Tuesday, August 25, 2015

Reverse Psychology

Pagi-pagi aku suka menunggu kumpulan What's App sekolah rendah aku punya wish dalam bentuk image. Ini semua gara-gara ..garu-garu..hahaha..tak mampu hendak meneruskan ayat.

Walauapapun yang berlaku, sama seperti status aku dan En FOO we're remains friend even aku reject mamat ni mentah-mentah setelah dia pernah juga membuatkan aku terawang-awangan. Ini adalah setelah aku kaji, aku study, aku observe aku darab tolak dan congak yang beliau bukanlah orang yang sesuai dengan halatuju hidup aku. Dalam minda aku mengatakan dia seorang yang penuh dengan taktik licik. dan sebagai reverse psychology nyer, aku terus berkawan. Tetapi dengan hanya permulaan konversasyen dari pihak beliau. Macamana perasaan dia kena rejek ek. Sekurang-kurangnya aku idaklah bercerita cerita2 like good, bajet hot kan. aku still suka dilihat sebagai pasukan underdog..gittew

Untuk relate balik kepada tajuk post, begitu jugalah aku dengan seorang makcik yang bergelar ibu. Tak kanlah hanya kerna perkara yang dirancang tidak menjadi, aku kena ignore kehadiran beliau dalam sejarah hidup aku diatas muka bumi ini. Aku harus hormati beliau sebagai warga tua. perlu keep in touch sepertimana aku dengan En FOO. 

Kita akan senantiasa akan saling bersentuhan atas nama persaudaraan di muka bumi Allah yang luas ini.

Semoga kita semua berakhir hela nafasnya dengan mengucap kalimah La Ilahaillallah. 

||Ye! Husnul Khatimah. InsyaAllah. Ameen Yarabalalamin. ||
 
Wadi Rum lagi. SubhanALLAH.



Monday, August 24, 2015

Replied: You see me when you see me!

Assalamualaikum dunia.

Beginilah rutin kehidupan sejak begelar orang bekerja apabila tiba hari Isnin. Kadang-kadang jadi biru-sebirunya. jarang-jarang biru cair. hahaha. Blues menyebabkan momentum kerja susah nak mula. walaupun, kerja berlambak-lambak. MasyaALLAH.

Masa aku sedang tulis blog ni, aku baru masuk pejabat. Sebabkan mood hendak mendatang tu lambat, apakata kita transform kan dalam bentuk blog jap. sekurang-kurangnya sambil2 update blog, mood kerja pun sampai. gitu!

Semalam, plan nak gerak dari KL jam 5 petang. drag punya drag akhirnya betul-betul gerak dari KL jam 8.30 malam selepas pam tayar majsutun. Aiceh. Chot-chot sampai Kuantan jam 10.30 malam diiringi hujan rahmat yang lebat. Kasih sayang Allah di mana-mana. Berdoa dalam hati agar tiadalah kejadian banjir yang tidak mampu ditanggung oleh kita-kita ini. Ameen YRA. Pemanduan tenang setenang-tenangnya. Pasaipa? pasai handphone bateri takde. so sepanjang perjalanan pemanduan lebih fokus. see..kan. apsal lah sibuk-sibuk nak ngadap handphone masa memandu sedangkan perkara tu boleh mendatangkan bahaya pada diri sendiri dan jga orang lain. Orang lain tu plak bapa, mak atau anak kepada seseorang.

Nak citer apa lagi pun tatau..
haa..Malam sabtu baru ni Along belanja dinner kat Dsaji. not bad lah sebab harga dia RM45/pax dan food dia pun agak variety. dapatlah kitorg adik beradik berkumpul sambil menikmati makanan dan chitchat gelak hahaha.gittew!

takde apa yang tulis. itu ajalah. Mengadap benda alah ni boleh tak jadik keja dibuatnya.

meh belanja gambar our family gadering dinner. 

Alamak..tak boleh plak. hp tertinggal dalam kereta. esok-esok lah yer..tp nak
belanja jugak. gambar yang takde mengena dengan update kali ni. ~Wadi rum

P/S: Expected replied was this kind of word. " Ok, c u when u c me!"


Wadi Rum

Sunday, August 16, 2015

See you when i see you!

Beberapa kali mencuba untuk menulis tentang apa yang berlaku kebelakangan ini. Ambil kesempatan standby minggu ni untuk menulis sepatah dua kata..Aiceh!

Tapi tak sampai 'feel' tu buat kata orang. Supaya bila kita berbicara melalui papan kekunci ini, tiadalah nampak seperti kita ni ntahapa2 sangat. Kan?

Allah is the Best planner. Itu ungkapan yang tersangat betul. Tidak sepatutnya kita hanya admit dibibir, tetapi tidak dihati.

Ini insiden berhari raya kerumah seseorang. Ahkak tetap tak suka istilah perigi mencari timba. very shame one..! hahaha Selepas kejadian berhari raya itu, beliau terus senyap. 

Memula aku rasa terkedu, fefeling kena reject beb. Fuhh, sukar juga nak mentafsirkan keadaan masa tu. Walhal, sebelum kejadian aku memang cukup malas. Takmo pi, tp dah mak dia beriya2..akak2 aku pun menyarankan..aku turutkan jua. Sebab walaupun aku ni tidak lah belajar sampai PhD tapi aku jugak punya minda yang boleh baca apa yang bermain dalam kepala otak orang sebenarnya. 

Sehingga ke saat ini, aku pun tak tau nak mentafsir perasaan aku. aku mengakulah diawang2an lah jugak kan dipermulaannya..tapi dalam masa yang sama aku cuak. serius cuak. aku fikir macam-macam. dengan plan yang dirancang, kalau aku kawen macamana.bla bla bla bla..

jujur aku cakap, selepas aku feeling kena reject (hahaha) aku rasa mcm..oh maiiii!
tapi bila dah seminggu, dua minggu dan semakin banyak hari..aku rasa bersyukur pulak. semua benda yang aku berat2kan kepala semasa berhubungan melalui WA terus lesap. lenyap. terus ringan kepala hotak aku.

itu jer kut nak luahkan pun. buat kata bijak pandai " when u feel rejected, Allah directed u to something better."

lega.
tapi ahkak cuma suka statement bonda beliau..
"sebab Aju anak yatim piatu, mak nak jaga Aju..!" siapa yang tak melting oii even masa tu beliau tak WA ahkak lagi.

Last sekali..Next year, plan pergi India terpaksa ditangguhkan atas sebab-sebab tertentu.
Percayalah, Allah is the Best Planner.

nak belanja gambar, tapi tkde gambar.

takpelah, kita belanja gambar raya soe..walaupun syawal dah berganti zulkaedah.

First Syawal 1436H