Friday, May 30, 2014

Left or Stay? V.2

Aku rasa kualiti kesihatan diri semakin menurun
Tiada senaman. Makan semborono. Tekanan di tempat kerja.

Tapi nasib baik minggu ini keluar dari pejabat (ermmm bkn pejabat, tapi parent base)

Dapat jumpa Doktor secret admire. Hehehe.. Abe D oh Abe D.

Sesungguhnya aku tak sangka aku akan mengidap diabetes.
Sesungguhnya aku tak sangka tekanan darah aku semakin meninggi.

Sesuatu perlu dilakukan sekiranya kita sayang diri sendiri.
Azam tahunan yang sering diperbaharui wajib dikotakan (bukan dicapati)

Yesss! Yess..walau stress, hari ini aku dah buat perkara yang selalu aku fikirkan selama ini.

Hari ini rasa menjadi seorang insan. Ketika diri tiada halatuju, bawakan juga diri ke Pekan Jerteh untuk mencari tempat massage. Tak ada. Eh? Takpalah, mari kita cari kedai cuci rambut. Tak ada. Eh? Tapi masa dalam perjalanan ke Jerteh ada ternampak seorang makcik tua di tepi jalan yang aku rasa seperti juga aku, tiada hala tuju.

Sempat singgah Asar di Masjid Kayu aka Ulul Albab. Dah tak tahu kemana arah kembali mendrebar ke Manor Beach Resort. Dalam perjalanan ternampak makcik tadi menahan kereta untuk ditumpang. Nyaris hendak dilanggar. Aku terkedepan sedikit. Menunggu sampai makcik tu sampai ke kereta kelisa Liza. Tumpangkan makcik tu. Kesian tidak terurus. Tanya kemana, nak balik rumah. Mana rumahnya? Kuala Besut. Mak aii, jauhnya makcik. Dalam 6-7 km. tak jauh kalau naik kereta. Jauh sebab makcik ni berjalan kaki. Tanya lagi. Makcik buat apa pergi ke kampung tempat aku ambil tadi. Makcik jawab ambil zakat. Ambil zakat? Yer..dapatlah dalam sepuluh riyal setiap rumah beri. Ooo...so makcik nak kemana ni. Nok balik. Ooo..jom saya hantar. Makcik nak beli apa. Mokcik nok beli beras. Lagi? Nok beli sayur. Lagi? Mokcik nak beli biskut. Nok minum air teh. Ooo.. Ok jom saya bawa makcik shopping. Mokcik nak makan? Nak minum? Nakkk..ok lepas beli barang kita minum.

Makcik tunjuk nak apa. Mokcik nak ni..nak tu. Ok..mokcik nak ni..(epal merah).. Oo..mokcik tk boleh makan ni. Buah ni keras.mokcik tadok gigi. Takpo...mokcik buleh makan. Ok..ambil jer makcik. Mokcik tinggal dengan siapa? Mokcik tinggal dengan nenek..ooo..jadi nenek mokcik dah meninggal..takk, nenek mokcik peliharo mokcik. Pokcik ada lagi..tak..dah meninggal..ooooo

Sampai area Kuala Besut aku tanya lagi (sebab sangsi..makcik ni betul ke tak..ingat ke tak)..mokcik tau dok umoh mokcik..tauuu..betul ni..betull! Ok kat mana umoh mokcik..tuuu (sambil tunjuk lorong dekat depan bas stand jeti Kuala Besut. Ooo..ok! Bila nak minum. Bila nak makan ni..ooo..ok makcik..dekat sini ada kedai makan..? Ada..dinung..ok2.. Jomm

Sampai kedai. Ramai orang tgk aku. Bawak makcik tu. Ambil tempat duduk. Makcik pesan nescafe panas n roti canai kosong. Cukup ker mokcik? Cukup. Aku order teh o halia. Teringat pesan abe D..ikutkan 1 benda tk boleh makan..(huwaaaaa)

Makanan sampai. Mokcik makan. Sebelum tu mintak gula atas meja yg dekat ngan aku. Untuk cicah dengan gula. Aku perhati jer. Lepas abis makan, makcik tu minta rokok brader sebelah meja. Aku terkejut. Dah mula prasangka buruk. Memula rs bengkek, tapi aku cakap kat hati..mungkin ada sesuatu yang berlaku pada makcik sebelum ni. Takpun makcik ni liar..(oh macam2 aku assume). Pastu pujuk diri balik..bkn ker tadi niat nak bantu mokcik.

Lepas makan dah tiba ms untuk balik. Adik kedai tegor mokcik. Sombong mokcik..ehehe..aku pun senyum jer. Aku tanya tau ke rumah mokcik ni..dia kata tak tau. Ooo..dia tanya anak mokcik ke..ehehe..tak lah..jumpa kt tgh jalan tadi. Mokcik dah mcm kompiden. Aku pulak rasa was2. Mana tau kt umah dia nanti ada anak dia yang jahat..pow aku..pastu aku fikir balik..Allah hantar mokcik tu nk test aku. So aku buang jauh2 perasaan dan fikiran yang bukan2.

Mokcik tunjuk jalan sampai kerumah mokcik. Aku pun sampai depan rumah. Suprise..nenek yang dimaksudkan..seorang kakak yang mungkin tua 5 ke 10 thn dari aku. Rumah sangat daif..menghadap laut lepas. Mungkin besar lebih kurang bilik senior kat mes Kuantan. Kakak tu bagitahu mokcik tak berapa sihat. Pokcik pun dh meninggal. Anak tak endahkan. Dulu mokcik duk sanun..sambil tunjuk rumah buruk dalam 100meter jaraknya..yang memang dah hampir nak roboh.

Apa yang aku boleh cakapkan..kakak tu berhati mulia. Walaupun dia sendiri tidaklah sesenang mana, tapi dia rela menjaga mokcik dan sorg lagi mokcik yang senasib macam mokcik yang aku jumpa mula2 tadi..memang mulia, supaya Syurga lah balasannya. Alasannya mokcik2 tu takdo orang jaga. 

Lepas bersalam, aku teruskan perjalanan ke Resort yang berganda2 hebat dr pondok buruk 'nenek'. Harapan agar aku dapat menjadi insan setiap hari..ameen ya Rabbal A'lamin

Maaf cerita tak selari dengan tajuk:)


Saturday, May 3, 2014

Stresss ke?

Dah masuk 2 Mei 2014. Semalam dah jadik sejarah. Semalam cuti Hari Pekerja 2014. Agak-agak lagi 2 tahun jer lagi tinggal untuk menyambut Hari Pekerja sebagai serikandi..(agaknyer lah kut!)

Next week ada appoinment ambil darah. Minggu ni, dah pergi RSAT dan dah confirm yang aku ni ada diabetes...(grrrrrr..tssk tskk tssk). Badan tak rasa macam letih. Tak lesu. Tapi tahap stress Tuhan sahaja yang tahu. Doktor dh bagi ubat untuk aku consume. Doktor cakap dah tak boleh diet. Kena makan ubat. Cuma bernasib baik sebab organ- organ tak ada yang rosak. Yang paling hampeh..doktor tanya berapa BP punya reading. Sebab aku takleh baca..and dia pn tkleh baca

So bermulalah diet sihat aku mulai minggu ni. Kena control nafsu makan. Aku harap paras gula pun kurang dan berat pun boleh mencapai berat ideal...Ameeennnn

Dari tadi nak tido. Tapi mata tk boleh nak tido. Bayangkan punya lemau hari cuti ni..sampai kan tertido balik dari jam 11pg lebih sampai kul 4ptg..mcm makan dadah plak rasanya. Esok apa lagi kerja yang menanti...

Cepatlah 2017. Nak tukar baju uniform kepada awammm...

Hopefuly life more lively...ameenn yarabbal alamin

Ehehe..sapa buat hal, den sepuk ngan sipar kokedai

Khabi Kushi Kabhi Gam

Dah lama tak layan cerita Hindustan. Bila KKKG ditayangkan di TV3, ramai yang update fb tgh layan cerita ni. Sangat lah syahdu dan sedihnya cerita ni. Menuntut untuk pengeluaran airmata tanpa dipaksa. Ceritanya sampai ketangkai jantung. Basically tentang family punya relationship. Lagi2 tentang ibu dan anak yang dah lama terpisah. Kerana ego sang bapa dan anak yang tidak mahu beralah.

Macam aku, memang tak akan jumpa emak lagi. Tak akan jumpa apak lagi. Semoga berjumpa di syurga. Ameen Ya Rabal Alamin.

P/s: tengah kontrol macho. Takmo nangis2 walaupun anak sedara si Fatin sokseksoksek menangis.