Friday, September 9, 2011

Motivasi: SIAPAKAH DIA UWAIS AL-QARNI?

Nabi berpesan kepada Umar dan Ali, "Akan lahir dikalangan Tabiin seorang insan yang doa dia sangat makbul. Nama dia Uwais al-Qarni dan dia akan lahir di zaman kamu".

Kita telah mengenali siapa dia Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali iaitu orang-orang yang telah disenaraikan sebagai "al-Mubasyirun bil Jannah"iaitu mereka dah dijamin masuk syurga.

Nabi seterusnya berkata kepada Umar dan Ali, "Dizaman kamu nanti akan lahir seorang insan yang doa dia sangat makbul. Kamu berdua pergilah cari dia. Dia akan datang dari arah Yaman, dia dbesarkan di Yaman. Dia akan muncul dizaman kamu, carilah dia. Kalau berjumpa dengan dia mintak tolong dia berdoa untuk kamu berdua."

Umar dan Ali bertanya kepada nabi soalan iaitu "Apakah yang patut saya mintak daripada Uwais al-Qarni, Ya Rasulullah? Nabi menjawab "Kamu mintak kepadanya supaya dia berdoa kepada Allah agar Allah ampunkan dosa-dosa kalian".

Banyak peristiwa sahabat yang berjumpa dengan nabi, mintak sesuatu yang baik kepada mereka, nabi menjawab "Pohonlah al-Maghfirah daripada Allah swt." Jadi topik al-Maghfirah (keampunan) ini menjadi topik yang begitu dicari yang begitu relevan, hatta kepada orang yang telah disenaraikan sebagai ahli syurga. Kalau logiknya ahli syurga macam dah tak perlu kepada ampun dosa kerana mereka dah dijamin masuk syurga, tetapi tidak, nabi masih tekankan supaya mintak Allah ampunkan dosa.

Siti Aisyah telah bertemu dengan malam Qadar, dia telah berdoa sepanjang malam sampai ke subuh dengan doa yang nabi ajarkan iaitu "Allah humma innaka 'afuu 'un karimun tuhib bul 'af wa fa' fu 'anni" (maknanya Ya Allah, Kamulah Tuhan yang sangat suka mengampun, ampunkanlah dosa-dosa saya).

Memang benarlah firasat seorang nabi, Uwais al-Qarni telah muncul di zaman Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali. Memang mereka tunggu dan cari kabilah-kabilah yang datang dari Yaman ke Madinah, akhirnya bertemu mereka dengan Uwais al-Qarni.Dengan pandangan mata luar, tidak mungkin dia orang yang nabi maksudkan. Kerana orang itu pada pandangan insan-insan biasa atau orang-orang yang datang bersama dengannya bersama kabilah menganggapkan dia seorang yang akal tidak sempurna (wire short), sesuatu yang macam tidak betul pada pandangan orang. Tetapi dia ada sesuatu.

Asal usul Uwais al-Qarni

Dia asalnya berpenyakit sopak, badannya putih, putih penyakit yang tidak digemari. Walaupun dia sopak tetapi dia seorang yang soleh, terlalu mengambil berat tentang ibunya yang uzur dan lumpuh. Dia telah begitu tekun untuk mendapatkan keredhaan ibunya. Bapa dia meninggal dunia ketika dia masih kecil lagi. Dia sopak sejak dilahirkan dan ibunya menjaga dia sampai dia dewasa.

Satu hari ibunya memberitahu kepada Uwais bahawa dia ingin sangat untuk pergi mengerjakan haji. Dia menyuruh Uwais supaya mengikhtiarkan dan mengusahakan agar dia dapat dibawa ke Mekah untuk menunaikan haji. Sebagai seorang yang miskin, Uwais tidak berdaya untuk mencari perbelanjaan untuk ibunya kerana pada zaman itu kebanyakan orang untuk pergi haji dari Yaman ke Mekah mereka menyediakan beberapa ekor unta yang dipasang diatasnya "Haudat". Haudat ini seperti rumah kecil yang diletakkan di atas unta untuk melindungi panas matahari dan hujan, selesa dan perbelanjaannya mahal. Uwais tidak mampu untuk menyediakan yang demikian, unta pun dia tidak ada, nak sewa pun tidak mampu. Ibu Uwais semakin uzur maka ibunya mendesak dan berkata kepada anaknya "Anakku mungkin ibu dah tak lama lagi akan bersama dengan kamu, ikhtiarkanlah agar ibu dapat mengerjakan haji".

Uwais mendapat suatu ilham, dia terfikir apa nak dibuat. Dia membeli seekor anak lembu yang baru lahir dan dah habis menyusu. Dia membuat sebuah rumah kecil (pondok) di atas sebuah "Tilal" iaitu sebuah tanah tinggi (Dia buat rumah untuk lembu itu di atas bukit).Apa yang dia lakukan, pada petang hari dia dukung anak lembu untuk naik ke atas "Tilal". Pagi esoknya dia dukung lembu itu turun dari "Tilal" untuk diberi makan. Itulah yang dilakukannya setiap hari. Ada ketikanya dia mendukung lembu itu mengelilingi bukit tempat dia beri lembu itu makan.

