Sunday, December 27, 2015

The signal release!

Alhamduillah wa Syukurillah.. Signal bertukar keluar ke Mindef telah sampai Isnin lepas. Patutlah Bos bagi hint yang aku dipostingkan keluar dan digantikan dengan Mej Rosli S. Aku expect Bos Engineering yang lama info pada bos. Sebab tarikh skn dapat adalah pada 18hb iaitu pada hari Isnin sedangkan bos sedang bercuti sepanjang minggu lepas.

Apabila ditanya pada hati, sesungguhnya aku riang gembira untuk bertukar ke Lembah Klang. Hellooo, Kay Ell ok. Bukanlah sebab ianya KL dan Mindef. Tapi sebab dekat dengan kampung. Senang nak join aktiviti kesukanan, keagamaan dan mengeratkan silaturahim dengan kengkawan yang satu misi dan visi. Yang mana, most of them in Kay Ell.

Kalau ditanya suka atau tidak, serius sedih. Serius rasa bersalah pada ketika skn masih belum abis di setup. Tapi kita kena move on juga kan. Apa-apa hal pun, semuanya adalah Qada' dan Qadr Allah walaupun ada penyebab disebalik semua yang berlaku. Tiada KEBETULAN. 

Plan for extand lapor diri iaitu second week of Jan 16. Woahhh, dah 2016. Approaching 40s. What is my contributions? Ilmu, amal?

 Hopefully, 2016 membawa sinar kebahagiaan kepada diri sendiri dan orang sekeliling. Ameen YRA.

 
#throwback raya. Mana ler orang nak berkenan kalau gini kelakunya..hahaha

No comments: