Tuesday, August 14, 2012

Window Shopping di Aix en Provence

Hati meluap-luap, tergedik-gedik untuk ke Bandar terhampir dengan tempat tinggal aku di Le Tholonet. Setelah 2 minggu lebih, baru aku tahu yang aku punya tempat dekat dengan bandar rupanya. padan muka, asyik-asyik balik kerja terus balik bilik. Bukan apa..salah satu sebabnya aku ndak mengejar waktu Zuhur supaya tidak luput. kalau hari-hari nak qada ghasa malunya pada Allah. Macamana hubungan dengan makhluk lain hendak terjaga, sekiranya kita tak menjaga hubungan dengan Allah. Hari-hari aku berkeluh kesah. terasa makin jauh dari kehidupan beragama yang sebenar-benarnya. Nasib baik, iman masih Allah titipkan dalam hati walaupun sekadar menjalani solat lima waktu dan berpuasa. baca Al-quran juga jarang sekali. Banayk betul dugaan kan nak jadik baik. aku cuba sedaya, semampu mungkin..

Hari ni best. Balik kerja keluar gi bandar ngan Bai & Nik. window shopping. Nak sangat tengok beg jenama Longchamp yang heboh diperkatakan. aku ada terminat 1 beg longchamp 300euro, tapi bebudak ni kata tak ok..macam budak-budak..tapi beg tu jer aku rasa kalo aku beli, aku akan pakai sampai lunyai...wahaha..takpalah..nanti jenjalan lagi ker Marseille pulak minggu depan..

eh eh..dah nak raya kan..anyway, walaupun tak dapat layan Jalan TAR, SOGO atau Masjid Jamek..mari layankan gambar den kat Aix en Provence yang ala2 Bukit Bintang ni..enjoice..!


No comments: