Monday, September 20, 2010

Lonesome..exteremly '_'

Minggu selepas demam raya ni berjalan seperti biasa.Kerja macam biasa.Kalau takder mood, kena adakan jugak mood tu.Kenduri tahlil emak sabtu lepas dah selamat dibuat.insyaAllah, jika tiada aral melintang, penghujung Oktober nak buat sekali lagi tahlil untuk arwah mak.

entah kenapa aku rasa sunyi sejak dua tiga hari ni.aku rasa aku seperti tak ada tempat untuk berkongsi cerita.walaupun aku ada kakak2 dan abg2.anak2 sedara jugak.ianya takan sama dengan berkongsi cerita dengan EMAK.takkan pernah sama.tak mungkin akan sama.aku menjadi seorang perindu.masa2 terluang aku akan pasang balik video2 yang arwah emak ada.sekarang ni aku merindui bebelan2 mak.padan muka aku.kalau dulu aku tak suka hendak mendengar bebelan mak.tp sekarang..?


Hidup perlu diteruskan..kan? aku berharap aku tidak akan sama sekali melupakan untuk menyedekahkan Al-fatihah pada emak..berikanlah aku hati yang cekal yang Allah..genap 2 bulan emak pergi. cukup dua bulan aku tak jumpa emak..


Semoga arwah emak senantiasa dirahmati Allah serta mendapat keampunan dari Allah hendaknya..

2 comments:

Kembangi Mekar Mustapha said...

bila org yg kita sayang sgt2 dan rindu tak akan kembali, memang sedih, longlai rasanya..tak semangat nak hidup.. sabar lah.. mcm mana lah aku nanti

Aju Hashim said...

yea..aku cuba utk bersabar