Friday, August 31, 2012

Buhbye Peghancisss

Kurang 48jam, aku akan bergerak kembali ke tanah air..riang nyer rasa hati tidak terkata...dah packing barang-barang cket2.nmpk macam nak terlebih beratnya ni..lunch tadik pun bila masuk kantin ETS tekak dah rasa tak leh blah..

tatau ndak stori apa...takder menda yang nak distorikan selain nak BALIKKKKKK...yeabedabedoooooo!

layan lah gambar kali ni..

 Desert tengah hari tadik..nama dia Floating Island..yang macam kabus tu, putih telur putar dan campurkan dengan susu panas..;) boleh lah sedap jugak...
 Ini lah pokok badam..tadaaaa..
Kacang badam terletak dalam cengkerang keras tu....kena ketuk untuk keluarkan kacang dia..tapi takleh nk tunjuk sebab aku takde tool..

Tuesday, August 28, 2012

Bounjourno Italia..!

wow..lagi 4 hari nak balik Malaysia..hati seronok tak terkata..tak sabar-sabar nak makan dengan semewah-mewahnya..wahaha..Weekend baru-baru ni best giler. tercapai hasrat aku nak melawat Itali selepas Sepanyol untuk kursus ke Eropah kali ni..itupun nasib baik si Paran ajak aku gi jenjalan kat sana..

punya lah letih, sampaikan aku terovershoot pagi tadik..tawu2 dah jam 7.40pg. bersiap-siap macam kartun..setat kereta terus gi ke ETS. Kali ni punya trip aku ke Florence ngan Pisa..weeeeeee...Alhamdulillah. tapi hari ni ada org suda kaco mood aku..betul tak aku cakap dalam entri lepas..kalo ada orang yang mempertikaikan outing aku ke Itali ni..beliau pasti makan mendapat kata-kata berbentuk hamburan dari aku..terus aku takder mood nak makan lunch..dah lah di meja makan dia provok aku dan aku terus emosional..patah selera aku yang dah sememangnya takder selera ni..phewwww...Setan betul2 dah berjaya merasuk fikiran aku. sebab banyak makan menda2 yang bercampur ngan menda2 pelik2 ker..Astaghfirullahalazimm..risau betul jiwa dan hati aku..

berbalik kepada cerita asal..lepas balik dr Pisa, kitorg g jenjalan kat factory outlet kat area Itali (The Mall kat area Florence jugak ngan Serravalle)..bukan aku takder duit..ada berbelas ribu duit gaji aku tk berusik dalam akaun tu..[bukan menyombong]..tapi aku rasa macam tak perlu untuk beli dan sekiranya aku beli untuk menambah perasaan ujub dan riak dalam diri aku yang sudah ada tunas ni..baik rentikan...biarkan aku habiskan sisa2 elaun yang tinggal jer..dan nasihat aku pada diri sendiri, just live within your meants...tapi........malas nak sambung...

apa-apa hal pun..meh layan gambar Italia aku..


Designer outlet di The Mall Florence - mak tak mampu nyah!
 Tengah-tengah kota Florence  berlatar belakangkan The façade of the Cathedral
 Semua orang tawu ni - Menara Pisa yang dah condong..:p
 Comel giler kan budak-budak ni..anak orang Spain, jumpa tyme sama-sama makan piza untuk lunch

Saturday, August 25, 2012

Itali..aku cabar kau..!

Bagai orang mengantuk disorongkan bantal..macam itulah pepatah Melayu yang sering digunapakai..bila Kapt Paran call untuk ajak g Itali esok..terus aku setuju..yeay! walaupun si Paranjothy tu Indian, lelaki dan bukan skod aku plak tu..jiwa kena kering dan kental..buat pengetahuan, aku memang dah plan dalam diri, weekend ni ada jugak aku drive sorang2 g sempadan Itali..tup2 paranjoti call..ehehe..gamble aku pergi berdua dengan dia. kalau orang persoal kenapa aku sanggup pergi berdua jer dgn paranjothi..akan aku kasik kata-kata nasehat berbaur hamburan lah lebeh kurang sebagai jawapan..wahaha

Test minggu ke empat dah selamat amek tadik. Soalan macam biasa senang giler..tapi aku tak paham apa yang dia hendakkan sebenarnya..kebanyakkannya adalah kesalahan yang bodoh silly mistake, buat kata Michael..mamat saleh tu score aja..aku pun satu, dah lah tak paham, langsung tanak buat nota kecik macam mamat saleh ni buat..tp alhamdulillah..markah masih diatas 80..cuma aku berkehendakkan KPI aku tercapai iaitu 85..last test kena score 100%..waaa

bestnya..tinggal lagi 7 hari ndak balik Malaysia.betul kata orang..hujan emas di negara orang..hujan batu di negara sendirik..kalau hujan batu di negara orang tu kebanyakkannya orang Islam..ok lah jugak..bawak famili sekali..kira nyaman.ni sensurang..mati kutu aku..

ok lah, esok kul 4pg dah nak gerak..dah nmpk akan Subuh di tepi hiway..harap-harap perjalanan lancar..insyaAllah..

layankan gambar-gambar comel terutamanya si oinkk3x yang aku br perasan tyme lunch tadik..wahaha..food untuk lunch macam biaso..sayur mayor dan tolo robush beserta roti keras..tp lupa nk capture..uolls suma dah boleh imajin kut..kan kan kan..

 Kombang tokak..geli geleman..
 Best pizza ni walaupun hanya cheese, cendawan dan buah zaitun..
 Antara desert arini..tapi den ambik yang lain..
 Tadaaa..yang ditunggu-tunggu sejak 2,3 hari ni..
 Sedap dengan tekak aku...jelly/gravy strawberry dia manis2 masam..bawah dia lemak2 tawar berkrim..nyummeh..!
 Gula untuk minum teh hijau lipton..Mr Perez masih cuti ehsan..
 Euro 12.45?? Mahal rupanya beras super spesial tempatan ni..aku selalu beli yang sekilo dalam 1euro jer..jadiklah buat alas perut..-Carrefour
 Layout untuk makanan laut..kelam kabut jer aku tengok..sumer rumput rumpai jadik hiasan [ke jual sekali??] -Carrefour

Friday, August 24, 2012

Exam untuk 4th Wk..

Petang tadik cse Avionics dan Aeromech tugeder-geder di Nado Plan de Campange untuk some sort of farewell gadering untuk instruktor masing-masing. cuma tim avio, cikgu yang mengajar Mr Jose Perez tak dapat join pasal cuti ekhsan..

Macam biasa..setiap hari jumaat akan ada exam untuk pelajaran 1 minggu. banyak yang masuk. tapi tang AHCAS tu mmg aku tak berapa nak paham. sebab tyme subjek tu, 2nd raya dan 1st day makan lunch. punya lah mengantuk hanya Allah jer tahu..aku tertidur sampai tak dengar apa yang terjadik disekeliling..[termasuklah apa yang di ajar dik Mr Perez]

aku? masih layan internet. masih boleh layan blog? mood ndak studi tak datang lagi..aduihai..cepatlah datang wahai mood...sambil tunggu mood datang..meh layan gambar dulu..;)

 dah terminat dengan jeruk zaitun..sejak dari umah Kak Jah aritu..;)
Kalolah buleh rembat bawak balik Malaysia..perghhh
Macam orang kaya rasanya..bukan setakat minum, masak nasik ngan buat maggi pun guna evian..cuma mandi jer belum lagi...wahaha
 Makanan ruji menggantikan nasik
 Jadik trainee sampai 19 Oct 12?owhhh tidakkkkk...!
 Masa gadering petang tadik..
Jam raya..cap PULSAR..[bwh SEIKO Corp ghupanya..]

Huh? Still got the blues?

Still got the blues -Gary Moore

Used to be so easy to give my heart away.
But I found out the hard way,
there's a price you have to pay.
I found out that love was no friend of mine.
I should have known time after time.

So long, it was so long ago,
but I've still got the blues for you.

Used to be so easy to fall in love again.
But I found out the hard way,
it's a road that leads to pain.
I found that love was more than just a game.
You're playin' to win, but you lose just the same.

So long, it was so long ago,
but I've still got the blues for you. 



jangan macam-macam..hahaha