Thursday, November 18, 2010

Gambar Arah Kiblat Mengikut Negara

Arah kiblat kita di Malaysia ini betul-betul di penjuru Hajarul Aswad

Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua..Selepas tamat duty semalam, terus balik kampung halaman. Sekarang semua sudah lain. Tidak terasa lansung kemeriahan suasana Hari Raya Qurban itu. Abang yang sulung tidak balik, begitu juga kakak yang sulung dalam keluarga.
aku pun tak tau ndak tulis apa untuk entri kali ini..cuma bila aku godek-godek , carik-carik dalam internet ni..ada sesuatu yang menarik untuk dikongsikan. Malaysia punya kiblat betul-betul pada penjuru Hajarul Aswad..

Tuesday, November 16, 2010

Selamat hari raya Aidiladha

Selamat Hari Raya Aidil Adha..aku akan cuba untuk balik ke kampung halaman walaupun duty sehingga 170800HNov 10..erghhhh...

Monday, November 15, 2010

Komander Bertugas

Duty Commander 150800HNov - 170759HNov 10

Hari ini di khabarkan jemaah haji dah mula berangkat ke Padang Arafah untuk acara kemuncak haji iaitu Wukuf..itu yang membezakan ibadat Haji dengan umrah. Aku pulak akan membuat tugas duty komander untuk 2 hari berturut2 dan akan hanya berada di kampung pada pagi raya Aidil Adha..syukur alhamdulillah, ada juga kesempatan untuk balik kampung jika panjang umur InsyaAllah..