Friday, January 2, 2015

Selamat datang tahun 2015

Assalamualaikum.

Sudah masuk hari ke 2 di tahun 2015. Punyalah cepat masa berlalu tanpa disedari.
2014 telah meninggalkan kita dengan seribu satu cerita pahit dan manis. MH 370 yang masih hilang, MH 17 yang sangat menyedihkan, kejadian banjir yang luar biasa di Semenanjung Malaysia serta kejadian QZ 8501. Malaysia diuji tanpa henti. Banyak peringatan yang diberikan kepada kita oleh Allah selaku hambaNya.

2014 menyaksikan dua emak saudara pergi meninggalkan alam yang fana ini. Sedih. Mendidik anak sehungga berjaya tidak menjanjikan bahawa kita akan dijaga dan ditayang bagai minyak yang penuh. Sedih. Memang sedih. 

Takda idea nk tulis apa. Semoga 2015 memberi ceritera yang lebih menggembirakan. 

Azam memang banyak. Dan banyaknya akan dikitar semula azam2 tahun lepas. Hahaha

See uols when im free to write!
Bai

No comments: