Monday, August 9, 2010

Kini kau tiada

InsyaAllah..lusa seluruh umat Islam akan menyambut Ramadhan Al Mubarak yang penuh barakah..Mula-mula plan ndak puasa sunat Isnin hari ni, tp selepas tengok rancangan Tanyalah Ustaz-TV9 (walhal sebelum tu lagi..aku dh bukak ehehe) yang menyebut Rasulullah cakap, kalo kita yang tak biasa buat puasa sunat ni, tidak digalakkan utk buat posa sunat di separuh kedua Syaaban. tapi kalo kena ganti posa tu, takdelah plak halangan..wajib dibayar..Wallahualam.

Esok, genap 21 hari emak telah pergi meninggalkan aku buat selama-lamanya.aku betul-betul rasa kosong..Untuk dapat mood bekerja, aku mengaku amat payah..hati asik terkenang-kenang. rasa rindu yang terlampau-lampau..aku menangis bukan kerana aku tidak redho..Aku redho ya Tuhan..Cuma, pemergian emak berlaku terlalu tiba-tiba..benarlah janji Allah, bila tika tiba saatnya, ianya tidak akan dilambat atau dicepatkan walaupun sesaat..Syukur ya Allah..Terimakasih kerana meminjamkan aku seorang Mak yang terbaik.. kasih sayang yang emak curah tak akan dapat aku carik dimana-mana lagi selepas ini..tidak ada siapa yang mampu menjadi seorang ibu yang secekal, sehebat Mak..tidak akan ada galang gantinya..
Cuma aku tidak dapat menahan air mata ini dari tumpah apabila memikirkan bagaimanakah sambutan Ramadhan pada tahun ini..bukankah Allah masih sayangkan aku kerana masih meminjamkan seorang apak kepada aku..bersyukur lah Aju...BUKANKAH BAHAGIA ITU KITA YANG CARI..?

Ya Tuhan, Cucurilah Rahmat ke atas roh EMAK..tempatkanlah beliau dikalangan orang yang beriman dan beramal soleh..AMINNN
Mak, maafkan Aju mak..sebab jarang-jarang sangat berusaha untuk menjadik anak terbaik.. Al Fatihah buat EMAK - MAZZENAH BINTI BAHAR. 17APR1939 - 20JUL2010. Ya Allah sesungguhnya aku amat merindui EMAK..berikanlah aku kekuatan dan cekal kan hati ku.