Perbuatan yang dilakukannya ini menyebabkan orang kata dia ini gila. Memang pelik, buatkan rumah untuk lembu diatas bukit, kemudian setiap hari usung lembu, petang bawa naik, pagi bawa turun bukit. Tetapi sebenarnya niatnya baik. Kalau lembu kita buat begitu pagi sekali petang sekali daripada lembu yang beratnya 20kg, selepas enam bulan lembu itu sudah menjadi 100kg. Otot-otot (muscle) tangan dan badan Uwais menjadi kuat hinggakan dengan mudah mengangkat lembu seberat 100kg turun dan naik bukit.

Selepas lapan bulan dia buat demikian telah sampai musim haji, rupa-rupanya perbuatannya itu adalah satu persediaan untuk dia membawa ibunya mengerjakan haji. Dia telah memangku ibunya dari Yaman sampai ke Mekkah dengan kedua tangannya. Dibelakangnya dia meletakkan barang-barang keperluan seperti air, roti dan sebagainya. Lembu yang beratnya 100kg boleh didukung dan dipangku inikan pula ibunya yang berat sekitar 50kg. Dia membawa (mendukung dan memangku) ibunya dengan kedua tangannya dari Yaman ke Mekah, mengerjakan Tawaf, Saie dan di Padang Arafah dengan senang sahaja. Dan dia juga memangku ibunya dengan kedua tangannya pulang semula ke Yaman dari Mekah.

Setelah pulang semula ke rumah dia di Yaman, Ibu dia berkata kepada dia " Uwais, apa yang kamu berdoa sepanjang kamu berada di Mekah?". Uwais menjawab "Saya berdoa minta supaya Allah mengampunkan semua dosa-dosa ibu". Ibunya bertanya lagi "Bagaiman pula dengan dosa kamu". Uwais menjawab "Dengan terampun dosa ibu, ibu akan masuk syurga, cukuplah ibu redha dengan saya maka saya juga masuk syurga". Ibunya berkata lagi "Ibu nak supaya engkau berdoa agar Allah hilangkan sakit putih (sopak) kamu ini". Uwais kata "Saya keberatan untuk berdoa kerana ini Allah yang jadikan. Kalau tidak redha dengan kejadian Allah, macam saya tidak bersyukur dengan Allah ta'ala". Ibunya menambah "Kalau nak masuk syurga, kena taat kepada perintah ibu, Ibu perintahkan engkau berdoa".

Akhirnya Uwais tidak ada pilihan melainkan mengangkat tangan dan berdoa. Uwais berdoa seperti yang ibu dia minta supaya Allah sembuhkan putih yang luar biasa (sopak) yang dihidapinya itu. Tetapi kerana dia takut masih ada dosa pada dirinya dia berdoa "Tolonglah Ya Allah kerana ibu aku suruh aku berdoa hilangkan yang putih pada badanku ini melainkan tinggalkan sedikit". Allah swt. sembuhkan serta merta, hilang putih sopak diseluruh badannya kecuali tinggal satu tompok sebesar duit syiling ditengkuknya. (Kalau bagi nabi, baginda ada Khatam Nubuwah iaitu tanda kenabian, tanda pada nabi bersinar) Tanda tompok putih pada Uwais sebab dia mintak agar jangan dibuang kesemuanya, kerana ini (sopak) adalah anugerah, maka nabi sebut kepada Umar dan Ali akan tanda ini. Tandanya kamu nampak dibelakang dia ada satu bulatan putih, bulatan sopak. Kalau berjumpa dengan tanda itu dialah Uwais al-Qarni.

Selepas tidak lama Uwais berdoa yang demikian, ibunya telah meninggal dunia. Dia telah menunaikan kesemua permintaan ibunya. Selepas itu dia telah menjadi orang yang paling tinggi martabatnya disisi Allah. Doa dia cukup makbul hatta penyakit sopak pun boleh sembuh. Mengikut al-Quran, Nabi Isa Alaihisalam yang pernah berdoa untuk kesembuhan penyakit sopak dizamannya.

Berbalik kita kepada cerita asal, Sayidina Umar dan Sayidina Ali dapat berjumpa dengan Uwais ini minta satu sahaja iaitu minta supaya doakan supaya Allah swt. mengampun semua dosa-dosa mereka. Ketika Uwais al-Qarni berjumpa Umar dan Ali, dia berkata "Aku datang ini dari Yaman ke Madinah kerana aku nak tunaikan wasiat nabi kepada kamu iaitu supaya kamu berdua berjumpa dengan aku. Aku datang ini nak tunaikan wasiat itulah". Maka Uwais pun telah mendoakan untuk mereka berdua.

sumber : emel dari seorang kenalan

Tuesday, September 6, 2011

Selamat Hari Raya Eidulfitri 1432H

Selamat hari Raya Aidilfitri 1432H.
Semoga kita sentiasa berbahagia dan berjaya.
InsyaAllah, tahun ini menunaikan haji.
Berusaha untuk menjadi hamba Allah yang bertaqwa.
Bukan semata-mata amalan yang biasa-biasa.
tetapi ditambah dengan amalan yang tak biasa dibuat.
Ya Allah, ampunkan dosa-dosa ku, ibu ayah ku dan kaum keluarga ku.
bantulah hambaMu dalam berusaha untuk mendapatkan Haji yang mabrur..aminnnn

Tuesday, July 26, 2011

Mengantuk..!

Malam tadi layan karaoke kat IOI Mall untuk sesi kul 8.00mlm smpi kering anak tekak..sekarang tgh mengantuk giler. tapi apakan daya, aku kerja makan gaji, perlu bertahan sampai habis waktu kerja. dalam masa 2 minit, waktu kerja tamat. aku nk balik bilik, solat dan tido...ehehe..kalo rajin nk g gym, berlari atas treadmill..tapi..tgklah dulu...:p

Friday, July 1, 2011

Akhirnya..SK II menjadi pilihan

Arghh..kopak..kopak poket aku. Setelah lama mengidamkannya, akhirnya sudah rezeki SK II untuk menjadik produk penjagaan kulit aku. Setelah dermalogica [produk paling mahal yang pernah aku try], SK II ni memang telah lama menggamit naluri kewanitaan aku. Konsultan SK II tadi pun dah mengingatkan aku, yang paling penting kita kena rajin dan istiqamah dlm penjagaan muka. apa produk sekalipun, kalo kita malas menggunakanya, hasil nya lambat sikit kita nak nampak.

aku malas nak bercerita pasal temuduga semalam. apa yang melintas [ke terlintas?] dalam hati aku ni menjadik kenyataan. kadang-kadang aku takut nak fikir yang bukan-bukan. sebab banyak perkara yang bukan-bukan, yang terlintas kat dalam kepala hotak aku ni, kebanyakkannya menjadi kenyataan. masa temuduga semalam, aku dah dapat agak soalan sensitip itu yang akan keluar. sementelah plak yang menemuduga aku Pengarah tred aku a.k.a mantan KCK aku.

soalan sensitip itu bukanlah melibatkan BMI atau status perkahwinan, tapi tentang sebab musabab yang berkaitan dengan ketidakhadiran aku ke bengkel Log kompetensi. cuma soalan nya indirect tapi tersangatlah makan dalamnya..aku tak kisah lah kalau disebabkan itu aku tak dapat sambung belajar. lagi-lagi aku menjawab macam hampeh.tergantung. English terlalu teror sampai tak tercakap omputeh..[miahahahaha] entahlah. susahkan kalau ianya melibatkan politik orang atasan ni.

apa yang penting, aku enjoy giler bulan ni. macam-macam aku beli. yang paling best, perasaan untuk mencuba kuih macaron [betul ker aku eja ni] aku dah try. betullah orang cakap, apa yang kita rasa sedap tu tidak semestinya best sangat pun. dah lah harga nya mahal nak mampos. seketul macaron rm3.90. tp nk rasa punya pasal, aku belilah jugak. tapi rasa..? kuih bangkit pun lagi doploh kali sedap.

itu saja kut untuk entri kali ni. tata..[sebab dah takder idea]

Wednesday, June 29, 2011

Temuduga Kerjaya - esok 30 Hb Jun 2011

Entri kali ni adalah lanjutan dari entri terdahulu. entri terdahulu lansung tidak menceritakan tajuk entri itu sendiri. Aku baru perasan bila aku rasa aku teringin untuk mengemaskini entri terkini..aku pun pelik. macamana aku tidak lansung menceritakan apa yang aku nak ceritakan..opss nampak sangat aku ni dah nyanyuk. memori cepat hilang..Astaghfirullah al azim

berbalik kepada tujuan penulisan entri kali ni. esok ada temuduga kerjaya di mindef. sebab aku submit nama untuk buat further study secara full time. entah apa soalan dari ahli panel esok agaknya. yang menjadi masalah nya adalah bukan sebab aku takut untuk menjawab soalan-soalan [yang maut agaknya]..tapi aku punya tahap confident ni agak kureng sedikit sebab ke'gebu'an aku ni..arghhh bilalah nak kurus ni. sudahlah yang menemuduga esok bos paling besar tred aku..entahlah..pasrah jerlah.

soalan dia adalah adakah aku bersedia untuk sambung belajar ni? kursus EW yang sedang aku hadiri nipun menunjukkan aku punya ilmu kejuruteraan elektrikal dah semakin pudar..pudar sangat-sangat. nak guna kalkulator saintifik pun masih terkial-kial. Aku berserah jer esok. kalau ada rezeki, aku terima. kalo tidak, aku berlapang dada. sebab apa..? sebab aku memang lansung tidak membuat sebarang persiapan apa pun untuk temuduga esok.

Seingat aku, last aku ditemuduga adalah ketika dicalonkan untuk menjadi ADC Sultan Pahang. dalam sesi temuduga seharusnya kita harus menjual diri agar kita dibeli. tapi aku..? aku takder skill lah nk melobi. takder skil nk menjual diri..GAGAL.so, kesimpulan dia, aku berserah, pasrah dan ... [tapi inilah sifat yang tak wajar untuk diikuti]..

takder apa yang hendak di updet lagi..esok gamble jerlah..sua muka tadah telinga dan jawab seadanya. InsyaAllah, jika ada rezeki adalah. Sesungguhnya Allah telah membuat perancangan yang terbaik untuk hambaNya..

Friday, June 24, 2011

Sambung Belajar?

Tinggal lagi sebelas minit, waktu kerja hari ini akan tamat. Lepas tu terus pecut balik Seremban. Last week tak balik sebab pergi Lumut untuk interservice punya bola tampar. teringat zaman sekolah. aku dah start slow dalam sukan masa sekolah menengah. malas nak pergi training sebab malas nak bangun awal pagi. naik bas. lepas tu masa tu emak ngan apak bukannya ada duit sangat. tracksuit pn ada selai dua jer. yang paling aku terkenang-kenang sangat bila aku taknak masuk softball sebab kena beli baju cap forest kaler ungu. harga dia masatu dalam rm20 kut. itu jer sebab aku tanak masuk. nak mintak duit kat mak, rasa serba salah. walhal apa yg aku mintak, mak mesti belikan. bila jadik paling senior iaitu masa tingkatan lima, aku plak kena jadik ketua rumah wanita Syeikh Ahmad. banyak sukan trek dan balapan aku masuk. lontar peluru - lempar cakera -lompat tinggi - 4x 100 - 4 x200...ehehe yg plg tak bleh blah dan lawak..bila zurila jadik last runner. yg aku pun mulut celupar. dari jauh aku cakap " tak payah lah..dah kalah"..si zurila nipun punya la bendul, terus keluar trek. lansung batal. tak dapat point. tp menjadik anchor pasukan, membawa sekali tanggunjawab yang besar. silap2 boleh stress. yang best, lontar peluru sampai lah wakil daerah.

itu adalah diantaranya. banyak lagi kenangan yang best.. kalo nak tulis, tak muat plak.

tapi, bila masuk alam pekerjaan ni, kalo boleh satu tanggungjawab kedua tak mawu amek. semua nk menaici. bila meng'handle' [bahasa apa aku guna ni] orang dewasa lagi payah. banyak virus, banyak feel, banyak kepala dan perasan star. itu yang paling aku tak larat. diorg takper. bila aku bg release utk training, diorg fully release. aku? kerja kena pergi. kerja kena buat. petang kena rush utk support diorg plak. kerja diorg training jer. itu pun susah ker..tapi sepanjang 2 wks aku ambil alih volleyball tudm ni adalah kita kekurangan training. kekurangan pelapis. masalah attitude. tidak bagi komitmen. tidak fokus. masa main memain. inilah padahnya. untuk tahun depan, aku dah rancang pasukan terbaik dari tudm. proses eliminasi akan bermula. orang yang claim boleh main, tp ramai yang tak bleh main. setakat nk lawan inter section boleh la..[kasik can!]

Aiseymen..dah melepasi seploh minit jam 5..terpaksa beransur...tata...jumpa lagiiiii..

Assalamualaikum..!

Tuesday, May 31, 2011

Sebab musabab orang Negeri Sembilan tak boleh jadik Panglima

Hari ini skod yang keja kat AFPRO pulak kena pau oleh kitorg. Semalam skod KTU..yerlah berlagak sangat dengan gaji P2 dia tu..miahahaha

apa yang best, arini aku dapat fact yang lawak dari skod kat POTU tentang sebab musabab kenapa org negeri sembilan tak boleh jadik Panglima..tupun biler kitorg gosipping yg mostly of panglima kitorg made in Malakau..

Rupa-rupanya, orang Negeri Sembilan tak boleh jadik panglima sebab kalau g berperang..bila dia command "SORANG..!"..alamatnya sorang jerla yang g bertempur..macam ampeh kan..!!

minggu ni bizi cket..sebab banyak agenda. lusa ada command conference..ishhh naper la aku ps2..kalo tak, tak payah aten CC..erghh..masa dah tyme untuk chowchinchow..adiosss bebeh..

p/s: sumpah tak ingat..filem Nur kasih tak mencapai expectation aku..POTC pun ..ala2 la..dalam 3.5 bintang jer..

Monday, May 30, 2011

Hari Isnin Yang Blues

Macam biasa.. Syukur alhamdulillah, sempat ketemu hari Isnin minggu terakhir edisi May 11. Mata rasa ngantuk yang amat. sebab malam tadik lambat sampai mes. Highway PLUS jem giler. sebab? sebab ada berapa bijik keta yang terlibat dengan eksiden..ntahapa2 la diorg ni. kalau tak sebab memandu super duper laju..mesti pasal tak fokus pada pemanduan [layan sms lah..sbg contoh]..tak pun sebab tak sabar. kan danh nyusahkan pengguna lain.. terpaksa Q panjang untuk smpi ke KL. aku plak punya lah menyesal sebab tak ikut LEKAS. mungkin lekas sikit sampainya..!

Kenapa hari Isnin ni blues ya..? nak dapat momentum kerja punya la payah. tapi, aku rasa hari-hari momentum kerja aku tak capai 100%..dapat lebey dari 60% pn dah kira ok what..kan?

sat-sat ni dapat kol dari ic LS..jumaat ni ada meeting Volleyball kat Lumut..erghhh malas nya..baru plan nk amek cuti sebab nak buat kenduri arwah sabtu tu..ntahlah..layan kan saja lah..mata dah ngantuk ni..tadik bfast merangkap lunch ngan skod2 kat 10 skn. owhh...aku nk tidooooo...tapi bukankah aku dibayar untuk bekerja untuk masa-masa begini..

Berdosanya aku ya Tuhan..!

semangaaatttttt untuk mencari keberkatannnnn Ju...goooo Ajuuuuu!!

Friday, May 27, 2011

Stay or leave?

Hari-hari jugak aku memikirkan samada mahu menyambung perkhidmatan sehingga tahap regular. memikirkan sebahagian besar mereka-mereka yang masih bertahan di dalam perkhidmatan menyebabkan aku takde mood untuk menyambung.

tapi sekiranya aku berhenti, apakah mata pencarian yang perlu dibuat untuk menampung kehidupan. aku tangan bangku. menjahit tidak pandai. memasak juga. bercucuk tanam jauh sekali. sesungguhnya rugi nyer aku. dah umur macam ini, skill masih kosong. NIL.

Orang cakap tak perlu fikir sebab lambat lagi aku berhenti - 2017. tapi bukankah kita di akhir zaman. masa cepat sangat berlalu. pejam celik pejam celik karang sudah 2017. kan bes dapat suami yang kaya..Harap-harap Allah sememangnya telah save the best for last untuk aku..insyaAllah..Amin ya robal A'alamin.

p/s: En FOO jangan ganggu hidup i lagi..okeh!

Mencari Solusi

Selamat Hari Jumaat..Syukur Ya Allah. sudah habis minggu ke empat bulan Mei 2011. esok weekend. Sudah plan dengan achik untuk tengok wayang dan layan karaoke di ioi Mall esok..insyaAllah.

Selasa lepas layan movie 'THOR' di Midveli dengan skod ladies bujang..[ehehe..siapa tu yer?] sumpah tak bes..! plot cerita longgar dan tiada elemen of saprise [cewah!]..aku sebagai penonton yang tidak tegar ini pun sudah dapat mengagak jalan cerita nya. dh banyak kali menguap..smpi keluar ayer mata..serupa macam citer Heri Poter yang episod ke berapa ke aku tgk dulu..tatau ujung pangkal, tak baca buku citer..tup2 tgk episod yg tgh..mana ada feeling..lost! ahahaha

kalo ikut tajuk entri, lain yang ada kat dalam kepala otak ni..tapi untuk solusi yang pertama adalah ini:
(1) aku sedang mencari Majalah Solusi terbitan Telaga Biru utk isu 2, 7 hingga 10 dan 13 hingga 15..puas carik [eh eh tipu lah..mana ada puas carik..] juz tanya2 kat dlm grup Majalah solusi dan mencari kat Pesta Buku KL 2011 kat PWTC last month..yang dapat cuma isu 6.
(2) Sejak emak tak ada ni..aku macam tak ada tempat nk berkongsi cerita. Walaupun masalah itu boleh ditackle, tp aku tetap nak share dengan emak..walaupun masa emak hidup, tak semua cerita tentang aku, aku cerita kat emak. aku cuma bercerita tentang perkara yang best2 jer dan lawak..sampai arwah emak selalu cakap "Kelakarlah botolah dak Aju ni!"..tp sebagai seorang emak, aku sangat percaya yang emak boleh baca perasaan anak-anak dia. itu sudah jadi kenangan. tetapi mencari solusi untuk masalah ahli dalam keluarga sendirik adalah agenda kitorg adik beradik. tapi masalah nya adalah, ahli keluarga tersebut tidak mahu berkongsi masalahnya dengan ahli keluarga yang lain. kita-kita orang yakni ahli keluarga yang lain2 ini dapat tahu pun secara tidak sengaja..puas diinterrogate, masih tak pecah lubang rahsia..amat kebal..tapi apa guna memendam rasa. we shud share our problem at least to someone we trust. macam safety valve lah..we shud release the pressure so that, tiada apa2 yang rosak or burst or broken to the system apabila kita sudah tidak dapat bertahan..tapi apa nak buat, orang tak nak share..so kita duk dendiam..jus monitor and observe from near (not far). kasihan kan..? kasihan to both party..!
(3) Solusi ke tiga adalah pasal masalah abg yang satu lagi. kalau masalah duit, apa saja yang kita-kita ni boleh tolong. org cerdik pndi pun cakap, kita mana boleh bagi ikan..kita kena bagi kail..supaya dia boleh carik sendirik. kaji-kaji, fikir-fikir sampai bila hendak bergantung kepada orang lain..kalo emak masih hidup, emak pasti menjadi tempat mengadu abg yang sorang ni. aku rasa,dia hanya perlukan ilmu mengurus wang. yang pelik, aku yang bujang ni pun tak commit dengan stesen berbayar, tv masih yang tube lagi. tapi dia? - astro dan LCD tv..inilah masalahnya..solusinya adalah ilmu mengurus wang..senang jer. ukur baju di badan sendirik. insyaAllah setel masalah.

KONKLUSinya..kebahagiaan dan kesengsaraan kita yang cari..! kalo ada any opinion, kawan2 yang baca blog ni..bagi tau..! thx

Thursday, May 26, 2011

Kembalinya Ke Rahmatullah Sepupuku Abang Budin

Sebelum aku memulakan entri kali ini..Al Fatihah aku sedekahkan kepada Allahyarham Baharudin bin Redza a.k.a abang Budin yang telah dijemput untuk bertemu dengan Sang Pencipta. Memang benar janji Allah..tidak akan dilewatkan atau dicepatkan walaupun sesaat..sesungguhnya kematian tersebut bukan peringatan bagi yang telah meninggalkan kita..tapi merupakan peringatan bagi kita yang hidup ini..Masya Allah..!
terkenang-kenang akan arwah emak. perginya juga tidak lansung menyusahkan anak-anak. Ya Allah..tempatkan emak di kalangan orang beriman dan beramal soleh..sesungguhnya, mereka yang pernah merasai kehilangan jer tahu perasaan kehilangan itu.

Thursday, April 28, 2011

Mensyukuri nikmat Allah

Pagi tadik dah masuk siri ke 2 bagi rancangan Tanyalah Ustaz dengan tajuk mensyukuri nikmat Allah. tersangat benarlah. sekiranya kita tahu sesuatu ilmu itu jika tidak diamalkan apatahlah dicatatkan ianya akan pudar..dan terus lupa..terus padam dari kotak ingatan kita.

Momentum untuk bekerja tak capai 50% lagi. hari-hari tengok internet, baca FB [buku jugak tu kan], kemaskini akaun kelab, carik orang kutip hutang [macam ceti], dan layan jiwa lara.aktiviti semalam yang melibatkan tudm hanya meronda-ronda di udara bersama Kapt Rahimah dengan menaiki MD 3.. seriyes gila aku cuak bila Kapt Rahimah mintak aku handle ac. macam-masam bermain kat fikiran aku ni. aku takut terlebey bang, atau pitch atau roll stall plak kapaltebang kecik ni kang..entah kenapa, aku macam tak excited lansung pn nk naik ac tu. sebagai kenangan aku amek jugak lah 2,3 keping gambar dalam cockpit [yang super duper sempit] dan dari pandangan udara. nak upload. hp plak kaput. harus ditukar dengan yang baru kut..!

semalam aku jadik stalker kepada orang itu. aku usha2 FB dia. kalo last month status dia in relationship. tapi semalam aku tgk dah upgrade jadik married. perghhh..mungkin majlis akad nikahnya dalam bulan 3 aritu kut..sampai hati u tak jemput i nok..! takperlah, siapalah kita ni kan.[kunun!]

Berbalik kepada soal hati dan perasaan [kenapa aku mesti sentuh isu ni].. aku pun tak faham dengan mamat ni. cakap berbolak balik. itu belum cakap pasal iman. walaupun aku ni perempuan yang ala-ala macho, tapi kadang-kadang terusik jugak dengan bait-bait perkataan dia tu. ke dia tengah mencari kelemahan aku..? erghhh.. [nanti bila aku cakap aku tak sudi, takut terasa hati] - walaupun aku dah cakap direct dulu.

Yang sebenarnya aku pun tak tahu apa yang dia nak dari aku.
Bila aku tanya dia nak jadik kan aku wife dia ker?
jawapan dia mungkin. [ampeh, tak ke haru tu]
tapi dia sibuk tanya aku, boleh ker aku membahagiakan dia.
apa punya soalan.
dah engkau yang sibuk nak kahwin dengan aku..
sementelah pulak kau seorg lelaki, ketua keluarga. engkaulah yang perlu mencorakkannnya.
BAHAGIA itu bukan kah kita yang carik.

(2) Yang sebenarnya dia tu hanya ndak test market kut.
Kalaulah dia berkehendakkan aku, mesti dia dah buat langkah-langkah awal yang sepatutnya.
Bukan hari-hari tanya aku soalan yang sama.
aku muak tau tak..?

(3) Yang sebenarnya, aku sudah bersedia untuk berumahtangga.
Aku amatlah berharap akan dijodohkan dengan seorg lelaki atleast yang menjaga solat, pandai mengaji dan memasak [opsss].
Kalau ada anak sendiri, aku yang nak ajar anak aku mengaji dan solat.
Aku nak groom anak soleh dan solehah yang menjadi kebanggaan negara bangsa dan agama.

Terima kasih ya Allah..di atas segala nikmat Mu. doa untuk memperolehi jodoh yang terbaik untuk diri sendiri, bakal zuriat, keluarga, agama dan akhirat masih disimpan lagi oleh Allah.. namun begitu aku bersyukur Ya Allah atas nikmat kesihatan, keluarga dan rakan-rakan yang menyayangi diri ini serta rezeki yang melimpah ruah..Alhamdulillah.. segala puji hanya bagi Allah

Ya Allah, berikan aku petunjuk untuk memilih yang terbaik sebagai pelengkap rusuk kiri lelaki yang bergelar zauj ku.. Aminnnn

Monday, March 7, 2011

Aku mahu kurus..Tekad..Nekad!!

BMI aku skrg dah melebihi 26 rasanya..
Semakin hari semakin bertambah angka 7 tersebut..
dan pernah bertukar ke angka 8...arghhhh ngerinya..!

Thursday, February 17, 2011

Bagaimana ingin hadirkan rasa kasih...?

Dua hari lepas adalah hari Maulidur Rasul a.k.a Hari Kelahiran Rasulullah S.A.W. Orang-orang biasa macam aku menyambut maulidur rasul hanyalah sebagai perayaan cuti umum di Malaysia. Penghayatan tentang sirah Rasulullah sudah amat jarang di hayati..diingat2, hanya ketika begelar pelajar.
terima kasih kepada TV9 diatas rancangan terbitannya iaitu HALAQAH dengan tajuk Khutbah terkahir nabi Muhammad S.A.W..amat menyentuh perasaan. sungguh!! betapa sayangnya Nabi kepada umatnya..sehingga ketika nafas yang terkahir, baginda masih risaukan kita-kita ini..Kita? adakah kita menyayangi Rasulullah selayaknya..?tepuk lah dada, tanyalah iman..

marilah kita berselawat keatasnya...

Friday, February 11, 2011

Tiramisu dah abis..

Sinetron (ehehe) 'TIRAMITSU' already finish its final episod yesterday..Happy ending for the hero & heroin but hard luck for Tina..
So, morale of the story:
1. Jika kita punya rasa kuch-kuch hota hai pada lelaki/perempuan yang kita minat, juz buat pengakuanlah..bukankah kita punya instinct. kalo sidia tak suka pada kita pasti the other party tak layan and hiding biler jumpa kita kan..?
2. Jangan cuba sabotaj kawan baik kita. bukankah kita menjadik BFF sebab kita telah diberi kepercayaan.
3. Percayalah pada jodoh yang telah ditentukan. walaupun preparation dah buat, kalo kita were not meant tugeder, pasti tiada jodoh juga..walaupun date nk nikah itu esok!
4. Harap-harap pihak tv belilah cerita-cerita sinetron yang ringan2 macam ni agar release tension tatkala time menonton.janganlah dihidangkan dengan citer tahyul yang ntahapa2 ntah..Lately ni asik citer seram jer, sampai malas plak nk tgk tibi. kurangkan cite import plz..!
5. Best ker kek tiramisu..? aku rasa macam pahit2 manis rasanya...[owh, jikalaulah aku dapat bakal suami semacho Zain, berkereta mini cooper..wah, bahagia..tapi jgnlah becok macam si Benny]
6. Oppss..terlebey sudah. untuk merehatkan boleh lah cerita ringan macam tiramisu tu..not added value..!
p/s: yeay..! Audit pra panglima nx week kensel..!!!

Thursday, February 10, 2011

Opppsss...piramid

Tahniah kepada semua pegawai dan anggota yang telah mengharumkan nama TUDM dalam misi membawa pulang rakyat Malaysia yang berada di Mesir dalam Ops Piramid. perancangan awal ketiga2 pesawat akan tiba ke Malaysia pada pagi esok, tetapi ditunda kepetang esok kerana masih ada 2 ribu pelajar yang masih belum dipindahkan dari Mesir ke Jeddah..Bravo bebeh!!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
tujuan utama adalah untuk memberitahu orang-orang tertentu jangan nak sibuk2 PM atau sms aku sebab aku tak suka..geli geleman..dan macam-macam rasa lagi..
[eh eh, relevankah dengan entri ni..?]
thank you.!!!

Tuesday, February 8, 2011

Kriteria lelaki (perempuan juga) penipu

take 5 jap..
dah banyak kali amek take 5..
puas sudah aku memerah kepala otak ini untuk menyediakan paperwork TCI logistik..erghhh..buntu lah beb.takder idea.tidak tawu ndak karang dan goreng apa..aku rasa penggunaan ayat aku macam tak betul jer..
sementara ndak bagi kepala otak ni rileks dan daat menjana idea-idea yg bes, aku terfikir untuk membuat entri ni..iaitu bagaimana tahu bahawa seseorg itu kaki penipu a.k.a conman. [ini adalah berdasarkan kepada pengalaman jugak]

Kriteria pertama:
perasan bagus. antara contoh-contohnya: ada projek besar, kereta besar.hot staf.semua org tergila-gilakannya.

Krteria kedua:
guna ayat jiwang yang power. kenal tak sampai berapa hari, dah keluarkan ayat2 power yang macam sireh! awas kepada mereka yang mudah cair meleleh..!

Kriteria ketiga:
Dah mula tanya gaji berapa banyak. dah mula nak pinjam duit kita yang tak seberapa ni.

Kriteria keempat:
Cepat bengang bila operasi dia ndak mengepow kita gagal..lagi2 kalo kita terlalu berhati dan sering playsafe..

Kriteria kelima:
...bersambung di siri akan datang kalo ada lagi kriterianya..

tapi setakat ni, itulah yang dapat aku justifykan kriteria kaki pembelit ni..macam siot lah orang macamni...

tapi yang paling best, beberpa minit yang lepas ni, Kilo Sierra Bravo call untuk info yang paperwork yg sedang aku buat ni sudah dikenselkan..yeabedabedooooo!!!

Wednesday, February 2, 2011

Alergi

Mohd Isyraq dan Aniq Rafael

This wk sudah masuk bulan ke 2 rashes aku yang terdapat pada tangan dan muka tak hilang-hilan lagi..kejap timbul, kejap hilang. dan aku percaya ini adalah disebabkan alergi kepada makanan dan habuk di persekitaran.

Buat kata pakcik WiKi:Allergy is a hypersensitivity disorder of the immune system. Allergic reactions occur to normally harmless environmental substances known as allergens; these reactions are acquired, predictable, and rapid.


aku masih lagi sedang melihat2 dang tengok2 dalam tenet apakah solusi dan advise yg boleh di gunapakai untuk merawat alergik ku ini..

p/s: g RSAT sudah, g klinik sudah..tapi ubatnya ada pakaikah? sendirik mahu ingatlah...
arghhhhh..gatal2 mukaku ini...!!!




Friday, January 21, 2011

Harapan, Impian dan Cita-cita

Sejak kebelakangan ini, hati aku sering tercabar kesabarannya oleh seorang rakan sekerja..aku akui itu memang lumrah alam.di mana sahaja kita pergi, kita pasti berjumpa dengan spesis orang yang macam ini.tapi yang menyebabkan aku sakit jiwa adalah sikap tak faham bahasa, perasan bagus, kaki taici dan sibuk mengejar pangkat walhal lansung tak perform, langsung tak menyumbang. Dia memang bernasib baik kerana bekerja di sebuah organisasi kerajaan. kalau tak dah lama aku kasik terajang keluar..

[eh eh.., kenapa aku emosional sangat ni..?]

[*mood ceria] berbalik kepada tajuk asal entri ni. aku rasa sudah sepatutnya aku men'register'kan apakah harapan-impian dan cita-cita aku sebagai insan biasa ni.

  • Harapan pertama: Harap2 semua ahli famili aku mendapat kesudahan yang baik (husnul khatimah) Bagaimana? pastilah dengan sentiasa taat kepada suruhan Allah.
  • Impian pertama: Own landed house ala2 kampung tapi style resort..main struktur rumah adalah dari kayu cengal atau merbau. lantai juga.rumah tu tak perlu besar.cukup 3 bilik attached bathroom yang ada jakuzi.laman dia ada pokok2 hutan..kasik lanskap menarik.ruang tamu, makan dan kitchen juga sesimple yg mungkin.
  • Cita-cita: berhasrat untuk jadik jurugambar sambilan. teramat-amat teringin.
  • Harapan kedua: Menjadi isteri dan ibu yang solehah. tidak derhaka kepada suami dan juga bertanggungjawab.
  • Impian kedua: own bisnes nurseri pokok bunga..wah, bestnya.
  • Cita-cita: nak belajar memasak. takpun menjadi penjual jambu batu pakCu 916..bess woo asam dia..ehehee
aku rasa, senarai kat atas tu mungkin ada kategori yang tak menepati kehendak kategorinyer.tapi itu adalah antara-antara impian, harapan dan cita-cita aku. harap-harap aku dapat menggapainya.looks simple, tapi sampai sekarang tak dapat-dapat lagi.
okaylah beb.masa dah tyme untuk balik mes...sok sambung lagi..[sambung buat minit mesyuarat yang masih tertangguh tu..!]

Baik-baik Sayang

Semalam bercuti.hari ini bekerja.esok bercuti semula.
banyak betul cuti awam awal-awal tahun ni. cuma jatuhnya hari cuti itu sehari selepas weekend ataupun sehari sebelum weekend. takperlah.boleh rileks-rileks sambil fikirkan apakah biz yang hendak dibuat untuk tambah pendapatan.
sudah hampir sebulan tahun baru dijengah.tp azam yang aku nk buat, masih tak terbuat2.exercise? emmmmm..tutup aurat? ermmmm begitu juga perkara-perkara wajib..
aku tetap akan berusaha untuk mencapai azam itu.
lately, terminat giler dengan lagu WALI BAND 'baik-baik sayang'. syahdu giler.dan teringat kepada arwah emak.semoga arwah Mak berbahagia di dunia sana. aku harap aku tidak akan pernah lupa untuk mendoakan kesejahteraan Mak di sana. Ya Allah, emak ku merupakan ibu yang terbaik dan senantiasa ingin memberikan yang terbaik untuk keluarganya..Limpahkan rahmat dan kasih sayangMu ya Allah.kasihi dan sayangilah emakku seperti mana kasihnya dia kepada ku semasa kecil..Ameen Ya rabbal alamin.
semoga baik-baik sahaja emak yang tersayang di alam sana..

Wednesday, January 19, 2011

Minit Mesyuarat

Minit mesyuarat pada 13 Jan 11 masih belom siap..adoihai..ni baru balik minum2 dengan opismet dekat kantin.almaklumlah, kucing-kucing semua bekerja di luar kawasan minggu ni..tak kiralah besar, sederhana atau kecik..secara otomatik, sang tikus..berdecit-decit berlarian dengan penuh keriangan..ehehehe
nak bebel apa ek..? tahun ni aku agak ektip untuk membuat bisnes kecil-kecilan..jadiklah..mahu mebantu mereka yang mahukan sedikit bantuan kewangan. agak bagus bisnes pada tahun baru ni agak kencang juga..alhamdulillah.jadiklah, secara tepian..untuk duit poket.rm50 sebulan tetap duit jugak kan..?
tak tau nak tulis apa..tapi yang pasti azam tidak dipasang lagi untuk tahun ini..tapi azam lapuk yg satu ni susah betul nak capai..arghhhh, bilalah akoo dapat memiliki BMI 21 ni..dengan ukuran pinggang 28 macam dolu2.....!

Thursday, January 6, 2011

Selamat Tahun Baru 2011

Rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2011 walaupun sudah masuk hari ke 6..Tidak ada apa-apa azam pun untuk tahun ni..Yang pasti perancangan untuk program naik taraf captsutun kepada majsutun tidak akan berlaku.apatah lagi penambahan inbentori untuk menemankan captsutun tersebut. buat kata orang-orang bijak lagi pandai.., ukurlah baju dibadan sendirik.dah tawu badan besaq, await p beli kain tak cukup ela..bukankah banyak lagi komitmen yang perlu diberi perhatian. yang pasti, aku selalu berdoa untuk menjadik hamba Allah yang terbaik..
Cuma 2010 banyak memberi kenangan sedih dan manis dan juga tahun dukacita.kehilangan arwah mak yang sangat-sangat dirasai. pergi takkan kembali lagi. teringat-ingat hari-hari terakhir hayat mak. ishhhhh, tak dapat dibayangkan. Semoga arwah mak sudah memaafkan aku.kenangan menjemput Mot di LCCT dan beli kain langsir untuk raya bersama-sama emak pada 2 hari terakhir sebelum pemergian mak yang mampu mengubat jiwa aku ni..Ya Allah, berkatilah, rahmatilah serta limpahkan kasih sayang Mu keatas roh emak.
Semoga 2011 akan membawa sinar yang makin cemerlang dan membahagiakan. dan aku berharap aku tidak lagi berjumpa dengan manusia pelik2 yang bergelar lelaki yang kaki penipu..kaki auta..kaki pembelit..![apa, korang ingat aku despret sgt ke hah..! - aikkk tetiba jer emos..hahaha!]
Ahlan wa Shalan 2011..sayonara 2010..[gulppp, aku dah masuk 33 tahun ni..erkkkkkk!]