Wednesday, August 8, 2012

Buka apa hari ni..?

Assalamualaikum..bonjour...wahaha..
macam biasa, untuk 12 hari akan datang sekiranya tiada jemputan berbuka puasa, maka aku akan berbuka puasa sorang-sorang lagi..sob sob sob..! teringat kat arwah emak, sekiranya arwah emak masih ada, aku yakin dan pasti emak mesti cakap kat aku tak payah lah pergi kursus kat France bulan-bulan puasa ni..tahap sensitiviti arwah emak tinggi..teringat masa pergi kursus PC7 kat Suisse tahun 2007. mak cakap, tak payah lah pergi. tukar dengan orang lain tak boleh ker..;)..walhal emak taktau yang anak dara dia ni punya lah excite nak pergi..sebab apa? sebab Suisse merupakan negara yang aku dambakan untuk dilawat sejak belajar geografi masa sekolah dulu..

Kenangan..biarlah aku hidup dengan memori ekstrim indah dengan arwah emak menemani aku sepanjang berada di France. bukanlah sepanjang masa aku mengingati..tapi bila dah sorang-sorang kat sini..takder emak ayah, adik beradik..siapalah aku ini di bumi asing ni. aku memang nak menjadi seorang perempuan, anak yang hidup dengan sejarah,dengan kenangan. tak salah kan?

berbalik dengan tajuk dan ada kaitan dengan citer semalam. hari ni aku rajin sikit. masak nasik, adjust lunch box yang Eurocopter bagi..dan panaskan lauk2 hari2 yang terdahulu...[hahaha..super pemalas aku ni]..semalam masak maggi, tapi hari ni makan nasik dengan lauk yang perlbagai..Alhamdulillah. tapi makan sorang2? apa yang korang rasa..? aku rasa makanan sedap mana pun kalo makan sorang..takder nikmatnya..tapi takper, share jugaklah gambar lauk pauk masa berbuka tadik..wahaha

 
 yang aku makan hanyalah nasik, ikan bilis [dari Seremban] dan udang yang aku layout dengan telur tu..sebab? sebab yang lain2 tu lauk yang dipanaskan balik..recycle..wahaha. nak solat Magrib dulu.kang jadik macam semalam..tawu2 dah nak ujung waktu.sesambil tu layan Olimpik kat tibi..sedey la plak..DLCW tak dapat beat Lin Dan..dan Azizul hasni gagal dlm lumba basikal..tapi kira okey wat..kiranya diorg tu dah berada di level Olimpik..ingat senang ker..orang kat luar tu senang-senanglah nak mengutuk bagai..ok ok.masa dah nak time..nak meet God dulu..daaaaa

 

No comments: