Thursday, November 18, 2010

Gambar Arah Kiblat Mengikut Negara

Arah kiblat kita di Malaysia ini betul-betul di penjuru Hajarul Aswad

Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua..Selepas tamat duty semalam, terus balik kampung halaman. Sekarang semua sudah lain. Tidak terasa lansung kemeriahan suasana Hari Raya Qurban itu. Abang yang sulung tidak balik, begitu juga kakak yang sulung dalam keluarga.
aku pun tak tau ndak tulis apa untuk entri kali ini..cuma bila aku godek-godek , carik-carik dalam internet ni..ada sesuatu yang menarik untuk dikongsikan. Malaysia punya kiblat betul-betul pada penjuru Hajarul Aswad..

Tuesday, November 16, 2010

Selamat hari raya Aidiladha

Selamat Hari Raya Aidil Adha..aku akan cuba untuk balik ke kampung halaman walaupun duty sehingga 170800HNov 10..erghhhh...

Monday, November 15, 2010

Komander Bertugas

Duty Commander 150800HNov - 170759HNov 10

Hari ini di khabarkan jemaah haji dah mula berangkat ke Padang Arafah untuk acara kemuncak haji iaitu Wukuf..itu yang membezakan ibadat Haji dengan umrah. Aku pulak akan membuat tugas duty komander untuk 2 hari berturut2 dan akan hanya berada di kampung pada pagi raya Aidil Adha..syukur alhamdulillah, ada juga kesempatan untuk balik kampung jika panjang umur InsyaAllah..


Wednesday, October 27, 2010

Terus bermalas-malasan atau melawannya

Minggu depan aku dah setat bercuti..amek 4 hari terus dan bersambung dengan cuti Deepavali. eh eh, macam aku plak yang ndak beraya sakan.bukan apa, plan nak buat kenduri tahlil arwah emak pada Sabtu ni sebelum zohor. hari ini genap pemergian emak yang ke-100 hari.rasa dan serasanya perasaan bahawa emak masih ada. tapi kerinduan untuk menyebut perkataan emak ni tak boleh ndak diterjemahkan dengan kata-kata.sungguh! sungguh aku rindu.tapi bukankah semua orang pasti akan melaluinya. pemergian emak bukan untuk diratapi, tetapi merupakan peringatan kepada anak-anak yang masih hidup ini. Ajal atau kematian bukan hanya menjemput mereka yang mendapat masalah kesihatan atau berhadapan dengan kecelakaan samada kemalangan atau kebakaran atau pembunuhan (nauzubillah!). Mereka yang sihat juga sekiranya sudah sampai masa pasti akan dijemput pulang oleh Sang Pencipta. So, janganlah berlengah-lengah untuk mengumpul pahala kerana kematian bukan kerana kita sudah tua atau disebabkan menghidap sakit kronik tetapi kerana sudah tamat kontrak hidup kita di dunia ini. tapi aku? masih macam ni. masih malas. solat masih ada yang berlubang, masih lagi bertangguh-tangguh melakukan solat, menutup aurat juga tidak sempurna.masih rela untuk menjadi sahabat setan..ishhhhhhh
Macam mana ek..? macamana nak kuat kan semangat.bagaimana untuk sentiasa beristiqamah? banyak sangat anasir-anasir jahat ni.dalam kepala otak asyik fikir ndak enjoy jer.Ya Allah lindungi lah aku dari segala kejahatan.
Harap cuti minggu depan akan diisik dengan aktiviti beriadah.selalunya masa cuti ni lah akan put on weight giler2..tapi tak giler2 plak berusaha untuk menurunnya.yang penting, aku nak rileks, nak rileks dan nak rileks.sebab apa? sebab setel sudah 2 bengkel yang menghantui kepala otak aku ini.yeabedabedoo..!!macam nak g jenjalan.tp kemana ek..nnti la plan kemudian..oklah..chiowww!

Tuesday, October 19, 2010

Penghujung Oktober..

Kenangan bersama arwah emak di Masjid Hudaibiyah

Oktober ini merupakan bulan yang paling sibuk aku rasakan. Sementalah aku merupakan AJK untuk Seminar Pegawai Wanita TUDM 2010 dan juga pegawai incaj bagi Bengkel Sekolah Sistem Pesawat dan Radar 2010.phewww..leteh beb.lagi meletihkan bila aku buat semua kerja-kerja tu last minit..erghh..tapi aku sangat bernasib baik kerana senior2 tempat aku bekerja ni sangat-sangat membantu.
26hb ni genap pemergian emak yang ke 100 hari. lega sebab aku sebagai anak telah melaksanakan apa yang sepatutnya aku laksanakan untuk arwah emak yang sangat aku sayang. Fidyah puasa telah aku lunaskan sebelum Hari Raya Aidilfitri hari tu. Untuk upah haji aku baru sahaja mewakilkan kepada syarikat umrahdanhaji.com yang berpangkalan di Ampangan. insyaAllah upah haji untuk arwah emak akan dibuat pada musim haji kali ini. Alangkah seronoknya jika aku dapat menunaikan ibadat haji bersama-sam emak dan apak. Itu adalah harapan aku selama ini. Tetapi apa boleh buat, semuanya sudah tertulis. Allah lebih mengetahui dan lebih menyayangi arwah emak. InsyaAllah, jika ada rezeki, tiada aral yang melintang, aku telah mendaftar nama untuk menunaikan haji bagi musim 1431H akan datang bersama-sama apak. itulah doa aku selama ini untuk membawa emak dan apak menunaikan haji. Namun tidak kesampaian bersama emak. tapi syukur,
kerana Allah memberi aku peluang untuk berbakti kepada emak pada ibadat umrah yang lalu. semoga Allah menerima umrah kami. Ya Allah tempatkan arwah Emak dikalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Aminnnn.
tiada benda hendak diupdatekan lagi. aku pun dah nak balik keja setelah berhempas pulas untuk menyiapkan slide presentation untuk bengkel sekolah sistem pada 21-22 Okt ini. erghh..aku harap tiada apa2 yang fakap dan kokap..insyaAllah.
itu saja..assalamualaikum

Monday, September 20, 2010

Lonesome..exteremly '_'

Minggu selepas demam raya ni berjalan seperti biasa.Kerja macam biasa.Kalau takder mood, kena adakan jugak mood tu.Kenduri tahlil emak sabtu lepas dah selamat dibuat.insyaAllah, jika tiada aral melintang, penghujung Oktober nak buat sekali lagi tahlil untuk arwah mak.

entah kenapa aku rasa sunyi sejak dua tiga hari ni.aku rasa aku seperti tak ada tempat untuk berkongsi cerita.walaupun aku ada kakak2 dan abg2.anak2 sedara jugak.ianya takan sama dengan berkongsi cerita dengan EMAK.takkan pernah sama.tak mungkin akan sama.aku menjadi seorang perindu.masa2 terluang aku akan pasang balik video2 yang arwah emak ada.sekarang ni aku merindui bebelan2 mak.padan muka aku.kalau dulu aku tak suka hendak mendengar bebelan mak.tp sekarang..?


Hidup perlu diteruskan..kan? aku berharap aku tidak akan sama sekali melupakan untuk menyedekahkan Al-fatihah pada emak..berikanlah aku hati yang cekal yang Allah..genap 2 bulan emak pergi. cukup dua bulan aku tak jumpa emak..


Semoga arwah emak senantiasa dirahmati Allah serta mendapat keampunan dari Allah hendaknya..

Friday, September 3, 2010

Berakhir Ramadhan, Tibanya Syawal edisi 1431H

Hari ini bersamaan dengan 24 Ramadahan. pagi tadik cuaca ok jer..Lailatul Qadar ke semalam ek??Fasa ketiga ramadhan ini, lagu raya sudah berkumandang sana sini..kalau ditanya, lagu raya yang paling aku suka mestilah MAMAT - kupohon restu ayah bonda, M Nasir - Suatu hari di Hari Raya dan jugak KHAIRIL JOHARI JOHAR - sepasang kurung biru..Tapi seriyes, sejak emak sudah tiada aku yang boleh dikategorikan kaki karaoke, kaki melalak ini tak pernah menyanyi lagi..jarang-jarang? pun tk..kadang-kadang? lagi lah tak..tapi untuk halwa telinga, aku layan jugak radio untuk dengar lagu-lagu.
Hari ini merupakan hari terakhir bekerja sebelum bercuti raya.
malas betul nak pergi bekerja sebab semangat raya dah mengatasi segalanya..macam biasa, baju raya tak dapat disediakan untuk tahun ni.bukan sebab bizi pun, tp aku tak memberi keutamaan untuk menempah baju raya. walhal arwah mak dulu banyak kali mengingatkan aku..aku rasa adalah nak dekat 7-8 psg kain yang tak berjahit lagi..erghhhhh
aku tatau nak tulis apa sebenarnya. padahal apa yang hendak ditulis tu dah berada dalam kepala otak, cuma tak tahu mcmn nak transform dalam bentuk ayat.oklah, ndak chiow dulu.leteh gila hari ini sebab masuk parade serah terima tugas panglima pagi tadi.takder mood..chiowww!

Monday, August 9, 2010

Kini kau tiada

InsyaAllah..lusa seluruh umat Islam akan menyambut Ramadhan Al Mubarak yang penuh barakah..Mula-mula plan ndak puasa sunat Isnin hari ni, tp selepas tengok rancangan Tanyalah Ustaz-TV9 (walhal sebelum tu lagi..aku dh bukak ehehe) yang menyebut Rasulullah cakap, kalo kita yang tak biasa buat puasa sunat ni, tidak digalakkan utk buat posa sunat di separuh kedua Syaaban. tapi kalo kena ganti posa tu, takdelah plak halangan..wajib dibayar..Wallahualam.

Esok, genap 21 hari emak telah pergi meninggalkan aku buat selama-lamanya.aku betul-betul rasa kosong..Untuk dapat mood bekerja, aku mengaku amat payah..hati asik terkenang-kenang. rasa rindu yang terlampau-lampau..aku menangis bukan kerana aku tidak redho..Aku redho ya Tuhan..Cuma, pemergian emak berlaku terlalu tiba-tiba..benarlah janji Allah, bila tika tiba saatnya, ianya tidak akan dilambat atau dicepatkan walaupun sesaat..Syukur ya Allah..Terimakasih kerana meminjamkan aku seorang Mak yang terbaik.. kasih sayang yang emak curah tak akan dapat aku carik dimana-mana lagi selepas ini..tidak ada siapa yang mampu menjadi seorang ibu yang secekal, sehebat Mak..tidak akan ada galang gantinya..
Cuma aku tidak dapat menahan air mata ini dari tumpah apabila memikirkan bagaimanakah sambutan Ramadhan pada tahun ini..bukankah Allah masih sayangkan aku kerana masih meminjamkan seorang apak kepada aku..bersyukur lah Aju...BUKANKAH BAHAGIA ITU KITA YANG CARI..?

Ya Tuhan, Cucurilah Rahmat ke atas roh EMAK..tempatkanlah beliau dikalangan orang yang beriman dan beramal soleh..AMINNN
Mak, maafkan Aju mak..sebab jarang-jarang sangat berusaha untuk menjadik anak terbaik.. Al Fatihah buat EMAK - MAZZENAH BINTI BAHAR. 17APR1939 - 20JUL2010. Ya Allah sesungguhnya aku amat merindui EMAK..berikanlah aku kekuatan dan cekal kan hati ku.

Monday, June 28, 2010

Yes..I do!

Musim bola menjurus kepada demam world cup. aku sendirik tak pasti aku ndak sokong tim mana. mula2 aku rasa aku sokong tim Korea Selatan dan Switzerland. takder alasan yang betul2 konkrit cuma untuk tim Korea Selatan aku sokong sebab last world cup dia masuk suku akhir..aku sokong switz sebab aku penah duk negara dia dulu kut..ehehehe. tapi hingga ke saat game kalah mati ini, aku hanya berpeluang menonton 2 game sahaja iaitu Ghana vs Australia dan Brazil vs Portugal - peringkat kumpulan.
yang lain-lain aku pejam mata.tido lagi baik..

Thursday, May 6, 2010

Musim bekerja bermula

Today is thursday..meants today is the 4th day after my looonng honeymoon in Pulau Mutiara and holiday in Paris of Java which is also known as Bandung..ececeh tetiba ndak bercakap ala-ala stail Mat Saleh aka Omputeh la plak..mana taknya, sia-sia la apa yang telah aku prektiskan di Sekolah Ikhtisas Tentera Udara atau SITU. Lunch tadik bersama skod mum to be di Gerai Ikan Bakar Jalan Bellamy..phew..ramai betul orang dan yang paling aku tak berkenan adalah bau asap yang menusuk lubang hidung dan melekat di baju No 3 aku ni..plan memula ndak makan ikan peberet aku iaitu ikan terubuk, tapi disebabkan gerai tersebut menjual ikanterubuk dalam bentuk sekor-sekor, so aku telah menukar haluan kekiri dengan mengikut selera Fadh dengan makan ikan Talapia Merah bakar..bes jugak..tp rasanya bes lagi ikan bakar yang mak Mahani masak..
Sekejap betul masa berlalu..memang betul2 sekejap..tup2 sekarang ni dah masuk bulan Mei..dan aku sendiri pun telah berjaya mengakhiri kursus SOC dengan jayanya..walaupun aku sekadar mendapat tempat top 5 (tapi dari belakang la..hahaha) bukan tak usaha, tapi apakan daya sudah nasib mereka2 yang dari tred berbentuk karipap ni..hahaha
itu bukan lah masalahnya..banyak contoh yang dapat nombor corot dalam kursus berjaya memakai rank dahulu..contohnya Boi..[mahap boi] tapi aku tidak sama sekali menyamakan keadaan aku dengan Boi dengan rasa perasan untuk mendapat rank dengan kedudukan corot didalam kelas itu..bukankah rezeki itu datang dari Allah..
Sejak aku masuk tentera, menjadi yang terbaik bukanlah yang terbaik sebenarnya..so apa yang hendak dikesahkan..kan? tapi aku sedikit frust bila Fadh cakap dalam senarai top 10 SOC takder sorang EO pun yang lekat..erkkk? bia betul? jangan lah diharapkan aku untuk memperjuangkan kedudukan top 10 itu..tp bagi aku ramai EO dalam kursus kali ni yang sgt berkelayakan untuk mengisi ruang top 10 tersebut (kecuali aku la)..Armie, Fadh, OC, Fauzi & Narmi itu adalah EO2 yang banyak menyumbang dalam perjalanan projek kumpulan dan kelas serta assignment berbentuk individu..dan jugak tak idle tapi mungkin pihak sekolah melihat ciri2 kepimpinan yang mungkin tiada di kalangan EO2 ini kut..(ye ke?)
tak perlu diperbesar2kan tentang isu ini..ini hanya luahan berbentuk peribadi aku sahaja..berdasarkan pemerhatian aku jer..sebab aku pun pernah buat silap masa Ex TACOP 09 aritu..dan sampai sekarang aku rasa menyesal..sebab apa? sebab aku rasa aku telah menganiaya mereka yang bersungguh2 dalam Ex tersebut..sori beb & peace..!aku bukannya apa..biarlah ianya telus dan ada intergriti dalam penilaian setiap individu..bukan apa..sia-sia lah kita semua belajar dan menjalankan kajian dan membuat analisis positf dan negative trait tapi tidak dipraktikkan dengan sewajarnya..takder apa yang hendak dituliskan lagi..tapi aku sangat berdosa kerana telah menggunakan masa pejabat dan juga letrik serta Wifi pejabat untuk kegunaan diluar keperluan perkhidmatan..arghhhh sesungguhnya memang HATI aku ini telah sakit...arghhhhhh..ampunkan aku ya Tuhan..

