Monday, August 24, 2015

Replied: You see me when you see me!

Assalamualaikum dunia.

Beginilah rutin kehidupan sejak begelar orang bekerja apabila tiba hari Isnin. Kadang-kadang jadi biru-sebirunya. jarang-jarang biru cair. hahaha. Blues menyebabkan momentum kerja susah nak mula. walaupun, kerja berlambak-lambak. MasyaALLAH.

Masa aku sedang tulis blog ni, aku baru masuk pejabat. Sebabkan mood hendak mendatang tu lambat, apakata kita transform kan dalam bentuk blog jap. sekurang-kurangnya sambil2 update blog, mood kerja pun sampai. gitu!

Semalam, plan nak gerak dari KL jam 5 petang. drag punya drag akhirnya betul-betul gerak dari KL jam 8.30 malam selepas pam tayar majsutun. Aiceh. Chot-chot sampai Kuantan jam 10.30 malam diiringi hujan rahmat yang lebat. Kasih sayang Allah di mana-mana. Berdoa dalam hati agar tiadalah kejadian banjir yang tidak mampu ditanggung oleh kita-kita ini. Ameen YRA. Pemanduan tenang setenang-tenangnya. Pasaipa? pasai handphone bateri takde. so sepanjang perjalanan pemanduan lebih fokus. see..kan. apsal lah sibuk-sibuk nak ngadap handphone masa memandu sedangkan perkara tu boleh mendatangkan bahaya pada diri sendiri dan jga orang lain. Orang lain tu plak bapa, mak atau anak kepada seseorang.

Nak citer apa lagi pun tatau..
haa..Malam sabtu baru ni Along belanja dinner kat Dsaji. not bad lah sebab harga dia RM45/pax dan food dia pun agak variety. dapatlah kitorg adik beradik berkumpul sambil menikmati makanan dan chitchat gelak hahaha.gittew!

takde apa yang tulis. itu ajalah. Mengadap benda alah ni boleh tak jadik keja dibuatnya.

meh belanja gambar our family gadering dinner. 

Alamak..tak boleh plak. hp tertinggal dalam kereta. esok-esok lah yer..tp nak
belanja jugak. gambar yang takde mengena dengan update kali ni. ~Wadi rum

P/S: Expected replied was this kind of word. " Ok, c u when u c me!"


Wadi Rum

No comments: