Hari ini sudah 23 Muharam 1440H. Kalau ikut kalendar Masehi aku dah berusia 40 tahun 13 hari. Kalau ikut kalendar Hijriyah, aku memasuki tahun ke 42 tahun 😀
Setiap tahun, pasti ada azam baru. Ada azam yang direcycle, ada azam yang dah dibuang dari list dan ada azam baru. Pertambahan usia memberi impak juga pada apa yang ingin kita kecap dalam kehidupan. Azam ini berubah kerana matlamat hidup telah sedikit berubah. Ya..sedikit sahaja tapi matlamat utama adalah meraih keredhoan Allah kerana kejayaan sebenar bukanlah mempunyai Master Degree kelas pertama, mempunyai banglo idaman di tepi pantai/tanah tinggi..tetapi memasuki Syurga Allah.
Tidak seperti memasuki kelab termahal dan VVIP, Syurga terbuka kepada semua makhluk Allah. Malah petua, tips, kaedah dan sebagainya telah dinyatakan dalam AL Quran, disabdakan oleh Nabi Muhammad SAW tetapi mengapa la aku masih lagi tak mahu mengejarnya..😟
Sebagai rujukan di masa hadapan, berikut merupakan azam-azam aku yang setiap kali di kitar semula..macam susah sangat nak capai..haha..sebabnya APA? MALAS dan LAGHO dengan social media..
1. Menghafaz Surah dalam Juz Amma - Priority Al Mulk, Al Waqiah
2. Menghafaz 10 ayat terakhir dan terawal Surah Al KAhfi
3. Belajar Bahasa Jepun, France, Arab
4. Nak kurussss..yer. nak Kurus hahaha. supaya pakai uniform nmpk smart jer 😍
5. Banyak lagi. tapi harapan aku nak bebas hutang dan punya rumah sendiri.
Alkisahnya Si Soldadu Caboks
bukankah BAHAGIA itu KITA yang CARI
Wednesday, October 3, 2018
Tuesday, September 18, 2018
Four Siries
Lama sudah tak menulis dalam blog ni.
Sebab utama, adalah LUPA dan MALAS. sebab skunder mungkin sebab aku terlupa kata laluan nak buka blogspot ni.
.
.
Hari itu adalah cuba nak buka blogspot, tapi macam complicated bila everything must be connected to google account. Seumpamanya sistem tak dapat nak cari bila aku masukkan akaun yahoo aku. Dan ketika itu aku seperti pasrah. Seperti merasakan, blog aku aku terkubur seperti blog lama di Friendster. hehehe
Tapi hari ini, aku cuba lah nak masukkan kata laluan untuk blogspot. Terasa macam hari ini, hidup aku terurus sangat. First attempt gagal..yerlah..aku cubalah key-in kata laluan yang paling kerap aku guna sepanjang aku bergelar pengguna internet. GAGAL.
So aku cuba sekali lagi bila keluar tetingkap minta masukkan kata laluan yang aku pernah guna. so aku cubalah sekali lagi..Tadaaaaa.. maka aktiflah kembali blog ini.
Last entry was in 2016. My short course in Toullouse with skod Tuti Usman. And on Monday..(yess..yesterday morning) i receive a WA msg from her telling me, her father passed away after Maghrib on Sunday. Luckly, she's on her way back from Holland and receive the news during transit in Dubai. Syukur..Allah permudahkan, Tuti dapat jmpa her late father which is burried before Zuhur.
Banyak perkara suka duka manis berlaku sepanjang 2016-2018
2016 berjaya mendaki Gunung Fuji iaitu yang tertinggi di Jepun.
2017 mendaki Gunung Kilimanjaro iaitu tertinggi di benua Afrika dan antara G7 dunia.
2018 mendaki Gunung Kerinci iaitu tertinggi di Kepulauan Sumatera.
dan 2018 merupakan tahun yang menjadikan aku perempuan di usia 40..hahaha Syukur Ya Allah kerana panjangkan usia ku.
Bantulah aku menjadi hambaMu yang bertaqwa. Ameen
Tuesday, March 22, 2016
Heli Design Module - Toulouse 18 Feb - 20 Mac 16
Bonjour!
Assalamualaikum WBT. Alhamdulillah atas rezeki dan nikmat yang Allah berikan. Masih jetlag. Walaupun sudah jam 0100 mata masih tak mengantuk. Macamana la ghoman nyer kalau aku tak ambik cuti hari ini gamaknya. Malas betul nak pergi kerja esok. Mata masih segar lagi bugar. Malas bukan sahaja disebabkan oleh semangat nak berhenti kerja, malahan lebih kepada malas nak melihat muka seseorang di pejabat tu. Dulu aku ada jugak dapat detect sifat mamat ni, cuma belum sempat kerja lama di bawah beliau, aku dah bertukar keluar. Mulai esok akan bekerja dibawah satu department yang sama.
Untuk tindakan selamat tanpa menyakitkan hati sesiapa, lebih baik kita buat tidak tahu sahaja. jangan dilayan just buat kerja sendiri.
Baiklah, mari kita layan gambar-gambar masa berkursus di France, Toulouse dan Marignane dari 18 Feb sehingga 20 Mac 2016. Enjoice.
Udah jangan dilayan orang yang tak puas hati dengan kita kan kan kan.. hehehe
Carcausane (kut gitu ejaan dia..wahaha) sebut Karkason. |
First time jumpa salji untuk kali ni semasa perjalanan ke Millau. |
This is Viaduc de Millau |
First time dapat main ski awak! nama tempat ni Palataeu de Billet. macamtu rasanya ejaan dan sebutan dia adalah Plato di Bay..gittew! |
Bersama Olaf yang handsome! |
Sunday, December 27, 2015
The signal release!
Alhamduillah wa Syukurillah.. Signal bertukar keluar ke Mindef telah sampai Isnin lepas. Patutlah Bos bagi hint yang aku dipostingkan keluar dan digantikan dengan Mej Rosli S. Aku expect Bos Engineering yang lama info pada bos. Sebab tarikh skn dapat adalah pada 18hb iaitu pada hari Isnin sedangkan bos sedang bercuti sepanjang minggu lepas.
Apabila ditanya pada hati, sesungguhnya aku riang gembira untuk bertukar ke Lembah Klang. Hellooo, Kay Ell ok. Bukanlah sebab ianya KL dan Mindef. Tapi sebab dekat dengan kampung. Senang nak join aktiviti kesukanan, keagamaan dan mengeratkan silaturahim dengan kengkawan yang satu misi dan visi. Yang mana, most of them in Kay Ell.
Kalau ditanya suka atau tidak, serius sedih. Serius rasa bersalah pada ketika skn masih belum abis di setup. Tapi kita kena move on juga kan. Apa-apa hal pun, semuanya adalah Qada' dan Qadr Allah walaupun ada penyebab disebalik semua yang berlaku. Tiada KEBETULAN.
Plan for extand lapor diri iaitu second week of Jan 16. Woahhh, dah 2016. Approaching 40s. What is my contributions? Ilmu, amal?
Hopefully, 2016 membawa sinar kebahagiaan kepada diri sendiri dan orang sekeliling. Ameen YRA.
#throwback raya. Mana ler orang nak berkenan kalau gini kelakunya..hahaha
Monday, November 23, 2015
Counting Days (testing)
Time flies. InsyaAllah I'm leaving No 10 Squadron soon. yess very soon.
Plus minus devide times, less then a month left . I admit that i'm very happy when i heard news of my posting. No more travelling 3 hrs plus SN-KN-SN every week with expenses approximately Rm1k per month.
But, internally the sadness n guilty i cannot resist. Leaving sqn with a lot of problems and challenges that myself not able to tackle. Oh mai! Bersalah ok. Dot noe what to tulis lagi.
Throwback, lets Topkapi Palace!
Plus minus devide times, less then a month left . I admit that i'm very happy when i heard news of my posting. No more travelling 3 hrs plus SN-KN-SN every week with expenses approximately Rm1k per month.
But, internally the sadness n guilty i cannot resist. Leaving sqn with a lot of problems and challenges that myself not able to tackle. Oh mai! Bersalah ok. Dot noe what to tulis lagi.
Throwback, lets Topkapi Palace!
tatau nak tulis apa dah..hahaha..ngengada tulis omputeh. |
Subscribe to:
Posts (Atom)