Tuesday, August 14, 2012

Window Shopping di Aix en Provence

Hati meluap-luap, tergedik-gedik untuk ke Bandar terhampir dengan tempat tinggal aku di Le Tholonet. Setelah 2 minggu lebih, baru aku tahu yang aku punya tempat dekat dengan bandar rupanya. padan muka, asyik-asyik balik kerja terus balik bilik. Bukan apa..salah satu sebabnya aku ndak mengejar waktu Zuhur supaya tidak luput. kalau hari-hari nak qada ghasa malunya pada Allah. Macamana hubungan dengan makhluk lain hendak terjaga, sekiranya kita tak menjaga hubungan dengan Allah. Hari-hari aku berkeluh kesah. terasa makin jauh dari kehidupan beragama yang sebenar-benarnya. Nasib baik, iman masih Allah titipkan dalam hati walaupun sekadar menjalani solat lima waktu dan berpuasa. baca Al-quran juga jarang sekali. Banayk betul dugaan kan nak jadik baik. aku cuba sedaya, semampu mungkin..

Hari ni best. Balik kerja keluar gi bandar ngan Bai & Nik. window shopping. Nak sangat tengok beg jenama Longchamp yang heboh diperkatakan. aku ada terminat 1 beg longchamp 300euro, tapi bebudak ni kata tak ok..macam budak-budak..tapi beg tu jer aku rasa kalo aku beli, aku akan pakai sampai lunyai...wahaha..takpalah..nanti jenjalan lagi ker Marseille pulak minggu depan..

eh eh..dah nak raya kan..anyway, walaupun tak dapat layan Jalan TAR, SOGO atau Masjid Jamek..mari layankan gambar den kat Aix en Provence yang ala2 Bukit Bintang ni..enjoice..!


Monday, August 13, 2012

Hujung minggu bersama Kak Jah..


Hujung minggu ke 2 pergi keluar jalan-jalan dengan kak Jah. Kak Jah bawak jalan-jalan ke Fontaine De Vaucluse masa hari sabtu..ahad plak layan Brocante kat Carpentras..memang menarik dan bertuah rasanya dapat jalan-jalan tempat orang..banyak menda yang kita boleh tengok dan kita belajar. Tapi Kak Jah bawak aku g jenjalan tempat datin-datin shopping. aku ni org kebanyakan. mana ada bajet lebeh ndak shopping benda-benda yang diluar bajet aku..ehehe..memang bulan ni meriah. Gaji bulan lepas ada lebeh lagi, dengan bonus setengah bulan, gaji dan elaun baju sejuk..ditambah lagi dengan dividen koperasi..meriah rasanya. tapi tak syiok gak sebab ada kat obesi..tapi memang nak try usha jam ngan wallet atau bag berjenama mewah..bila lagi nak membelanja diri sendiri..kan kan kan..layankan gambar aku kat Brocante a.k.a Pasar Lambak yg jual barang2 2nd hand dan antik..enjoy!

 Starting point masuk ke Pasar Lambak - kasik pose dulu papehal pun..

 Senapang kayu yang dah sumpik ni pun diorg nak jual lagi..kut kita dah humban ke tempat bakar sampah dah tu..

Cx point pertama sebelum proceed ker Fontaine De Vaucluse..muncung tu sebab tgh sebut nama tempat ni..wahaha

Saturday, August 11, 2012

Makan langsat...makan langsat!

Phewwww...makan langsat di tengah pagi buta di negara orang putih dengan hanya bersandarkan kepada Pakcik Garmin..wat a wonderfool nite..wahaha
aku percaya, yakin sangat ini balasan Allah pada aku atas dosa-dosa yang aku lakukan. perjalanan yang berbelas-belas kilometer jadik berpuluh-puluh kilometer. tangki minyak emergency yang pada mulanya menunjukkan 110km, tinggal 70km. warning lite menten illuminate. Macam nak g ektibiti 4WD pun ada aku rasa. dengan jalan gelap gulita. roundabout yang berbelas2 aku jumpa. dapat kuar jalan besar, berliku2, bengkang bengkok, turun mencuram..wah wah wah..Astaghfirullahal Adzim..ampunkan aku Ya Allah..Rasa macam hendak tidur. dah jam 2 pg..esok boleh bgn lambat sebab bendera jepun..ehehe..

Niut..!

Yeay..!

Alhamdulillah. hari ini punya exam lulus. Tapi takderlah cemerlang sangat. Manakan nak cemerlang..kalo 1jam jer punya ulangkaji..wahaha
Terfikir-fikr..sampai bila aku nak hidup macam ni..macamana janji2 aku dulu..macamana dengan cita-cita aku yang tak tercapai2 sampai sekarang tu..erghhh...
Dan paling teruk..aku dah semakn kelaut..erghhh!!

Friday, August 10, 2012

Minggu ke 2

gulppp..dah minggu ke 2 kat Perancis..bermakna esok ada exam untuk berchapter2 punya subjek...wuarghhhhhh...takuttttnya...aku rasa macam nak resit balik amek degree kat UTM..inilah masalahnya kalo ada ilmu tapi tidak diamalkan..simple wiring diagram ngan skematik diagram pun tak boleh nak baca..kui kui kui...semoga berjaya esok..!