Wednesday, October 3, 2018

Harapan

Hari ini sudah 23 Muharam 1440H. Kalau ikut kalendar Masehi aku dah berusia 40 tahun 13 hari. Kalau ikut kalendar Hijriyah, aku memasuki tahun ke 42 tahun 😀

Setiap tahun, pasti ada azam baru. Ada azam yang direcycle, ada azam yang dah dibuang dari list dan ada azam baru. Pertambahan usia memberi impak juga pada apa yang ingin kita kecap dalam kehidupan. Azam ini berubah kerana matlamat hidup telah sedikit berubah. Ya..sedikit sahaja tapi matlamat utama adalah meraih keredhoan Allah kerana kejayaan sebenar bukanlah mempunyai Master Degree kelas pertama, mempunyai banglo idaman di tepi pantai/tanah tinggi..tetapi memasuki Syurga Allah.

Tidak seperti memasuki kelab termahal dan VVIP, Syurga terbuka kepada semua makhluk Allah. Malah petua, tips, kaedah dan sebagainya telah dinyatakan dalam AL Quran, disabdakan oleh Nabi Muhammad SAW tetapi mengapa la aku masih lagi tak mahu mengejarnya..😟

Sebagai rujukan di masa hadapan, berikut merupakan azam-azam aku yang setiap kali di kitar semula..macam susah sangat nak capai..haha..sebabnya APA? MALAS dan LAGHO dengan social media..

1. Menghafaz Surah dalam Juz Amma - Priority Al Mulk, Al Waqiah
2. Menghafaz 10 ayat terakhir dan terawal Surah Al KAhfi
3. Belajar Bahasa Jepun, France, Arab
4. Nak kurussss..yer. nak Kurus hahaha. supaya pakai uniform nmpk smart jer 😍
5. Banyak lagi. tapi harapan aku nak bebas hutang dan punya rumah sendiri.

Tuesday, September 18, 2018

Four Siries

Lama sudah tak menulis dalam blog ni.
Sebab utama, adalah LUPA dan MALAS. sebab skunder mungkin sebab aku terlupa kata laluan nak buka blogspot ni. 
.
.
Hari itu adalah cuba nak buka blogspot, tapi macam complicated bila everything must be connected to google account. Seumpamanya sistem tak dapat nak cari bila aku masukkan akaun yahoo aku. Dan ketika itu aku seperti pasrah. Seperti merasakan, blog aku aku terkubur seperti blog lama di Friendster. hehehe

Tapi hari ini, aku cuba lah nak masukkan kata laluan untuk blogspot. Terasa macam hari ini, hidup aku terurus sangat. First attempt gagal..yerlah..aku cubalah key-in kata laluan yang paling kerap aku guna sepanjang aku bergelar pengguna internet. GAGAL.

So aku cuba sekali lagi bila keluar tetingkap minta masukkan kata laluan yang aku pernah guna. so aku cubalah sekali lagi..Tadaaaaa.. maka aktiflah kembali blog ini.

Last entry was in 2016. My short course in Toullouse with skod Tuti Usman. And on Monday..(yess..yesterday morning) i receive a WA msg from her telling me, her father passed away after Maghrib on Sunday. Luckly, she's on her way back from Holland and receive the news during transit in Dubai. Syukur..Allah permudahkan, Tuti dapat jmpa her late father which is burried before Zuhur.

Banyak perkara suka duka manis berlaku sepanjang 2016-2018

2016 berjaya mendaki Gunung Fuji iaitu yang tertinggi di Jepun.
2017 mendaki Gunung Kilimanjaro iaitu tertinggi di benua Afrika dan antara G7 dunia.
2018 mendaki Gunung Kerinci iaitu tertinggi di Kepulauan Sumatera.

dan 2018 merupakan tahun yang menjadikan aku perempuan di usia 40..hahaha Syukur Ya Allah kerana panjangkan usia ku. 

Bantulah aku menjadi hambaMu yang bertaqwa. Ameen