Wednesday, October 27, 2010

Terus bermalas-malasan atau melawannya

Minggu depan aku dah setat bercuti..amek 4 hari terus dan bersambung dengan cuti Deepavali. eh eh, macam aku plak yang ndak beraya sakan.bukan apa, plan nak buat kenduri tahlil arwah emak pada Sabtu ni sebelum zohor. hari ini genap pemergian emak yang ke-100 hari.rasa dan serasanya perasaan bahawa emak masih ada. tapi kerinduan untuk menyebut perkataan emak ni tak boleh ndak diterjemahkan dengan kata-kata.sungguh! sungguh aku rindu.tapi bukankah semua orang pasti akan melaluinya. pemergian emak bukan untuk diratapi, tetapi merupakan peringatan kepada anak-anak yang masih hidup ini. Ajal atau kematian bukan hanya menjemput mereka yang mendapat masalah kesihatan atau berhadapan dengan kecelakaan samada kemalangan atau kebakaran atau pembunuhan (nauzubillah!). Mereka yang sihat juga sekiranya sudah sampai masa pasti akan dijemput pulang oleh Sang Pencipta. So, janganlah berlengah-lengah untuk mengumpul pahala kerana kematian bukan kerana kita sudah tua atau disebabkan menghidap sakit kronik tetapi kerana sudah tamat kontrak hidup kita di dunia ini. tapi aku? masih macam ni. masih malas. solat masih ada yang berlubang, masih lagi bertangguh-tangguh melakukan solat, menutup aurat juga tidak sempurna.masih rela untuk menjadi sahabat setan..ishhhhhhh
Macam mana ek..? macamana nak kuat kan semangat.bagaimana untuk sentiasa beristiqamah? banyak sangat anasir-anasir jahat ni.dalam kepala otak asyik fikir ndak enjoy jer.Ya Allah lindungi lah aku dari segala kejahatan.
Harap cuti minggu depan akan diisik dengan aktiviti beriadah.selalunya masa cuti ni lah akan put on weight giler2..tapi tak giler2 plak berusaha untuk menurunnya.yang penting, aku nak rileks, nak rileks dan nak rileks.sebab apa? sebab setel sudah 2 bengkel yang menghantui kepala otak aku ini.yeabedabedoo..!!macam nak g jenjalan.tp kemana ek..nnti la plan kemudian..oklah..chiowww!

Tuesday, October 19, 2010

Penghujung Oktober..

Kenangan bersama arwah emak di Masjid Hudaibiyah

Oktober ini merupakan bulan yang paling sibuk aku rasakan. Sementalah aku merupakan AJK untuk Seminar Pegawai Wanita TUDM 2010 dan juga pegawai incaj bagi Bengkel Sekolah Sistem Pesawat dan Radar 2010.phewww..leteh beb.lagi meletihkan bila aku buat semua kerja-kerja tu last minit..erghh..tapi aku sangat bernasib baik kerana senior2 tempat aku bekerja ni sangat-sangat membantu.
26hb ni genap pemergian emak yang ke 100 hari. lega sebab aku sebagai anak telah melaksanakan apa yang sepatutnya aku laksanakan untuk arwah emak yang sangat aku sayang. Fidyah puasa telah aku lunaskan sebelum Hari Raya Aidilfitri hari tu. Untuk upah haji aku baru sahaja mewakilkan kepada syarikat umrahdanhaji.com yang berpangkalan di Ampangan. insyaAllah upah haji untuk arwah emak akan dibuat pada musim haji kali ini. Alangkah seronoknya jika aku dapat menunaikan ibadat haji bersama-sam emak dan apak. Itu adalah harapan aku selama ini. Tetapi apa boleh buat, semuanya sudah tertulis. Allah lebih mengetahui dan lebih menyayangi arwah emak. InsyaAllah, jika ada rezeki, tiada aral yang melintang, aku telah mendaftar nama untuk menunaikan haji bagi musim 1431H akan datang bersama-sama apak. itulah doa aku selama ini untuk membawa emak dan apak menunaikan haji. Namun tidak kesampaian bersama emak. tapi syukur,
kerana Allah memberi aku peluang untuk berbakti kepada emak pada ibadat umrah yang lalu. semoga Allah menerima umrah kami. Ya Allah tempatkan arwah Emak dikalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Aminnnn.
tiada benda hendak diupdatekan lagi. aku pun dah nak balik keja setelah berhempas pulas untuk menyiapkan slide presentation untuk bengkel sekolah sistem pada 21-22 Okt ini. erghh..aku harap tiada apa2 yang fakap dan kokap..insyaAllah.
itu saja..assalamualaikum