, penghujung Oktober nak buat sekali lagi tahlil untuk arwah mak.

entah kenapa aku rasa sunyi sejak dua tiga hari ni.aku rasa aku seperti tak ada tempat untuk berkongsi cerita.walaupun aku ada kakak2 dan abg2.anak2 sedara jugak.ianya takan sama dengan berkongsi cerita dengan EMAK.takkan pernah sama.tak mungkin akan sama.aku menjadi seorang perindu.masa2 terluang aku akan pasang balik video2 yang arwah emak ada.sekarang ni aku merindui bebelan2 mak.padan muka aku.kalau dulu aku tak suka hendak mendengar bebelan mak.tp sekarang..?


Hidup perlu diteruskan..kan? aku berharap aku tidak akan sama sekali melupakan untuk menyedekahkan Al-fatihah pada emak..berikanlah aku hati yang cekal yang Allah..genap 2 bulan emak pergi. cukup dua bulan aku tak jumpa emak..


Semoga arwah emak senantiasa dirahmati Allah serta mendapat keampunan dari Allah hendaknya..

Friday, September 3, 2010

Berakhir Ramadhan, Tibanya Syawal edisi 1431H

Hari ini bersamaan dengan 24 Ramadahan. pagi tadik cuaca ok jer..Lailatul Qadar ke semalam ek??Fasa ketiga ramadhan ini, lagu raya sudah berkumandang sana sini..kalau ditanya, lagu raya yang paling aku suka mestilah MAMAT - kupohon restu ayah bonda, M Nasir - Suatu hari di Hari Raya dan jugak KHAIRIL JOHARI JOHAR - sepasang kurung biru..Tapi seriyes, sejak emak sudah tiada aku yang boleh dikategorikan kaki karaoke, kaki melalak ini tak pernah menyanyi lagi..jarang-jarang? pun tk..kadang-kadang? lagi lah tak..tapi untuk halwa telinga, aku layan jugak radio untuk dengar lagu-lagu.
Hari ini merupakan hari terakhir bekerja sebelum bercuti raya.
malas betul nak pergi bekerja sebab semangat raya dah mengatasi segalanya..macam biasa, baju raya tak dapat disediakan untuk tahun ni.bukan sebab bizi pun, tp aku tak memberi keutamaan untuk menempah baju raya. walhal arwah mak dulu banyak kali mengingatkan aku..aku rasa adalah nak dekat 7-8 psg kain yang tak berjahit lagi..erghhhhh
aku tatau nak tulis apa sebenarnya. padahal apa yang hendak ditulis tu dah berada dalam kepala otak, cuma tak tahu mcmn nak transform dalam bentuk ayat.oklah, ndak chiow dulu.leteh gila hari ini sebab masuk parade serah terima tugas panglima pagi tadi.takder mood..chiowww!