Wednesday, February 8, 2012

Apakah perasaan apabila bergelar Hajah

Assalamualaikum warahmatulahi wabarakatuh..
Lamanya dah tak berblog. Lama sungguh. Hampir setengah tahun. Perasaan ingin memblog meluap-luap. Tapi apakan daya. Takder idea. Takde masa. Hanya ada masa untuk baca blog orang. Lepas tu berimaginasi alangkah besnya jika begitu dan begini. Jadik macam orang tu dan jadik orang ni. dan dapat jual itu dan jual ini.
*
Setelah hampir sebulan setengah meninggal kan 2011, barulah hari ini ada rasa dan perasaan untuk berblog. Dalam tempoh hampir setengah tahun tidak berblog, macam-macam alkisah terjadik pada diri si soldadu cabok.
*
Yang paling bes dan rasa amat bersyukur sangat sudah tentnya apabila Allah telah pilih diri ini sebagai tetamuNya untuk musim haji 1432H. Yang paling bes dapat pergi dengan apak. Tapi kalo ultra bes ialah jika arwah mak masih ada. Laaaagiii bes. tapi bukankah Allah Maha Mengetahui. segala yang terjadi, merupakan perancangan yang terbaik dari Allah. Syukur, alhamdulillah. Banyak hal dan tips ndak share untuk kawan-kawan dan sedara mara. Tapi, nantilah. Akan dibuat satu entri lain untuk itu insyaAllah jika diizin Allah.
*
No 2, anak sedara yang paling ngam telah bergelar tunangan orang pada 2 minggu terakhir bulan Dis 2011. Alhamdulillah. Cepat betul jodohnya. Itu suda bagus, rite? Dunia akhir zaman ni banyak cabaran. Dari terus bergelumang dengan maksiat, baik kasik kawen. Tapi perlu diingat, bertunang bukanlah tiket untuk menghalalkan apa-apa yang masih belum halal.
*
Salah satu wishlist untuk tahun 2012 telah hancur berkecai. hampeh! Perlu berlapang dada dan jadikkan apa yang berlaku ini sebagai sempadan. Doakan si penipu tu mendapat hidayah dan sedar akan kesalahan dia. Tapi, nasihat apak untuk buat solat hajat untuk melembutkan hati si penipu tu masih belum uat lagi..haishhhh apa lah aku ni...
*
Aikk..tajuk post macam tak kena dengan apa yang ditulis. Yang pastinya, bergelar seorang Hajah bukanlah semudah yang disangka. Hati kena baik, perlakuan kena melambangkan bahawasanya kita pernah menjadik tetamu Allah. Segala ujian ketika manasik Haji berupaya untuk melahirkan hamba Allah yang cemerlang dan hanya bergantung harap kepadaNya. Allahu Akbar. bila terkenang kembali saat indah itu, memang tak terungkap dengan perkataan. Jikalau ketika latihan ketenteran di Tanah Merah, Jitra itu penuh dengan tekanan, hamba yang hina ini merasakan tekanan di Tanah Suci lagi mencabar kerana ianya berpaksi kepada iman. Alhamdulillah, aku bersyukur, walaupun tidaklah aku ini menjaga apak sesempurna mana, tapi telah cuba untuk menjaga apak seempurna mungkin.
*
Bergelar Hajah pada usia muda (lagi bes adik-adik yang pergi pada umur bawah 20an, dengan famili) amat beneficial kerana ibadah haji seperti yang kita sedia maklum adalah kemuncak ibadah. Kudrat dan mental digunakan pada tahap maksimum. Tip yang paling mudah ketika di Tanah Suci adalah berlapang dada. Ndak dapatkan kemudahan seperti di Malaysia bukanlah tidak boleh, tapi terbatas. Sekiranya kita rasa kesusahan , cuba bayangkan bagaimana Rasulullah ketika menegakkan syiar Islam dulu. Cuaca panas, panas maksimum sehingga terbakar dirasakan kulit. Cuaca sejuk, sejuk maksimum sehingga sampai ke sum-sum tulang. Harap-harap semua yang sudah mempunyai akaun TH cepat-cepat mendaftar. Hanya mereka yang pernah menjejak kaki ke sana tahu akan perasaan tenangnya ketika disana. Tak banyak gambar yang diambil ketika melancong kali ini, kerana keindahan dan keindahan itu tidak cukup untuk dinyatakan dalam bentuk kata-kata dan gambaran. biarlah kita sendiri menyaksikan dan merasakan..
*
Itu jer kut. nanti kalau ada idea lagi kita updet lagi..
*
WASALAM

No comments: