Thursday, April 28, 2011

Mensyukuri nikmat Allah

Pagi tadik dah masuk siri ke 2 bagi rancangan Tanyalah Ustaz dengan tajuk mensyukuri nikmat Allah. tersangat benarlah. sekiranya kita tahu sesuatu ilmu itu jika tidak diamalkan apatahlah dicatatkan ianya akan pudar..dan terus lupa..terus padam dari kotak ingatan kita.

Momentum untuk bekerja tak capai 50% lagi. hari-hari tengok internet, baca FB [buku jugak tu kan], kemaskini akaun kelab, carik orang kutip hutang [macam ceti], dan layan jiwa lara.aktiviti semalam yang melibatkan tudm hanya meronda-ronda di udara bersama Kapt Rahimah dengan menaiki MD 3.. seriyes gila aku cuak bila Kapt Rahimah mintak aku handle ac. macam-masam bermain kat fikiran aku ni. aku takut terlebey bang, atau pitch atau roll stall plak kapaltebang kecik ni kang..entah kenapa, aku macam tak excited lansung pn nk naik ac tu. sebagai kenangan aku amek jugak lah 2,3 keping gambar dalam cockpit [yang super duper sempit] dan dari pandangan udara. nak upload. hp plak kaput. harus ditukar dengan yang baru kut..!

semalam aku jadik stalker kepada orang itu. aku usha2 FB dia. kalo last month status dia in relationship. tapi semalam aku tgk dah upgrade jadik married. perghhh..mungkin majlis akad nikahnya dalam bulan 3 aritu kut..sampai hati u tak jemput i nok..! takperlah, siapalah kita ni kan.[kunun!]

Berbalik kepada soal hati dan perasaan [kenapa aku mesti sentuh isu ni].. aku pun tak faham dengan mamat ni. cakap berbolak balik. itu belum cakap pasal iman. walaupun aku ni perempuan yang ala-ala macho, tapi kadang-kadang terusik jugak dengan bait-bait perkataan dia tu. ke dia tengah mencari kelemahan aku..? erghhh.. [nanti bila aku cakap aku tak sudi, takut terasa hati] - walaupun aku dah cakap direct dulu.

Yang sebenarnya aku pun tak tahu apa yang dia nak dari aku.
Bila aku tanya dia nak jadik kan aku wife dia ker?
jawapan dia mungkin. [ampeh, tak ke haru tu]
tapi dia sibuk tanya aku, boleh ker aku membahagiakan dia.
apa punya soalan.
dah engkau yang sibuk nak kahwin dengan aku..
sementelah pulak kau seorg lelaki, ketua keluarga. engkaulah yang perlu mencorakkannnya.
BAHAGIA itu bukan kah kita yang carik.

(2) Yang sebenarnya dia tu hanya ndak test market kut.
Kalaulah dia berkehendakkan aku, mesti dia dah buat langkah-langkah awal yang sepatutnya.
Bukan hari-hari tanya aku soalan yang sama.
aku muak tau tak..?

(3) Yang sebenarnya, aku sudah bersedia untuk berumahtangga.
Aku amatlah berharap akan dijodohkan dengan seorg lelaki atleast yang menjaga solat, pandai mengaji dan memasak [opsss].
Kalau ada anak sendiri, aku yang nak ajar anak aku mengaji dan solat.
Aku nak groom anak soleh dan solehah yang menjadi kebanggaan negara bangsa dan agama.

Terima kasih ya Allah..di atas segala nikmat Mu. doa untuk memperolehi jodoh yang terbaik untuk diri sendiri, bakal zuriat, keluarga, agama dan akhirat masih disimpan lagi oleh Allah.. namun begitu aku bersyukur Ya Allah atas nikmat kesihatan, keluarga dan rakan-rakan yang menyayangi diri ini serta rezeki yang melimpah ruah..Alhamdulillah.. segala puji hanya bagi Allah

Ya Allah, berikan aku petunjuk untuk memilih yang terbaik sebagai pelengkap rusuk kiri lelaki yang bergelar zauj ku.. Aminnnn