Wednesday, January 30, 2013

Yess...

Fuhh..less than a wk..i will be at Istanbul..InsyaAllah..
Yess!
Yess?
Biar betul.

Travel agent sudah hantar emel untuk remind yang Turki sekarang musim sejuk.
Sepupu aku pun call bagi reminder. negatif lagi..

Aku?
Macam biasa. Last minute. Percaya atau tak..aku tk buat preparation lagi.
Baju sejuk tk beli lagi. Long John tak beli lagi. Sarung tangan tak beli lagi. Blank. Sifat dan sikap ni yang selalu buat emak marah dengan aku. Tapi aku tak tau kenapa..dah terbiasa.

Macam dah takde life. hari-hari balik malam. Orang bujang kira ok lagi. Aku kesian tengok junior2 aku yang dah kahwin. 
kitorg macam tkde direction. semua menda nak tekel. takde pengkhususan. akhirnya semuanya separa siap. kerja kerja kerja..eheh3

Persiapan LIMA 13 kena buat dah. endup tarik henbrek ganti dengan Amir. Boss tanya naper takmo pergi. Serabut. aku dah nk pergi Turki hampir 2 minggu. paperwork kena setelkan dalam minggi ni..fuhh tak mampu...

Teringat kisah Abdul Kadir Al Jailani yang Ustaz Don cerita. AKL tidak pernah berbohong disebabkan tunjuk ajar dan didikan ibu beliau. Walaupun beliau membesar sebagai anak yatim. Nah..tengok betapa pentingnya seorang ibu..berbalik kepada AKL..disebabkan tidak boleh berbohong untuk mendapat keberkatan dalam menuntut ilmu seperti yang dipesan oleh ibunya..beliau telah berjaya menyelamatkan harta dagangan rombongan beliau ke Syria (kalau tak silap) disamping telah mengislamkan ketua lanun dan kuncu2nya atas sikap beliau. Hebat tak hebat kanak2 berusia 9tahun Abdul Kadir al Jailani.

Tapi hari ini berapa ramai berbohong.menipu. bohong sunat. Termasuklah aku sendiri. Macamana lah nak berkat. Nak jaga air muka..nak coverline kesilapan ..kemalasan ..kekurangan diri ..maka kita 'terpaksa' berbohong. 

Bilalah nak berubah? Mampukah untuk berubah? tengoklah dulu...wahaha

p/s: Tanda ikhlas dalam bekerja adalah apabila kita buat bukan untuk mendapat pujian orang lain. Komited. Sekiranya kita ditakdirkan bekerja dengan mereka2 yang kaki ampu..kaki ekon, itu tandanya Allah menghantar ujian untuk test samada kita ikhlas bekerja atau sebaliknya. ~Tanyalah ustaz

p/s2: Aku? tepuk dada..tanya lah iman..aku sendirik pun malas. mari muhasabah diri sendiri.. Astaghfirullaladzim

p/s3: Yess. Lega. Sebab Amasis dah boleh operate dari 1st line. tunggu spkb jer nk update logical stucture dan schedule servicing.

Sunday, January 27, 2013

BBQ Nite

Idea asal dari Nurul Athirah untuk buat BBQ. Mak buyung yang sorang ni teringin nak makan BBQ. Option awal umah Mak Ton or Acik Leha. Endup kitorg buat kat umah Acik Leha kat PD. owh tidakkkk...i gonna be Nanny Ju..

Bila sampai hari kejadian..tup2 famili sebelah abang ipar pun ada sekalik..*sigh

Pandai Mak Ton simpan rahsia walaupun dia advance party yang sampai dulu kat umah acik leha..ceh..

Nak tak nak kena combine jugak. Yerlah..bukan orang lain pun tapi tetap tak best. Kak Tam a.k.a Pn (Dr.) Hashimah...lecturer aku kat UTM. Kak Piah a.k.a Bibik penah jadik cikgu aku masa sekolah rendah..dan Kak Maria pernah jadik skulmet dan sama2 mengaji kt umah atok Jamlus ms kecik2 dulu.

Tapi biasalah....mana Best join ngan famili org lain ni. kena resit balik BBQ nite ni...hanya ada 2 option sahaja...rumah atok atau umah mak ton..ehehe..selain resit cendawan goreng tepung dan sotong goreng tepung..

p/s: mmg aku rapat dengan almarhum emak. mesti tak caya kan...yang aku masih tido dengan baju terakhir yang emak pakai sebelum meninggal dunia sebagai sarung bantal.
(baru 2 kali basuh sebab aku ni alergik habuk..resdung!)

Friday, January 25, 2013

Jumaat lagi?

Esok merupakan Jumaat terakhir untuk Jan 2013. Feb bakal menjelma. Bulan yang sinonim dengan sambutan Hari Kekasih. Bagaimana sambutan kita dalam memperingati Rasulullah yg kita sayang. Rasululullah yang amat2 menyayangi kita.

Kalau tanya aku..aku pun tak buat apa2 yang special untuk memperingati baginda. teruknya aku kan? tadik along suh g surau..dgr ceramah Maulidur Rasul lepas maghrib. tapi masalah problemnya..aku dah janji dengan anak2 sedara aku a.k.a ank dia utk dinner chinese food..Alasan kan..

Again. Dah jumaat. Macam semalam baru jumaat. Rasa semlam masih ada di Bdr Sunway. Macam itulah umur kita kan..kejap jer dah 35. tup2 kejap jer dh 45..owh tidakkkk..wahaha

Alhamdulillah. masih panjang umur, kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki. rasa syukur sangat.

Nak tido...dah 0038H...daaaaa

Thursday, January 24, 2013

Maulidur Rasul 1434H

Mari berselawat ke atas Rasulullah SAW.

Manifestasikan cinta kepada Rasulullah dengan memperbanyakkan selawat.

Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:

"Janganlah kamu jadikan kuburku sebagai tempat perayaan,
dan janganlah jadikan rumah kamu seperti perkuburan.
Berselawatlah kepadaku kerana selawatmu akan sampai kepadaku dimana-mana jua kamu berada."
(Riwayat Abu Daud)

*petikan dari Majalah Solusi Isu 51

p/s:Syukur Alhamdulillah kerana menjadi umat Rasulullah SAW.

Tuesday, January 22, 2013

Fa-vour-it-ism

Bestnya jadik airforce...
Bestnya jadik eo...
Bestnya bla bla bla..
Itu orang luar punya gambaran..
Macam tulah apa yang aku nampak pada kompeni lain agaknya..

Hanya mereka yang menjadi sebahagian dari kita sahaja tahu bagaimana dunia eo barisan hadapan.
Eo barisan hadapan perlu banyak pengorbanan.
Masa..duit dan tenaga..aku rasa.

Disebabkan menjadi eo dalam badan berunifom akan memaksa (paksa rela) kita untuk menjadi all rounder.
Serba boleh.
Boleh jadik macam2 bila perkhidmatan memerlukan.

Sebagai 2nd man..aku rasa aku macam tak bersedia.
mungkin rasa rendah diri walaupun fizikalnya tinggi..wahaha

lagi 2 minggu nak gerak ke Turki..
Yess..Istanbul..Busra..dan paling dinanti Aya Sofia dan Pamukale.

Pastu..join LIMA 13.

Pastu?

Pastree?

wahaha...di mana2 akan ada budaya favouritism.
Kadang2 tak sengaja..tapi kalau kita yang termasuk dalam list favouritism?

dah tkde menda nk tulis..dah tadak poin...daaaaa

p/s: alergik bila ada BO yang nak carik boipren angkat..nak bikin skendel....hei..tak takut dosa kah?


Monday, January 21, 2013

I'm Sorry!

If orang tanya..adakah aku suka membaca aku rasa depends pada materialnya.
Kalau orang tanya aku suka pasal history..maybe.

Aku mula suka baca material yang ada unsur2 sejarah sejak aku jatuh cinta pada karya penulis prolifik Faizal Tehrani. Anak kelahiran Melaka. 1st time baca karya beliau dalam paper Utusan. Novel bersiri. tentang wanita bernama Salsabila. Masa tu lagu Salsabila nyanyian Yasin agak popular. bukan novel bersiri stended picisan.

gaya penulisan FT memang sesuai dengan jiwa aku. Sejak tu aku selalu follow novel dia. Antara yang best 1515. memang best giler. tidak cukup dengan itu..aku selalu jadik follower blogger dia. penulisan dia menyebabkan kita berfikir. tapi FT dah stop blogging. Selain daripada subjek geografi zaman sekolah menengah..aku rasa FT salah satu penyebab aku hendak meneroka Istanbul.

FT juga telah membuka minda aku yang sempit. dulu aku selalu fikir Sains dan matematik adalah untuk orang bijak pandai. org yang malas belajar selayaknya ambil sejarah..sastera melayu..ambil tassawur. fikiran org yang berotak cetek ni memang sangat silap. teramat silap.itu sikap mazmumah. memandang rendah pada orang lain.

buat kata FT..if semua org ambil sains dan teknologi..siapa yang hendak menggunapakai teknologi yang dihasilkan. siapa yang hendak mencipta pakaian yang cantik..mencipta lagu untuk halwa telinga. membuat novel..buat filem..bla bla bla..

Kita ni pelbagai. unik. ada orang jiwa kental hati fragile. ada orang cool dan sempoi. ada orang sentimental walaupun jiwa metal..itu yang membuat kita unik.

akhir sekali..aku manusia biasa. if penulisan aku ni ada jiwa yang tersakiti..tercalar..sensitive..from bottom of my heartt...


.
.
.
.
.
.





I'm sorry..!

Yess...Ahad!

Yess..esok dah Isnin. Pasti esok Isnin berwarna biru. Lagi-lagi dah lama tak masuk opis.

Hari ini gerak dari kg awal berbanding minggu sebelum ni. Tapi plan asal nak balik lepas lunch. Malas punya malas..akhirnya aku berjaya jugak bergerak dari rumah dalam 4.15..fuhhh..Nak balik awal sebab nak rileks awal. tak rushing sebab malam semakin gelap.

Alhamdulilah..perjalanan selamat diiringi hujan yang kadang2 lebat kadang biasa2 jer. tenang sebab tk tergesa2 untuk smpi sebab tadik pun sampai dalam 8 lebeh.

yess..esok dah start kerja balik..(carik morale sendirik)..jam aku dah berbunyik menandakan sudah jam 11.45mlm...ok bai..

adiosss...

p/s: masih mencarik motip dapat payung kaler biru..nasib baik bukan kaler mas..nebes mak you..! wahaha gurau jer pada org yg berkenaan..


Friday, January 18, 2013

Dah Jumaat? TGIF!

Dah masuk hari Jumaat. Rasa baru semalam jer hari Jumaat. sekali lagi..betapa pantasnya masa terbang. Macam yang Imam Shafie pesan...perkara yang paling jauh adalah masa lalu...perkara yang paling dekat adalah kematian.

Apa persediaan dan persiapan kita?

aku? masih lagi lalai. tawu tapi idle. Allah Maha Pengasih Maha Penyayang. walaupun selalu buat perkara lagho..Allah masih limpahkan nikmat2 yang tidak terhingga. 

Malu. tapi buat jugak. Setan gondol kompem gumbira. aku lebih patuh hasutan dia. solat dilambat2kan. ganti posa pun tk buat lagi..*erghh

esok finale kursus server. Lega sebab habis. Finish. Stress sebab Kuantan telah melambai2..

Apa yang aku nak sebenarnya ni..? aku pn tk dapat nak define or justify apa yg aku nak. duk opis pn tk suka...duk 1st line..? ok sikit lah..more lively..

Ke aku hamba Allah yang tak tahu bersyukur?

AstaghfirullahalAdzim..

p/s: Aku rasa aku suka g kerja pakai jeans - tshirt - sneakers. mcm steve jobs.nmpk cm santai dan sempoi jer..aku rasa itulah jiwa aku!

Tuesday, January 15, 2013

The Lonely Shepherd or Soldat De?

Untuk entri kali ini, aku cuba untuk menggunakan bahasa Melayu yang agak betul ;) ehehe

Kalau entri yang lepas, aku bercerita tentang 'all rounder' dan 'lone ranger', kali ini kita bercerita tentang 'the lonely shepherd'. sebenarnya, aku pun tercari-cari juga siapakah dan apakah tajuk instrumental yang selalu menjadi latar belakang drama. tadi aku baca blog yang aku 'follow' dan aku sudah mendapat jawapannya. rupa-rupanya sang blogger tersebut juga tercari-cari siapakah empunya hasil seni yang indah ini. jom layan


ada banyak versi, tapi izinkan aku share video yang memaparkan tuan badan yang sedang meniup instrumen yang aku tidak tahu apakah gerangan namanya.

esok masih lagi kena mengadap green screen. huwaaaaaaa...

20 Amalan Murah Rezeki


Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah S.W.T. melimpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah S.W.T. memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat.

Di antaranya:

01.Menyempatkan diri beribadah


Allah S.W.T. tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” – [Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.]

02.Memperbanyakkan istighfar

Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah S.W.T., yang menjadi sebab Allah S.W.T. jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi S.A.W.:
“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah S.W.T. akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” – [Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a]

03.Tinggalkan perbuatan dosa

Istighfar tidak laku di sisi Allah S.W.T.jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi S.A.W.:
“… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” – [Riwayat at-Tirmizi]

04.Sentiasa ingat Allah S.W.T.

Banyak ingat Allah S.W.T. buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah S.W.T.beri kepada orang beriman. Firman-Nya:
“(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah S.W.T.. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah S.W.T.hati menjadi tenteram.” [Ar-Ra'd: 28]

05.Berbakti dan mendoakan ibu bapa

Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah S.A.W. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda S.A.W. juga bersabda:
“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah S.W.T.akan memanjangkan umurnya.” – [Riwayat Abu Ya'ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim]
Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi S.A.W.:
“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah S.W.T.) daripadanya.” – [Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami]

06.Berbuat baik dan menolong orang yang lemah

Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi S.A.W.:
“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” – [Riwayat Bukhari]

07.Tunaikan hajat orang lain

Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah S.W.T. lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi S.A.W.:
“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah S.W.T.akan menunaikan hajatnya” – [Riwayat Muslim]

08.Banyak berselawat

Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

09. Banyakkan berbuat kebajikan

Ibnu Abbas berkata:
“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10.Berpagi-pagi

Menurut Rasulullah S.A.W., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11.Menjalinkan silaturrahim

Nabi S.A.W. bersabda:
“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” – [Riwayat Bukhari]

12.Melazimi kekal berwuduk

Seorang Arab desa menemui Rasulullah S.A.W. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah S.W.T.. Baginda S.A.W. bersabda:
“Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah S.W.T. akan memurahkan rezeki.” – [Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid]

13.Bersedekah

Sedekah mengundang rahmat Allah S.W.T. dan menjadi sebab Allah S.W.T. buka pintu rezeki. Nabi S.A.W. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:
“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah S.W.T. membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah S.W.T. menyedikitkan baginya.” – [Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.]

14.Melazimi solat malam (tahajjud)

Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah S.W.T..

15.Melazimi solat Dhuha

Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah S.W.T.dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” – [Riwayat al-Hakim dan Thabrani]

16.Bersyukur kepada Allah S.W.T.

Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah S.W.T.. Lawannya adalah kufur nikmat. Allah S.W.T.berfirman:
“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” – [Ibrahim: 7]
Firman-Nya lagi:
“… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” – [Ali Imran: 145]

17.Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu

Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.
Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, Insya-Allah dikatakan boleh menjadi sebab Allah S.W.T. melapangkan kehidupan dan memurahkan rezeki.
Selain itu, salah satu nama Allah S.W.T., yakni al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu. Contohnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah S.W.T., bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya ‘Alim.”
Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

18.Berdoa

Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah S.W.T., penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah S.W.T. menyuruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19.Berikhtiar sehabisnya 

Siapa yang berusaha, dia yang akan dapat. Ini sudah menjadi sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah S.W.T. memberikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tetapi agama hanya Allah S.W.T. beri kepada orang yang dicintai-Nya sahaja. – [Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim]
Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas.
Misalnya, jika hendak tenang dibacanya Quran, jika hendak mendapat anak yang baik dididiknya sejak anak itu di dalam rahim lagi, jika hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan makanan yang baik serta halal, jika hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha menjadi baik, jika hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20.Bertawakal

Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah S.W.T. seperti firman-Nya:
“Barang siapa bertawakal kepada Allah S.W.T., nescaya Allah S.W.T. mencukupkan (keperluannya).” – [At-Talaq: 3]
Nabi S.A.W. bersabda:
“Seandainya kamu bertawakal kepada Allah S.W.T.dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” – [Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.]
Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa.
Dengan takwa, Allah S.W.T. akan memberi “… jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan), dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” – [At-Talaq: 2-3]

Pendek kata, bagi orang Islam.. untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenar, kuncinya adalah dengan melaksanakan amalan-amalan takwa.
Amalan-amalan ini akan menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah S.W.T., lalu Allah S.W.T. pasti melimpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Insya-Allah.

Kredit to iluvislam

p/s: Tanya pada diri sendiri dimana level sendiri. Tak sampai 50% amalan nya. Sombongnya aku!

Monday, January 14, 2013

Kojo gilo

Zombie | Aku Tak Biasa | Menjaga Hati | Tiada Lagi | Ku Intai Cinta Dalam Rahsia | Ayat-ayat Cinta | Killing Me Softly With His Song | It Must Have Been Love | Tentang Rasa | Cinta | Sedalam Mana Cinta Mu| Teman Tapi Mesra |Cukup-cukup Sudah | Tapi Bukan Aku| Lagu ku Untukmu|Pulangkan | Diam-diam Jatuh Cinta | Baldu Biru |Semakin Rindu Semakin Sayang | Berpaut Di Dahan Cinta|

dats was the playslist of song during karaOK session last Saturday. i think, 2 or 3 song i forgot to name it. fuhhh..english apa yg aku guna ni...

tapi bebudak ni lagi dasyat..since 8 mlm. aku kira diskaun sikit..bermula pada jam 9.30 mlm dan berakhir around 4 am..giloooo..yang paling gilo, mereka2 yang mabuk, yang muntah2 tak ingat dalam tandas adalah orang Melayu [dan Islam aku rasa]..

banyak tu punya lagu pun aku dah semput. nasib baik jadik Soldat De..bukan penyanyi...eheh3 :p

Saturday, January 12, 2013

Terukir di bintang

' Sayangku jangan kau persoalkan siapa dihatiku..terukir di bintang..tak mungkin hilang..cintaku padamu..'

Tengok Yuna..mesti teringat kat buddy 1st yr Che Wid. Cuma masa tu takde youtube. Very talented. pandai main gitar dan jugak punya struktur badan yang hampir sama. kalau tak Chewid kompem dh jadik macam Yuna if kitorang lahir tahun 1988 dan bukan 1978..eheh3 teringar buat audition bertiga untuk FKE nite ngan arni dan wid. dah elok2 abes nyanyi baru  senior bgtau yg polisi FKE UTM..org pompuan tk boleh nyanyi...wid main gitar..aku jadik ella..arni jadik penyanyi latar...wahaha..kelakar plak ghasernya..

Back to tajuk entri. Yuna memang punya yang best.gemersik.tak mengada-ngada. tak perlu seksi tak ingat kalahkan minah Saleh utk market diri kat States. The keyword is talent and aura gadis Melayu!

tapi bila dengar lagu ni banyak kali...jadik jiwang..jadik blues. lagu ni memang best lah.

petang karang balik KL..tp bukan sebab nak join perhimpunan 112..tp nak karaoke smpi dinihari..Terukir di bintang satu!!


wahaha

10 01 13

Entri kali ni aku dedikatedkan kepada seorang teman lama. Lama kenal tapi tak pernah komunikasi katanya (even aku rasa macam ada)..

tengkiu banyak2..million-million sebab bagi cd 'Zikir Terapi' by Hafiz Hamidon dan payung kiut lagi comel angry bird! tema AF lg...ehehe



ada apa dengan 10 01 13?  * hang mengingatkan aku untuk hapdet entri ni..anywayyy.....

selamat berkenalan sahabat!

p/s: walaupun kita kata kita paham diri kita...tapi adakah betul kita paham diri kita? 

Thursday, January 10, 2013

: All rounder but lone ranger :

Fuhh..lama tk jumpa kan. selain mengambil kesempatan standown..malaa pun ada. dua hr lepas..bil kena bar. puas memikir kat mn nak membayar bil kat Seremban. mbawa sampai ke KL dan akhirnya ke Sec 9 Shah Alam.

tadik mcm nk tido awal. tapi bila henpon sudah kembali bernyawa..terus lupa diri walaupun letih gila gara2 main badminton sampai lunyai semalam. 1st phase dari jam 6 - 8.30mlm (aku smpi jam 7) dan disambung semula utk 2nd phase dr jam 9.30 smpi doblas. seriyes pewai. sakit2 satu badan.

maybe..ada plan nk jumpa kawan study sementelah dah dekat ni..

eh eh..apa kena mengena dgn tajuk stori.?
tkper..mcmni..aku kena attend kursus server dgn IBM utk maintain server di Ktn. mcm2 bidang tugas aku buat dh skrg ni..All rounder tapi aku still lone ranger..macam sedey dan desprate bunyiknyer kan...kesiannnn..wahaha

chiowwww..esok nk ngadap green screen lagi....cukup cukup sudah!

anyhow...Happy New Yr 2013 peeps..

Wednesday, January 2, 2013

Grandfather mountain a.k.a Gunung datuk

Masa tulis ni..aku dah berselimut bawah comforter. bapak letih. dah la tk training..streching ala2..terus nak naik gunung. Ketinggian Gunung Datuk hanya 800 meter lebih..tp untuk sampai kepuncak ambil masa 2 jam. turum 1jam lebih. fuhh..gila letih. muscle pn dah sakit2 ni. mata dah kuyu.

teringat zaman kadet. minggu pertama kena belasah dengan PTI..amboi gila muscle pain. nak makan..bukan tangan ke mulut..tapi mulut ke tangan (wahaha..boleh imagine tak?) belum lagi kes solat..bila sujud terus tak bangun..

mata dah tk larat. nak upload gambar mn yang ada. tp kalo blog dr hp ni masaaah dia gmbr pertaaa jer boleh besar..yg lain..mengikut saiz yg diuplaod. kalo nak edit kena bukak kat laptop..kiranya..1st time adalah interim jer..wahaha..ok la..layan gambar dari top Gunung Datuk..enjoy ya..!

 tapak kaki Hang Tuah
Ngeri plus seriau..kut jatuh..terus masuk gaung!

View dari puncak..

 kawan-kawan baru

(baru nak post.. sebab aritu WiFi dari hp tak bagus) :p