Wednesday, October 3, 2018

Harapan

Hari ini sudah 23 Muharam 1440H. Kalau ikut kalendar Masehi aku dah berusia 40 tahun 13 hari. Kalau ikut kalendar Hijriyah, aku memasuki tahun ke 42 tahun 😀

Setiap tahun, pasti ada azam baru. Ada azam yang direcycle, ada azam yang dah dibuang dari list dan ada azam baru. Pertambahan usia memberi impak juga pada apa yang ingin kita kecap dalam kehidupan. Azam ini berubah kerana matlamat hidup telah sedikit berubah. Ya..sedikit sahaja tapi matlamat utama adalah meraih keredhoan Allah kerana kejayaan sebenar bukanlah mempunyai Master Degree kelas pertama, mempunyai banglo idaman di tepi pantai/tanah tinggi..tetapi memasuki Syurga Allah.

Tidak seperti memasuki kelab termahal dan VVIP, Syurga terbuka kepada semua makhluk Allah. Malah petua, tips, kaedah dan sebagainya telah dinyatakan dalam AL Quran, disabdakan oleh Nabi Muhammad SAW tetapi mengapa la aku masih lagi tak mahu mengejarnya..😟

Sebagai rujukan di masa hadapan, berikut merupakan azam-azam aku yang setiap kali di kitar semula..macam susah sangat nak capai..haha..sebabnya APA? MALAS dan LAGHO dengan social media..

1. Menghafaz Surah dalam Juz Amma - Priority Al Mulk, Al Waqiah
2. Menghafaz 10 ayat terakhir dan terawal Surah Al KAhfi
3. Belajar Bahasa Jepun, France, Arab
4. Nak kurussss..yer. nak Kurus hahaha. supaya pakai uniform nmpk smart jer 😍
5. Banyak lagi. tapi harapan aku nak bebas hutang dan punya rumah sendiri.

No comments: