Wednesday, November 18, 2015

Nikmat Tuhan mana yang kamu dustakan?

Terlalu banyak pekerjaan yang masih tertangguh. Sepatutnya semalam bermulanya FAT untuk 7 x Nitrogen Trolley, tetapi ajal jodoh di tangan Allah Sang Pencipta. Siapa sangka siapa menduga, Tasha akan menjadi balu semuda ini. Suami Tasha meninggal petang Ahad akibat kemalangan jalanraya. Suspected on the spot ajalnya disebabkan patah tulang tengkuk dan patah salah satu tulang rusuknya.
Innalillahiwainnailaihirajiun. Semoga ditempatkan dikalangan mereka yang beriman serta beramal soleh.

Hari ini tak sempat langsung tengok FB. Sibuk jugak. Disebabkan banyak perkara dan report yang boleh dibuat minggu lepas, tetapi ditangguhkan maka menjadi lah snowball. Report Amanita tak buat lagi. Report FAT nampak gaya macam Tamimi volunteer nak buat. Alhamdulillah.

Esok board posting bersidang. Samada aku posting atau tidak ke Kuala Lumpur. Jika ada rezeki adalah. Jika jadi, selamat tinggal Kuantan. Jika tidak, harus teruskan sisa yang tinggal untuk teruskan khidmat sebagai soldadu cabok. Masih belum tekad keputusan. Samada teruskan atau tidak. Istikharah masih belum dibuat. Kerana hanya Allah yang Maha Mengetahui kerana aku hambaMu Ya Allah. Kau yang menciptakan ku, hamba yang hina lagi dina ni.

Banyak sungguh rahmat yang diberikan pada hidup aku. 
Nikmat Tuhan manakah yang ingin aku dustakan?

Saturday, September 19, 2015

Friendster. Bukan Gangster :p

Sikit lagi nak masuk Magrib. Maka bermulalah hari Isnin. Mat saleh jer kira masuk hari baru bermula jam 12 tengah malam. Orang Islam, hari baru di kira berdasarkan apabila masuknya waktu magrib.

Minggu standby, tapi standby kat bilik. Tak tau lah kenapa, badan rasa lesu. Separuh hari, semalam dan hari ini banyak nyer tido jer kat bilik. Datang skuadron waktu pagi untuk release SAR, dan datang petang untuk check apa-apa yang patut sebelum tutup kedai.

Asnor dah kena operation. sakit kaki pasal ada nanah pada lutut. Allah nak suruh dia rehat lah tu. 

Semalam masa update entry untuk blog ni, try juga usha blog lama kat Friendster. amatlah sedihnya, Friendster dah tutup. tak dapatlah nak mentrace blog zaman-zaman aku kapitan dulu. Imbau balik masa tu, tak sangka yang kita ni ada follower. itupun biler aku sebut nak bertukar arah ke facebook, ada sorang adik ni kata suka baca blog aku. hehehe..bangga sekejap.

Tengah sedap-sedap tidur, TV3 ulangtayang balik drama Kerana Terpaksa Aku Relakan. Dulu-dulu macam tak caya ada kejadian macam tu kat dalam dunia realiti. Tapi bila tengok keadaan sekeliling, dan adakalanya terkena pada diri sendiri, barulah aku akui banyak sinetron, drama swasta tu semua berkisar pada kejadian disekeliling. Eh, kenapa lah hati ini macam tak boleh nak terima seratus peratus apa yang berlaku. Selagi aku tak tau root cause dia, selagi tulah hati aku rasa tak boleh terima. khennn? hahahaha

Next week, nak pergi Vietnam. Tak pernah terplan nak ke sana. kali ini, aku nak shopping. nak shopping dan shopping. Harap-harap hasil shopingan apabila dibuat jualan kat Tanah Malaya boleh la cover duit tiket katebang. Kan?

Tak sure nak tulis apa..tapi setiap entry kena ada gambar kan kan kan..so kita tepek gambar hat ni...hehehe

p/S: baru nak publish hari ni. semalam dapat cucu baru. pompuan jugak



Saturday, September 5, 2015

#Throwback

Hari ini bangun awal. 
Pertama, disebabkan oleh semalam boleh tertidur awal. Nak tau seawal mana? Seawal sebelum Magrib. Walhal tengah tengok rancangan Al-Kuliah.

Mata dah banyak kali terjaga dari pentiduran itu. (Betul ke ayat ni) . Setelah beberapa kali terjaga, kuatkan semangat bangun jugak jam 0500. Isya tak buat lagi. Magrib sudah tentulah dah dilanggar. 

Kedua, hari ini aku standby skuadron. Nasib baik tengok WA. ada flying pagi ni utk ke Kem Terendak, buat freefall.

Bangun pagi kali ini, dah set, pasak dalam jiwa dalam diri untuk positif. Bila fikir yang positif, maka perkara positif yang datang kepada kita. InsyaAllah. Kononnya nak buat kerja-kerja yang patut dibuat oleh planner. Akhirnya, baca blog lama. pastu senyum sendiri. Campakbelakang betul.

Perut dan berkeriut ni nak makan. Lapar. Ac pun dah airborne. Yess. Nak p makan dulu. pasni datang kerja balik.

Nak throwback apa ek...untuk share gambar dalam entri kali ni?

Macam poyo jerkan
 

Friday, September 4, 2015

Selamat Hari Ulang Tahun CaptSutun

Selamat Hari Ulang Tahun CaptSutun. Syukur Alhamdulillah, tiga puluh tujuh tahun menghirup nafas dan diberikan pelbagai rahmat dari Allah SWT, Sang Pencipta alam.
Selawat serta Salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad SAW.

Untuk sambutan HUT kali ini, Pulau Perhentian dipilih sebagai lokasi. This is my second visit to this island. First time was with Tuti. hehehe somewhere in 2008 or 2007.

Awal mula pertama mula, sampai di Perhentian ada isu pasal penginapan. Memang la kami dah bayar full untuk pakej ni. Aku bajet ianya standard pakej macam masa kat Redang dulu. Walaupun stended chalet tp takdelah bersemut bertaik cicak bagai. Sudah lah tu, makanan dia buat bukan standard alakadar, tapi cincai bancai. Oh melayu, macamana lah nak maju. Mamat yang incaj tu memang tahap lahanat lah. dengan poyonye..berlagak..macam kita tkde option dibuatnya.

Tapi, ada satu perkara yang aku terasa sangat dihati. Sungguhpun dimulut sebut tak kisah, tapi di dalam hati hanya Allah yang Maha Mengetahui. Tak sangka lah pulak begitu sekali pekertinya. This is what people said, never ever judge a book by its cover. Serius nak kabo, sentap. To test the system, i sent 1 forwarded msg, until now no reply and no blue double tick. Redho. Allah select me to facing this kind of people. Sick people. (eh?)

malas nak fikir, meh belanja gambar Perhentian! hehehe

Dekat-dekat Kincir Angin. Sebelah Long Beach
 

Tuesday, August 25, 2015

Reverse Psychology

Pagi-pagi aku suka menunggu kumpulan What's App sekolah rendah aku punya wish dalam bentuk image. Ini semua gara-gara ..garu-garu..hahaha..tak mampu hendak meneruskan ayat.

Walauapapun yang berlaku, sama seperti status aku dan En FOO we're remains friend even aku reject mamat ni mentah-mentah setelah dia pernah juga membuatkan aku terawang-awangan. Ini adalah setelah aku kaji, aku study, aku observe aku darab tolak dan congak yang beliau bukanlah orang yang sesuai dengan halatuju hidup aku. Dalam minda aku mengatakan dia seorang yang penuh dengan taktik licik. dan sebagai reverse psychology nyer, aku terus berkawan. Tetapi dengan hanya permulaan konversasyen dari pihak beliau. Macamana perasaan dia kena rejek ek. Sekurang-kurangnya aku idaklah bercerita cerita2 like good, bajet hot kan. aku still suka dilihat sebagai pasukan underdog..gittew

Untuk relate balik kepada tajuk post, begitu jugalah aku dengan seorang makcik yang bergelar ibu. Tak kanlah hanya kerna perkara yang dirancang tidak menjadi, aku kena ignore kehadiran beliau dalam sejarah hidup aku diatas muka bumi ini. Aku harus hormati beliau sebagai warga tua. perlu keep in touch sepertimana aku dengan En FOO. 

Kita akan senantiasa akan saling bersentuhan atas nama persaudaraan di muka bumi Allah yang luas ini.

Semoga kita semua berakhir hela nafasnya dengan mengucap kalimah La Ilahaillallah. 

||Ye! Husnul Khatimah. InsyaAllah. Ameen Yarabalalamin. ||
 
Wadi Rum lagi. SubhanALLAH.