Monday, August 20, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri Edisi 1433H

Alhamdulillah..Syawal menjelma lagi bagi edisi 1433H. Umur yang panjang yang dikurniakan oleh Allah membolehkan aku menyambut hari raya di perantauan pula kali ni..[sob sob sob] tapi itulah pengalaman paling berharga. tidak semua orang berpeluang merasainya..kan kan kan..

Ramadhan dan Syawal di negara mat saleh, tanpa keluarga tanpa sahabat handai yang kadim tentu berbeza. kasih sayang dan silaturahim yang terjalin diluar negara ini pasti lain keakrabannya..menumpang kasih dengan mereka yang bukan dari keluarga kita meriah jugak..walaupun tak macam kat Malaysia..bezanya, waktu berziarah tu hanya pada hari pertama raya..itu pun setakat sampai kul 2 ptg jer..lepas tu balik hotel dan tido [cover tido balik..wahaha]

Takda apa yang nak di hapdetkan..cuma blog entry kali ini akan menjadi memori indah buat diri den hamba Allah yang kerdil untuk diselitkan di dalam harddisc ingatan..

Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin uollsss...
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 Di tengah-tengah Aix-en-Provence Centre..nak jugak bergambar pakai baju raya..wahaha
 Solat Hari Raya di ceruk dapur..bestnya kenangan ni..
 Pose sebelum orang ramai keluar dari solat raya..
Nanti nak masak salmon bakar cicah cencalok atau budu...

No comments: