Monday, March 30, 2015

Life begin at 40?

Sekiranya panjang umur, di tahun 2015 ini umur aku bertambah menjadi 37. Iyer 37! Lagi 3 tahun sahaja untuk memasuki umur 40. Erkkk 40an. Terasa tua oii.. Hahaha

Bila cakap pasal umur 40, aku pernah terbaca kalau tidak silap dalam hadis Nabi tentang umur 40 ni, tapi aku tak berapa sure. Banyak hikmahnya jugak aku masuk ec725. Kalau tak aku tak akan kena dengan Aliya Nasaruddin. Aku tak akan kenal Ourtouch dan geng2 OT.

Selepas berkelana, mengembara dengan set2 OT ni aku terfikir kenapa sekarang aku baru kenal diorg. Mungkin jika kenal dari dulu, takdelah aku memerap kat bilik selama 2 bulan aku kat Suisse, kat France dan Nakhonratchasima. Mereka semua memberi aku inspirasi yang tak ada pada soljah2 (soldadu-soldadu) di sekeliling aku. Aku rasa diorg lagi survival dari aku. Aku rada ilmu orienteering dan baca pet diorg lagi mantap dari soldadu macam aku. Dan yang paling penting dan salute toink2 aku adalah diorg ni BERANI keluar dari zon selesa. Apa ko ingat askar laskar berani ke apa yang Hasni buat. Travel sorang2 kat bumi yang asing bagi dia..apa kau ingat ada askar yang dah 40an nak panjat gunung macam Kak Oshin lagi. Umur tak sampai 40 pun dah beli PT test. Hahaha

Baru baca article mat saleh ni sebab aku googel ' what should you do after quit?' Sign atau tanda yang kita ni dah memang perlu sangat berhenti kerja adalah apabila kita sering cakap kat diri sendiri (dan orang lain) yang kita nak berhenti kerja! Terkena batang hidung gua yang tak berapa nak mancung ni. Keadaan semakin kritikal bila aku posting ke EC kerana birokrasi tempat aku bekerja ni sudah menjadi semakin menjadi. Aku tak mampu nak hadam.

Memandangkan aku sebatang kara, tak perlu fikir perasaan orang lain (even aku masih ada abang kakak dan sedara mara) kalau ditanya apa keputusan aku sekarang, aku akan cakap 'i'm quit!' Jikalau boleh, aku tak mahu kena mengena dengan mana2 kompeni yang related dengan majikan aku sekarang. Aku ulang sekali lagi..kalau boleh.

Semuanya telah tertulis, sekiranya aku jumpa mereka2 ni masa arwah mak dan apak masih ada, mungkin langkah aku tak jadik panjang.  

Akhir qalam sebelum masuk tidur,  aku kena buat istikharah, minta bantuan Allah lorongkan aku untuk membuat keputusan yang tepat.

Kawan-kawan lain pun, kalau nak buat keputusan ayuh kita kembali kepada agama dan minta bantuan. Hehehe life not begin at forty, it begins since ur bornday! 

Assalamualaikum dunia!

Petra @ Batra  Jordan

No comments: