Friday, March 27, 2015

Semangat!

Dah betul cukup lama tak kongsi cerita tentang rasa si soldadu caboks. Minggu terakhir bulan ketiga dalam kalendar Masehi. Bulan Islam serius aku tak ingat. (Ke tak ambik tahu?)

Berbalik kepada cerita asal. Macam aku pernah cerita, ikut hati ikut rasa ikut kepala hari-hari nak update apa yang aku buat. Tapi hidup seharian macam tak cukup saat untuk aku buat blog. Selalu terlupa. Nak kata sibuk, tidaklah sesibuk mana. Aku cuma sesibuk memikirkan apa yang aku nak buat selepas masuknya jam 0001H 17.02.17. Ye..itulah yang sering aku sibukkan. Aku cuba untuk enjoy dan layan saja tahun-tahun akhir sebagai serikandi. Aku cuba. Disamping itu aku juga cuba mencari dan terus mencari value yang perlu ada dalam diri seorang Muslimah.

Sejak misi #OTJordan 2015, persepsi aku pada kehidupan harian aku turut berubah. Terus aku bersemangat untuk aku tarik handbrake. Ya, hanya perlu ada satu perkara sahaja yang perlu aku buat iaitu BERANI keluar dari zon selesa.

Serius aku dah tawar hati. Terasa 2017 itu lambat jer (ye ke). Dengan pelbagai karenah birokrasi dalam organisasi, aku rasa alergik, meluat, berbulu semua teradun sebati.

Malam pun dah larut. Aku nak tidur. Lelapkan mata. Selepas seharian berada ditempat kerja (tipuuu!).
Assalamualaikum dunia! Muachhhh
kpi: mahu hati seputih salju
                     

No comments: