Friday, November 30, 2012

Welkem bebeh..

2 hari di ECM Subang. Boipren no 1 dan no 2 di pasang kipas dan di buat larian tanah. So far, 01 fit. 02 sedang dibuat larian tanah. Berdebar2. Banyak benda nak buat..tp macam biasalah...malasss..layankan gambar org terlebih bmi ni..wahaha

Thursday, November 29, 2012

Welkem to Malaysia my darling!

Tak boleh tido. jap lagi dlm kul 7 dh nk gerak g Subang.nak jumpa boipren hensem den dari France. aku seriyes malas nak pergi. kerja2 kat Kuantan pun bertimbun2. pending. tapi KBK suh g jugak..turutkan aja.

apa lagi nak update...?
owh Malaysia kalahkan Laos 4-1..Kongratulasyen.
ermmmm...welkem to Malaysia my baby darling. harap2 tak susah nak jaga kamu 12 beradik yer!

~KLK~

Monday, November 26, 2012

Fragile ke..?

hahaha..tadik saja jer buat status kurang kasih sayang kat pesbuk. saja.  carik glemer haram. hari ni macam buhsan. seperti tiada halatuju.bila dah terlalu lama dalam mode standby..kita jadik macam ala2 complacent. ala2 tak sabar. ala2 malas.ala2 pasrah. ala2 lalalatok! ;)

last week mcm morale aku tinggi giler. tp hari mula utk minggu ni..morale aku terus menjunam. tatau kenapa.. (aku rasa sebab weekend aku tak balik kg lah)

wateverlah..
walaupun tampak kental..tapi kadang2 hati kita fragile kan. tak kiralah gender adam atau hawa..

fragile kah hatiku?

Sunday, November 25, 2012

...Puas hati..

Sedang aku menulis entry ni..dekat dalam tibi tgh kua lagu Law Kana Bai Nana..memang best giler lagu ni. bila kita hayati maksud dia..air mata mesti keluar punya..kata-katanya sangatlah menusuk perasaan..

hari ni..sehari suntuk g kuantan. lepas lunch dengan lauk ikan patin masak tempoyak..terus proceed ke Berjaya Megamall. ntahpapa lah yang aku beli. barang yang takde dalam list yg aku beli. bantal tido..bantal peluk..mouse pc..usha note 10'. beli vitamin (almaklumlah..lately ni asyik nak demam jer. haishhhh)

apa yang aku puas hati sangat ni..syhhhhh rahsia..nanti ada orang buat spekulasi..buat assumption..so biarlah aku simpan sendirik sendirik...

nak tgk note 10 inch yang den beli tadik..? (maybe ni yang buat den puas hati sgt kut). ..berbaloi2



Kalo samsung note 10inch rega dia rm1299..tapi note 10inch yang aku beli kat Popular ni rm12.90 jer..seriyesssss...wahaha (kata2 tu yang aku suka sebab aku tawu siapa penuturnya iaitu Uncle Albert Einstein) huh??


Friday, November 23, 2012

Another 2 weeks..

Lama jugak tak hapdet.
Bz. memang bz giler.
Ikhlasnya..aku enjoy kerja aku sekarang ni.
Cooperation dari base terutama KCM bayak membantu.
Tadi meeting dengan Pg5 Operasi.
Semalam dengan Pengarah Sekretariat.
Fuhhh..
Banyaknya event. Accept ac di Subang..fly ke Kuantan dan jugak pengenalan kepada SP.
Nx weekend Kompang punya anak pulak punya resepsi. SP jugak datang. Nak kena carik baju kaler turqoise plak. Kompem kena carik kaler tu sebab aku ajk.

Sekarang tengah berkira2..samada nk blk Seremban atau tak. malas betul nak gerak balik..
seriyes fatigue giler. takut terlelap masa drive nanti.

layankan ajerrr.....


Monday, November 19, 2012

Mann..Palestin..McDonald..EC725

Last wk blk Seremban.
minggu depan tk sure lagi..
Last wk byk kali air mata tertumpah.
sedih. syahdu..emosi..jiwang.
Memula bila tgk gambar anak kecil Palestin yang rentung kena bedil bom di Gaza.
Rasa betul2 tacing.
Pastu baca stori dkt kolumnis dlm paper Sabtu Utusan. macamana cucu penulis meninggal sebab tersedak cucu.
tuptup..sengah jam yang akhir..tgk citer Mann kat umah cik leha..itupun air mata nak nangis..
gila emos..
emosi gila..
tadi tgk gmbr org q utk dpt free McD.
betullah..diorg ni tk boleh ker menyumbang sedikit rasa meluat pada zionis Israel dgn memboikot McD. hanya keran free berger..
well..i dot noe..
what say you..?

p/s : ec akn smpi dlm 2 mggu lg..nebes ai rase

Wednesday, November 14, 2012

what ur feelin?

Sakit hati. bengkek..
ayoyo..apsal negatif sgt awal mula pertama mula ayat entri untuk kali ni..

aku rasa..aku stress (mungkin perasaan aku jer)

tp ini bukan perasaan. ini kesah betul. aku rasa aku terlalu sempoi dan cool. bapak2 budak ni tak boleh di treat sebegitu. jadik kaduk naik junjung. macam2 alasan.

aku bila dah tersakiti..aku akan..akan akan...grrrr

yang pelik pergi obersi 3 bln takdelah macam2 sangat. dah balik malaya macam2 sakit timbul. macam2 appointment wujud.

sah! dia buat sekalik lagi mmg semua kena getah..blooddy helllll!

sabarlah wahai hati di tahun baru ini.

Saturday, November 10, 2012

Istanbul...aku datang!

Macam nak hujan. tapi syukur..kenduri anak sepupu depan rumah dah selamat. hamboi2..siap konvoi moto superbike ngan naik keta sport bmw. mak lang offer utk sponser keta tu kalau aku kawen..wahaha..jawapan aku..mmg berbaloi2 sgt lah kalau kawen lambat camtu..ramai betul nk seponsor..wahaha

Sepupu aku kat Sri Petaling sibuk ajak g Turkiye..aku kompem teruja. Turkiye lah negara yg aku nk gi sgt. pertembungan antara Asia dan Eropah. Raja dan rakyat terbaik dr kata2 Rasulullah SAW iaitu Sultan Muhammad al Fateh menawan Konstatinapole (betul ke aku eja tu) . nak tgk kesan sejarah. nak tgk mcmn Sultan Muhammad boleh melayarkan kapal atas daratan..(Pahlawan, pemerintah dan raja terbaik serta alim)

Tatau lah date yg dipilih tu aku available atau tidak. Nampak sgt bonus tahun ni dilabur ke Istanbul...

Istanbul..nanti kan kedatanganku...

Tuesday, November 6, 2012

Checklist Vs Wishlist

Musim hujan sudah bermula di Malaysia. 1st time berkhidmat dipantai timur. since Sept lagi...hari2 boleh dikatakan langit Kuantan mostly cloudy. Sekarang..hari2 hujan. berhenti sekejap dalam tengahari..dan bersambung renyai2 dan hujan litle2 (wahaha) pada petangnya. weather macam ni memang sedap tidur. memang sedap tarik selimut. tapi kalo kena pergi kerja..tak berapa nak best. sebab apa? sebab jalan yang ala2 route 4wd akan jadik lecah dan lecak (apa beza 2 perkataan ni ek)..kita nk g kerja jadik macam lekit2..(eh eh apa punya vocub bm la yang aku guna ni..)

Lepas meeting kck tadik..lepak dengan skod yang dahulunya cikgu di KTU dan baru beberapa bulan jer berpindah ke Ktn dan bekerja di barisan ke2.luahkan perasaan. share pengalaman. Walaupun dia lelaki..perkataan yang dr mulut dia tak se'rough' aku..even aku jugak wise man seperti dia..cerita pasal stress..anak buah..rakan sekerja. citer pasal masa depan dalam AF. hurmmmm..diskas punya diskas kita dpt simpulkan apa sahaja keadaan pun..betapa stress mana kita pun..kita kena sentiasa ingat Tuhan..ini memang sgt betul..

Lepas Magrib tadik..aku amek masa fikirkan macam2. muhasabah diri. dalam sibuk2 aku memeriksa cxlist utk setup skn utk receive aircraft baru..tp aku jarang betul semak cx list dengan Sang Pencipta. azam aku untuk 2012 jadik macam angin lalu. bila dah jiwa tak tenang..otak berserabut br nak ingat Tuhan..tp alhamdulillah...sekurang2nya rahmat Allah masih ada kat aku. buat kata Ustaz Ghazali..solat kena on time bkn part time...kalo setakat buat solat wajib 5 waktu...itu dikira cukup2 makan..tu belom lagi melambat2kan solat....ada pulak yg berlubang plak tu. Astaghfirullahal adzim. macamana ni?

ya Allah ya Tuhanku...bantulah aku untuk sentiasa istiqamah beribadat kepada Mu. hanya keranaMu bukan kerana makhluk lain...kerana siapalah aku tanpa bantuan Mu ya Allah..

Bantulah aku ya Allah..agar aku senantiasa mengemaskini checklist kehidupan harian ku mengikut jalan yang Kau redhai disamping tidak lalai mengingatiMu dalam mengejar impian wishlist ku..Ameen YRA

Sunday, November 4, 2012

AJU 7891





What is this entry all about?
AJU is  my callsign..
7891 is my birthdate - 1 Sep 1978 (Gen Y)

Balik lunch td..mcm terpandang 1 Viva ni dengan plat No AMD XXXX..terus kompius. serasanya..masa kat KL hari tu dalam AHx bla bla bla..

Keliru aku ni gamaknya. ke mata dah semakin kero kerana faktor usia.

Gugel No plat terkini negeri Perak. sehingga 23 Okt 2012..plat no terkini adalah AJC..
sikit lagi..sikit jer lagi untuk AJU7891....Go Aju Go..go super Cougar ;)

insyaAllah...sekiranya ada rezeki dan diizin Tuhan.

Saturday, November 3, 2012

Zikir Terapi

Dengar zikir2 dari album Zikir Terapi Hafiz Hamidun yang jadik background dlm citer cerekarama yang sedang aku tonton ni. Tenang. Memang menjadi terapi bila jiwa dan hati kita ni dry.blank. Mana lah aku cicirkan cd Zikir Terapi ni.Last aku bukak kt dlm Volvo kat Aix provence. pastu aku bawak balik naik bilik hotel. pastu aku rasa aku simpan dalam hand luggage aku cd tu before pagi Subuh nak balik Malaysia..tp sampai sekarang tak jumpa jumpa lagi..MIA

Memang bagus untuk ada cd tu. memang menjadi terapinya.. Sorang2 duk obesi..hari2 dgr lagi omputeh yg sama disamping lagu france yg lansung tk paham. bila layan cd Zikir Terapi tu hari-hari pergi dan balik kelas..betul2 beri ketenangan. esok nk g kedai cd lah..nak cari cd Zikir Terapi by Hafiz Hamidun..semoga HH dirahmati Allah. Ameeen YRA.

Muhasabah diri

Aku dah dapat jawapan keatas segala rasa ngilu..rasa sedeh..rasa syahdu aku selama ini. siapa kata Facebook melalaikan. siapa kata Facebook punya segala kejahatan. bagi aku apa2 sahaja teknologi..sekiranya digunakan dengan cara yang baik..pasti banyak faedahnya. Semoga beliau yang mentadbir page berbentuk Islamik..mendapat rahmat dari Allah. post2 mereka bisa membuat kita berfikir seketika..kesimpulan dia..Habluminnallah (hubungan dgn Allah) perlu dijaga..seterusnya hub7ngan dgn manusia..alam pasti terjaga..Astaghfirulah al Adzim..

Tgh hari tadik aku dah berjaya mengawal emosi..panggil semua anak buah bermusyawarah. aku luahkan perasaan aku dgn cara yang tidak serius. indirectly. tak askar lansung. aku rasa banyak keja tak terbuat. semua atas kepala aku. tadi dekat Messnite...aku tanya perkara2 tentang skn aku..semua mereka yang berkaitan mcm masih kompius.aikkk..mati aku mcm ni. aku pun dah makin stress. demam macam tak kebah2. mcm dah nak masuk idle. jadik lah STRESSIDLE atau IDLETRESS...wahahha

Malas nak pk. plg koman pun kena postg atau tak boleh menyambung. malas dah nak pk utk hari ni. nak qada tido puas2..dan nak g spa esok... (kut!) mcm byk duit...


STRESSSSSSS....daaaaa

Thursday, November 1, 2012

Serius..stress!

Soo many thing to think. a lot. headache..shoulderache..and ache ache ache become part of bestfren now. to counter...back to old school method..but it works iaitu koyok.. 

ewah..cakap omputeh lah plak. seriyes sakit tengkuk..sakit kepala..sakit bahu. nampak sangat kan..stress akan mengundang pelbagai penyakit. attract penyakit. dulu masa duduk opis..buat keja staff...hampir 2 tahun aku tak pergi buat report sick. tapi skrg..br minggu ke 6 dah nak pecah kepala otak...can i borrow ur shoulder to rely on..can i borrow your mind to think tugeder2...wahaha

ekceli aku rasa aku tak stress dengan kerja yang semakin melampoh2. tapi sekarang aku tgh stress dengan sorang dua anak buah di tempat kerja dan anak buah sendiri. tapi kita kena pendam dlm hati. rasa macam akan betul2 guna power yang ada..haiiii...kadang2 diorg ni volunteer untuk mengkambinghitamkan diri sendirik kan..kan kan kan...takper takpe...we will wait and see bebeh..no promotion..and macam no no lagi. ini bukan emosi. ini bukan kerja syaitan. tapi sebagai pengajaran.. happa...diorang ingat aku tk stress ker..(hamboiii...emosi nampak!)

sambung lain lah...daaaaa wahaha