Tuesday, October 19, 2010

Penghujung Oktober..

Kenangan bersama arwah emak di Masjid Hudaibiyah

Oktober ini merupakan bulan yang paling sibuk aku rasakan. Sementalah aku merupakan AJK untuk Seminar Pegawai Wanita TUDM 2010 dan juga pegawai incaj bagi Bengkel Sekolah Sistem Pesawat dan Radar 2010.phewww..leteh beb.lagi meletihkan bila aku buat semua kerja-kerja tu last minit..erghh..tapi aku sangat bernasib baik kerana senior2 tempat aku bekerja ni sangat-sangat membantu.
26hb ni genap pemergian emak yang ke 100 hari. lega sebab aku sebagai anak telah melaksanakan apa yang sepatutnya aku laksanakan untuk arwah emak yang sangat aku sayang. Fidyah puasa telah aku lunaskan sebelum Hari Raya Aidilfitri hari tu. Untuk upah haji aku baru sahaja mewakilkan kepada syarikat umrahdanhaji.com yang berpangkalan di Ampangan. insyaAllah upah haji untuk arwah emak akan dibuat pada musim haji kali ini. Alangkah seronoknya jika aku dapat menunaikan ibadat haji bersama-sam emak dan apak. Itu adalah harapan aku selama ini. Tetapi apa boleh buat, semuanya sudah tertulis. Allah lebih mengetahui dan lebih menyayangi arwah emak. InsyaAllah, jika ada rezeki, tiada aral yang melintang, aku telah mendaftar nama untuk menunaikan haji bagi musim 1431H akan datang bersama-sama apak. itulah doa aku selama ini untuk membawa emak dan apak menunaikan haji. Namun tidak kesampaian bersama emak. tapi syukur,
kerana Allah memberi aku peluang untuk berbakti kepada emak pada ibadat umrah yang lalu. semoga Allah menerima umrah kami. Ya Allah tempatkan arwah Emak dikalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Aminnnn.
tiada benda hendak diupdatekan lagi. aku pun dah nak balik keja setelah berhempas pulas untuk menyiapkan slide presentation untuk bengkel sekolah sistem pada 21-22 Okt ini. erghh..aku harap tiada apa2 yang fakap dan kokap..insyaAllah.
itu saja..assalamualaikum

2 comments:

Idayu said...

alhamD...at least ko dh buat yg terbaik ms hayatnya, insyA dia aman n bahagia di sana. bnyk2kn lah berdoa n bersedekah utknya..

p/s: baiknyer ko aju..may be tuh antara kelebihan n hikmahnya utk ko yg masih bujang nih

Aju Hashim said...

mana baiknya aku ni...
selaloo melawan cakap mak aku..
tuhan jer tahu betapa menyesalnya aku ni Ayu..