Thursday, April 1, 2010

Herald II

Herald owh Herald...akhirnya, berakhir jugak sengsara aku kat Situ ni..[walaupun pada hakikatnya ada 2 asaimen yang masih belum settle] dalam rasa rendah diri, paperwork yang aku rasa tidak mencapai stended yang sepatutnya..bayangkan la, last paperwork yang memerlukan kudrat aku sepenuhnya adalah Tesis aku masa 1st degree dulu. tupun 10 yrs back.. gila la..dengan requirement 3500 - 3600 patah perkataan, aku masih tidak mampu untuk mengfulfillkan requirement tu..aku dah jadik mental block bila memikirkan apa kah yang perlu aku gebangkan untuk mencapai 3600 patah perkataan itu..
tapi niat hati bukanlah untuk test the system atau ndak buat idle. aku percaya sharp & short..dan percaya jugak less are more..maka aku telah menghantar submission Herald Two dengan hanya mempunyai lebihkurang 2600 patah perkataan..tapi aku ada jugak rasa risau2..mana la tawu disbbkan tak ikut requirement school, aku kena RTU plak..
masa aku tulis blog ni, kapt Roziah tgh present paper Herald dia..aku dah selesai...tamat..! Y! untuk yang belum buat presentation lagi tu, aku ucapkan Selamat Berjaya..tata...!
*1st time aku berWiFi didalam bilik kuliah Khaledd al-waleed. selama ni tru hp jer :p

Monday, March 29, 2010

S O C 7 1 2 0 1 0

29 Mac 2010..wow! dah penghujung bulan 3 beb. cepat giler masa. tawu2, dah tinggal 4 minggu jer lagi kursus SOC dh ndak abih..phew..!!dan begitu juga la lamanya aku tidak mengupdet any stori untuk blog aku ni..tapi, banyak2 kursus yang aku attend, inila kursus yang terbayek pernah aku attend..bukan sebab pengisiannya sahaja, tapi kosmet yang super duper shithot dan 1 kepala..tabik spring kat korang sumer..
apa yang aku ndak bebelkan ni..? aku pun tak tawu beb.yang pasti, untuk kesekian kalinya aku rasa aku tak dapat updet blog ni sebab aku takder idea..seriyes..aku rasa otak aku seakan2 sudah melalui satu fasa kelembapan yang teramat sangat..teramat2.dan aku rasa, aku juga telah semakin menjauh dengan org itu..semakin jauh..aku dengan hal aku..dia dengan hal dia..tapi aku harap apa sahaja yang beliau rancang untuk memantapkan ekonomi beroleh kejayaan..beliau memang orang yang jenis berani mati.cuba segalanya..tak pernah takut risiko..dan tak pernah takut untuk gagal..tapi betul jugak kata beliau, selagi kita tak cuba, mana kita ndak tawu yang kita mampu buat atau tidak kan?? ol the best laling ;)
semoga kursus ini berjaya dihabiskan tanpa ada unsur2 brutalism dan gangsterism..countdown untuk keB andung bermula...B A N D U N G..here i come..!

Wednesday, January 13, 2010

SCHIZOPHRENIA

aku tak tahu ndak tulis apa sebenarnya..tiba-tiba aku teringat akan SMS dari rakan maya yang mengatakan dia dijangkiti schizoprenia.aku tak bajet apa2, cuma aku tanya apekebenda punya penyakit walaupun aku seakan-akan ingat-ingat lupa tentang term tu. bila rakan maya cakap kurang sel darah, aku rasa dalam term perubatan yg ada -mia like anemia, talasemia adalah penyakit yg berkaitan dengan darah.
bila aku google dan search untuk schizoprenia inilah yang aku perolehi:

"Schizophrenia is the most persistent and disabling of the major mental illnesses. It usually attacks people between the ages of 16 and 30, as they are beginning to realize their potential. It affects approximately one in 100 people worldwide, (one per cent of the population), affecting men and women almost equally. While it is treatable in many cases, there is as yet no cure for schizophrenia.
The mind controls the basic functions of thinking, feeling (emotions), perception (the five senses) and behaviour. These functions ordinarily work together, enabling us to:
1. tell the difference between fantasy and reality
2. keep anxiety at manageable levels
3. have appropriate emotional responses
4. make sense of what happens to us
5. maintain a stable sense of who we are
6. establish and maintain relationships with others
In schizophrenia, the interaction of these mental functions is disturbed in various ways. The word schizophrenia does not mean "split personality" but a disruption of the balance among mental functions"

erkkkkkk...at the first place aku tak dapat mencari perkataan schizophrenia dalam dictionary pasal aku tatau how to spell it right..tapi aku terasa ianya adalah berkaitan dengan mental illness dan nah, itulah makna sakit itu seperti yang telah aku perolehi dalam site..
huhuhu, to tell the truth aku mmg merasakan yang rakan maya aku agak ala2 pelik. tetapi aku harap dia tidak la sepelik apa yang aku fikirkan selama ini. aku tak mahu fikirkan yang bukan-bukan..biarlah.biarkan.aku tatau apa yang bermain difikiran aku ni. dan aku rasakan, untuk entri ini aku hentikan dengan cara ini. full stop.

Wednesday, January 6, 2010

Mengapa mesti mungkir janji lagi?


Hari ke 6 di Tahun 2010 suda..wahh cepatnya..pantasnya masa berlalu.Teringat artikel keagamaan dalam surat khabar Utusan bulan lepas - masa yang singkat merupakan tanda-tanda kiamat makin hampir..setahun rasa seperti sebulan. sebulan rasa mcm seminggu, seminggu macam sehari jer.bekalan apa yang aku dah sediakan? Makin lagho adalah sejak dah menjengah umo di angka 3 2..[segan aku nk menulisnya] ;)

aku mintak maaf sebab aku mungkir janji lagi. walhal aku dah berjanji untuk updet hari2 blog aku ni.entahla..ndak kata bz, bz la jugak..banyak faktor yang menyumbang..



pertama: takder idea, takder peristiwa/moment untuk dituliskan

kedua: line brodben macam sireh

ketiga: mengarut dan surf web yang tahapa2..ndak beli rumah, ndak beli tanah tp smpi la ni tak tercapai

keempat: mungkin ada sedikit kebizian yang melanda diri ini.



kedatangan tahun baru ni, takder any new resolution. yang ada hanya azam2 lapuk dan berhabuk..macam biasa, very d clitche' 1 is kuruskan badan..cuma this yr agak2 seperti telah dikomersialkan azam itu iaitu utk mendapatkan BMI 20.10 wow! tu bmi zmn2 utm dan zmn2 keluar kadet kapitan..tp takder apa yg mustahil kan..??



kawen? - saper takmo kawen da..! ;) tp masih tak jumpa [mana ndak jumpa kalau tak carik kan] ahaha..beserah dan pasrah [boley ker camtu..?] i'm not sure la..apa2 hal, aku pegang kata2 shua yang kita perlu ada plan sekiranya 1. kita bujang dan 2. sekiranya kita kawen. apa plan aku??



dengan berakhirnya 2 0 0 9, maka apakah pencapaian yg aku telah dapat? takder..NIL. tp aku telah berjaya me'remove' ketuat a.k.a bunion di ankle kaki kanan aku..bajet semalam dh bley bukak jahitan..*frust disebabkan kekompidenan badak aku mandi dengan membasahkan kaki, menjurus kepada pembengkakan pada jahitan. ditambah dengan pergerakan yang aktif serta pemakaian kasut kerja yang tidak bersesuaian aku rasa. so hari ini, aku kembali berpantang air ke atas kaki kanan aku tu.dan juga memakai sandal flat di tempat kerja..harap2 cepat lah recover luka tu.



awal feb dah start kursus. sempat ke aku kurus? [eh eh macam pantun la plak]



idea suda kering, sudah tiba masanya aku berundur..niat hati adalah untuk menjadikkan blog aku adalah pic blog mungkin boleh difulfilkan sekiranya aku POTONG jer brodben ni dan beralih ker provider lain yang lebey bagus..ini gara2 aku takmo stress ketika mengupload gambar yg mungkin bersz besa..



ok..chiowwwww