Saturday, September 19, 2015

Friendster. Bukan Gangster :p

Sikit lagi nak masuk Magrib. Maka bermulalah hari Isnin. Mat saleh jer kira masuk hari baru bermula jam 12 tengah malam. Orang Islam, hari baru di kira berdasarkan apabila masuknya waktu magrib.

Minggu standby, tapi standby kat bilik. Tak tau lah kenapa, badan rasa lesu. Separuh hari, semalam dan hari ini banyak nyer tido jer kat bilik. Datang skuadron waktu pagi untuk release SAR, dan datang petang untuk check apa-apa yang patut sebelum tutup kedai.

Asnor dah kena operation. sakit kaki pasal ada nanah pada lutut. Allah nak suruh dia rehat lah tu. 

Semalam masa update entry untuk blog ni, try juga usha blog lama kat Friendster. amatlah sedihnya, Friendster dah tutup. tak dapatlah nak mentrace blog zaman-zaman aku kapitan dulu. Imbau balik masa tu, tak sangka yang kita ni ada follower. itupun biler aku sebut nak bertukar arah ke facebook, ada sorang adik ni kata suka baca blog aku. hehehe..bangga sekejap.

Tengah sedap-sedap tidur, TV3 ulangtayang balik drama Kerana Terpaksa Aku Relakan. Dulu-dulu macam tak caya ada kejadian macam tu kat dalam dunia realiti. Tapi bila tengok keadaan sekeliling, dan adakalanya terkena pada diri sendiri, barulah aku akui banyak sinetron, drama swasta tu semua berkisar pada kejadian disekeliling. Eh, kenapa lah hati ini macam tak boleh nak terima seratus peratus apa yang berlaku. Selagi aku tak tau root cause dia, selagi tulah hati aku rasa tak boleh terima. khennn? hahahaha

Next week, nak pergi Vietnam. Tak pernah terplan nak ke sana. kali ini, aku nak shopping. nak shopping dan shopping. Harap-harap hasil shopingan apabila dibuat jualan kat Tanah Malaya boleh la cover duit tiket katebang. Kan?

Tak sure nak tulis apa..tapi setiap entry kena ada gambar kan kan kan..so kita tepek gambar hat ni...hehehe

p/S: baru nak publish hari ni. semalam dapat cucu baru. pompuan jugak



No comments: