Monday, October 29, 2012

Bekojolah kito..sekueknyo!

Dalam keterpaksaan yang rela..aku kembali ke tempat aku mencarik rezeki iaitu di Bandar Kuantan. 1st week lapor..aku bertolak hari ahad jam 11 pg. minggu2 berikutnya dah jadik jam 5ptg. Tapi hari ni..memang bapak malas...jam 6.30ptg br gerak keluar dari rumah. akak atas aku dah bising (dia dah macam mak aku caringnya)..balik malam2 tak takut ker keta breakdown ke tiba2..(phewww...itu antara perkara yang aku taknak dan elakkan utk pk). apak dah sound..bilo lagi nak bertolak ni..sebab aku selai2 masukan barang dlm bonet..kejap2 tertingal sunglasses..kejap2 tertinggal itu..kejap2 tertinggal ini. yang pasti..aku dah berjaya bwk tibi zaman purba aku ke Ktn. tak laku..akak aku yang duk Labu kata nak beli..endup tk jadik..ampeh.dan apakah benda yang aku tertinggal? menda itu adalah aerial tibi..(igt Dr Jeff yg ajar comm ckp..org kg jer sebut aerial ni..wahaha)..esok kena g beli aerial atau bahaso org degree antenna. orang cakap aku ni kedekut sebab tk pasang astro..bukan tkmo pasang...dr aku mengkayakan si AK yg dah semulajadi kaya..baik aku peram duit dalam wallet baru aku yg kaler merah ittew..(astro kt kg pun aku br psg sebelum puasa aritu) dan sekrang aku jadik sakit jiwa..berbuluvmata bila anak2 sedara aku asik mengadap tibi 24jam..dan bergaduh adik beradik sebab yg kecik nak tgk ceria..yg kakak nk tgk drama korea..yg abg nk tgk bola..erghhh...

eh eh..naper kejap sangat ek 1 minggu. esok dah kena start keja balik.untuk kesinambungan hidup. cewah! plan tadik nk gi honda...nak sebey crv..tp ms tak mengizinkan. smlm pergi..showroom dh tutup lah plak. Akak aku suh beli city jer..tp hati ni nak beli jugak crv. *sila baca sebagai kereta idaman. bukan sebab aku nak berlagak atau nak up 1 level dari org lain. aku dah pasang niat nak beli since keja KCSB lagi. tp gaji time tu rm1.8k..mana mampu. aku selalu cakap kat site supervisor aku..maybe sy akan mampu beli kalo gaji saya dh rm3k. tapi sebenarnya bila kita dah menuju kedewasaan..kita akan byk komitmen. walaupun takde famili..dengan harga barang2 keperluan yang meningkat..rm3k not enaf beb..not enaf at all. sampai keluar kat paper kan..if we earn rm3k kat KL..kita dikategorikan sebagai miskin..tapi skrg aku rasa aku teringin nak merasa memandu crv aku sendirik. biarlah orang ckp apa pun..aku rasa inilah hadiah utk diri aku sendirik..(hurmmm..ada 2 lagi wishlist)

esok masih lagi Hari Tasyriq. teringat lagi musim haji tahun lepas. Seronok betul bila dikenang. Kitorang buat NafarThani dan melontar sehingga 13 zulhijjah. perjalanan dari Mina ke Makkah tidaklah jauh mana tapi sebab musim haji jadik berjam2 lamanya utk sampai. tiada qurban yang dibuat untuk tahun ni. buat rendang sekilo daging jer dengan nasik tomato (itupun tak abess) sebab yang balik anak2 pompuan mak jer..ermmm..semoga arwah emak ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan beramal soleh. emak adalah emak yang terbayek buat kami..Al Fatihah

Last sekali...den dah lupo sapo yang nyanyi lagu ni..tapi inilah rangkap yang den ingat...
"BEKOJOLAH KITO..SEKUEKNYOO" wahaha

Sunday, October 28, 2012

12 Zulhijjah

12 Zulhijjah dah nak hampir ke penghujungnya. bermakna mahu atau tidak aku harus bergerak ke Kuantan jugak petang ni..huh! bercinta rasanya. Hari ni akak den masak ikan siakap masak pedas n stim. kangkung goreng belacan dan telur dadar. owh tak lupa jugak tembusu lembu masak lomak cili api campur rebung..perghhh...(apa? tatau tembusu tu apo?)...tembusu adalah organ dalaman lembu yang macam usus tu lah..rezeki qurban..

rasa demam dah semakin menghilang. tapi tadik baru nk relocation majalah2 dan buku2 kat rak yang baru beli...aku terbersin balik. mata dah merah..berbintat2. gatal yang teramat. pffffttt..amatlah sensitif nya aku dengan hama dan habuk...oklah nak lepak jap..nak baring2..walaupun barang2 1 pun belom loading dlm captsutun..bleh gitu...jap lagisambung balik dengan entri baru..(itupun kut aku rajin) daaaaa

Saturday, October 27, 2012

Aku Yang Tersakiti ~ JUDIKA

Layan jiwang jap.boley kan? kan kan kan?

Selamat Hari Raya Aidiladha

Selamat Hari Raya Qurban. Hari ini 11 Zulhijjah. Jika ditanah suci hari ini merupakan hari pertama melontar jamrah di hari-hari Tasyriq. Raya kali ini badan rasa tak berapa nak sehat. ala2 demam. rasa nak tidur jer. pening kepala. hingus asik meleleh. Resdung kut. lusa dah nak balik Kuantan. (owh tidak!)
banyak benda hendak diblogkan. tapi mood menulis takde. badan tk berapa sehat. tkpe nanti kita sambung lain..

p/s: tabik pada mamat Bosnia yang berjalan kaki dari negaranya hampir satu tahun untuk menunaikan haji untuk tahun 1433H. Macamn nk dapat kekuatan seperti beliau. teringat pada Uwais al Qarni...walaupun penduduk bumi mengtakan beliau tidak siuman..tetapi namanya menjadi sebutan penduduk langit...owh...(dimanakah level aku???)

Wednesday, October 24, 2012

Selamat Pengantin Baru Pn Nurul!

Fuhhh..sudah hari Rabu. dah 4 hari anak sedaraku bergelar isteri orang. Hari ni Pahang bercuti sempena HUT SP. aku dah ada kat KL since Rabu malam lagi minggu lepas. isnin lepas tetap pergi kerja walaupun dah start cuti.. Ingatkan datang awal boleh tolong2 apa yang patut, tapi rumah abg  aku serupa tak buat kenduri. yerlah..everytg buat kat dewan, walaupun nikah dekat masid depan rumah, makan2 sumer katering. mudahnya jadik org KL. everytg  provided yang penting, ongkosnya aja..senang lenang tak macam kenduri kakak2 dan abg2 aku yang lain. takder suasana nak berkenduri kawen.minum pagi ketering, lunch lepas nikah katering, minum petang katering, katering dan katering..so, kita senang, tidak berkecah2 tapi we miss samting, we lost samting..wat everlah..janji lepas kawen tak berhutang bagai sampai anak dah 5 masih kena bayar hutang kenduri kawen. bila katering ada byk masa terluang sampai boleh bermekap2 bagai...wahaha

tadaaaa..inilah antara gambar kenduri kawen anak sedara ku dari henpon note aku.. 

 Pemberian mas kahwin setelah selamat bergelar suami isteri

 Nur Aishah Humairah yang super duper kiut dengan pemerah pipi dan eyeliner ;)

 Abg aku a.k.a bapak mentua lagi nebes berbanding menantu. sampai 2 kali kena utk lafaz akad nikah..menantu rileks jer, sekali...wahaha
Mak pengantin plak tak masuk dalam ini gambar (kat belakang nun)...nebes lah tu takut lauk tak cukup utk esok punya resepsi..