Saturday, April 19, 2014

Life

Assalamualaikum..
17.04.2014 anak saudara Siti Nur Ashikin & suami Mohd Amirul telah dikurniakan anak lelaki yang comel iaitu Affan Mukhlis. Tarikh yang sama dengan hari lahir arwah emak.

Cepat masa berlalu. Sudah punya dua cucu. Semangat bekerja dah pudar. Rasa hendak balik jenguk cucu ditangguhkan ke minggu hadapan. Penat memandu. Nak naik bas rasa tak kompiden sebab banyak sangat eksiden yang melibatkan bas. Walaupun mati..boleh dimana2 sahaja..tapi lebih yakin untuk memandu sendiri. Biarlah berlebih guna duit..penat sikit untuk memandu, janji selamat.

Minggu ini minggu tekanan. Boleh dikatakan..hari2 ada konfrontasi dengan ketua di pejabat. Sigh. Macamana lah nak meneruskan kerja ni.

What a life...

Hidup perlu diteruskannnnn

Sunday, April 6, 2014

Isnin 07 Apr 2014

Lamanya tak menulis.
Tak bercerita.
Semakin lama..semakin tak sabar rasanya.
Pasrah dan redho hanya di mulut.
Perasaan?
Macam nak memberontak.
Macam nak melaser.

Meluat.
Berbulu.
Serius aku meluat.
Serius aku berbulu.

Tapi what to do?
Ada sekitar 2 tahun lagi nak kena hadap ini semua..

Nak jadi orang besar2.
Tapi soul you all tk bersifat bergitu.
No attitude. Phuiii

Mcm kata ustaz Saiful.islam.......
Am i organizational sceptism???

P/s: sebab itu malas nak menulis. Byk negatif dr positif.
Ps1: Baru beli ipad mini.
Ps2: Nanti nk beli 1 lagi hp smart.
Ps3: InsyaAllah..keta baru dengan plat no spesel akan keluar dalam sebulan dua.

Friday, November 8, 2013

30 SEP 2013

Hari itu hari bersejarah. Hari yang menambahkan hiba dihati. 20.7.2010 emak pergi. 30.9.2013 apak pula menyusul. Rasmi menjadi yatim piatu.

Terkenang-kenang. Terngiang-ngiang wajah dan suara apak. Tepat 40 hari selepas keluar hospital apak meninggalkan dunia yang fana. 16 hari dihospital menerima rawatan. apak tak betah. genap 2 minggu sudah mula bertanya bila mahu pulang..[ohhh..!]

5.8.2013 admitted. 21.8.2013 apak discharge. Allah beri peluang jaga apak, berpeluang berbakti kepada apak cuma 2 bulan. Allah Maha Mengetahui. Allah tahu betapa kami adik beradik terkesima [terkemama ckp org Nismilan]. Allah tahu perasaan kami bila emak pergi tanpa beri petunjuk. Hati rasa sayu. Hanya orang yang pernah mengalami tahu rasa itu. Alhamdulillah, kami diberi peluang jaga apak walaupun sekejap. buat kata apak, Allah tak nak anak2 dapat dosa merungut jaga mak ayah.

Teringat lagi kejadian hari itu. Aku dgn anak sedara pergi cuci kereta otomatik sebagai persediaan nak balik Kuantan. Pagi tu dapat bagi kuih bahulu. dapat bagi apak multivitamin. Apak suruh gosok perut. Aku urut tangan. Sepanjang jaga apak..apak memang tak nak masuk hospital lagi. Serik agaknya.

Tapi bila aku balik dari cuci kereta, aku berselisih dengan ambulans dari rumah. akak2 dan abg2 bergegas menangis beritahu apak dalam ambulans. Dalam hati cakap apak tak nak g hospital walauapapun terjadik. Sampai hospital, apak masuk emergency. aku tak sanggup tengok keadaan apak. Kak Yah dan acik leha menangis tak nak bagi apak tahan wad. aku pun jugak. kak eton berkecuali. kak iput dan along nak masukkan apak ke wad untuk usaha terakhir pada Ahad 29 Sep 13 tu.

* Sedih. apak asyik tanya jam pukul berapa. bila kita bagi tahu masa, apak cakap masih cukup masa. Apak macam tak senang duduk. meronta-ronta. Doktor datang tanya untuk ambil test buah pinggang. aku tak nak kasik. aku tanya doktor, kalau doktor adalah anak apak, apa yang doktor akan buat. Doktor senyap. Beri jawapan selamat masukkan untuk tengok apa yang hospital boleh buat dulu. so kami pun setuju masukkan apak kedalam wad.

Bila dah dapat masuk wad tingkat 7 katil 20. dejavu! serius aku tak perasan hal ini jika anak sedara tak maklum. apak masuk darah dan bantuan oksigen. apak tanya jam lagi. aku dah sedih. aku kalau boleh nak bawak apak keluar sekarang jugak. akak2 aku cakap tunggu sampai darah habis. aku takut sangat apak meninggal dunia dihospital. sebab apak memang tak nak pergi hospital. aku dah mintak maaf..mintak apak halalkan makan dan minum.

Alhamdulillah, hasrat bawak apak balik rumah tercapai. badan sejuk. keadaan apak memang tenat sangat. maklang organize bacaan yasin dengan Cik Senin lead. apak semakin tenat. bersihkan badan apak. tiada tindak balas. sekitar 12 malam, sepupu apak datang lagi. organize bacaan yasin lagi. apak mula beri tindak balas. badan sudah mula panas. baca yasin dan bisikkan kata2 Allah dan mengucap di telinga apak. sampai ke Subuh tak boleh tidur walaupun cakap nak tidur. dapat caj energy jadiklah. bangun bersiap carik klinik atau hospital swasta utk buang kahak apak.

Last sekali tanya hospital salam. nurse bagitahu kalo admitted hospital, kena ulang prosidur yang sama macam hospital besar. takde idea. dah buntu. singgah farmasi tanya ada tak ubat yang boleh kasi clear kahak. farmasis bagi ubat batuk kanak2 harga 10.90. suruh bagi 10ml. dalam hati berkata-kata, rm10.90 jer ubat apak.giler murah.

sampai rumah, bagitahu cikleha nak bg apak ubat batuk. sejak semalam memang dah bagi apak air zam zam. sambil bg ubat batuk..disulam dgn air zam zam. tetiba alang zamli aku cakap "eh tgk, dada apak dah tak berombak. bagus lah ubat ni. sesuai dgn apak"

kami pun gembira. sambung baca yasin. habis baca yasin, dalam beberapa minit kaklong hilyah jerit, acu dada atuk dah berhenti. terkejut. terus ajar apak Allah, Allah, Allah dan kelihatan pergerakkan dileher / tekak apak. kami terus ajar apak mengucap. terakhir, apak menutupkan airmata dengan setitis air mata keluar mengalir. 

 Alhamdulillah. apak berhadapan dengan sakaratul maut dengan dikelilingi anak2 dan cucu2. Semoga roh apak, emak dan angah ditempatkan dikalangan mereka yang beriman dan beramal soleh. Ameen Ya Robbal Alamin.

Sayang mak dan apak sangat-sangat. And now, officially yatim piatu. :(

Thursday, August 15, 2013

SHR & MZB

Salam Eid Edisi 1434H.
Dugaan Aidilfitri tahun ni. Apak tidak sihat sebab sakit perut. Tak boleh buang air besar asalnya. Sempat berterawih hingga 3 Ramadhan. Bakinya kesihatan tidak mengizinkan.

Kemuncak sakit adalah pada hari Rabu. sehingga apak terpaksa ditahan di wad. Sempat sehari. Hospital drip air, masuk ubat berak terus berak. rasa sehat sikit discharge. Jadik balik Sabtu 3 Ogos. dan kemuncaknya malam Ahad. sangat merosot kesihatan apak. endup masukkan apak pagi Isnin dan sehingga kini ditahan wad. Kritial dan dengan kuasa Allah dan keajaibanNya, apa menunjukan positif improvement. Alhamdulillah.

No idea at all. bizi yang super duper. jumpa lagi if ada masa. daaa

8 Syawal
Alert Hangar
1839H

Saturday, July 27, 2013

Harraz Nufail

Salam Ramadhan..
Lama betul rasanya tidak menulis. Tak meluah perasaan. Kekangan masa. Masa amat-amat terhad. Sehingga tercari-cari ruang yang boleh memungkinkan masa untuk update blog sendiri.

Ramadhan kali ini aku rasa banyak dugaan. Dugaan menjadi tim FAT untuk terima boipren ke 3 dan ke 4. Lusa si 05 dan 06. Balik-balik kena jadik pengerusi itu dan ini..woiii banyak kerja lah..! Mungkin sebelum ini reputasi dikalangan orang atasan berada pada level atas par..tapi sekarang tidak lagi. Merudum. Tidak lagi mewangi..wahaha.. What to do..Rasa kena sabotaj pun ada. tapi bila muhasabah diri balik, kekhilafan datang dari diri sendirik jugak. Kadang-kadang kita jer fikirkan kita tak suka orang. Orang tak suka kita kita jarang fikirkan..kan? tapi aku pedulik hapa..Redha jerlah. Aku rasa lagi ramai orang tak suka sidia berbanding tak suka aku...wahahaha. Pleaselah, aku bukan kaki kipas occay. secara kebetulan bos2 lama merupakan bos2 besar dalam perkhidmatan sekarang. so tak perlulah jeles dengan aku yang yatim piatu dalam epos ni...

Dan aku jugak nak declare Julai 2013 merupakan bulan yang paling stress sepanjang aku bergelar soldadu. Bayangkan 3 minggu demam yang tidak kebah-kebah. Hilang suara, dan sakit kepala dan seangkatan dengannya. Tapi hidup perlu diteruskan.

Tapi yang paling best, Ramadhan kali ini aku naik pangkat. Dah upgred jadik nenek. Dah jadi Nenda Cu kepada Harraz Nufail. Comey giler cucu den. Ikut ghoman ummi ei sejibik..lagi-lagi tang hidung. nak tgk Harraz..kat bawah ni lah Harraz...





ok la..dh tatau nak tulis apa. tak dpt momentum. yan g pasti perasaan nak tgglkan kehidupan sebagai soldadu cabok semakin membuakkkkk..owh cepatlah 2017..!